03 Ogos 2009

Semakin mengerikan

Start jumaat Azri tak sihat, pastu aku plak dapat MC hari sabtu, simptom yang sama demam + batuk + selsema, Aqil pun ikut demam n Fahmi pun sama, sekarang yang kuat daya ketahanan badan Azam sorang jer. Malam sabtu Azam bawa Azri pegi Hospital Banting, risau plak tengok keadaannya, ngan muntah-muntah tak larat nak bangun.asyik tido jer. Bila Azri tido aku perhatikan jer dadanya..ade nafas ker tak, pegang kepalanya memang panas, ubat demam dah bagi tapi takdeh tanda2 demam nak kebah. Bulan nie jer dah 2 kali dia demam, risau aku. Makin kurus dia.

Aqil pun dah kene tempias virus...tapi semalam doktor check paru2 clear n doktor nasihatkan supaya anak-anak tak dibawa ketempat awam lagi-lagi tempat yang sesak, Takdeh aktiviti membeli belah nampaknya buat masa nie, walaupun kat sana-sini sale.


H1N1 pun ade yang dah terkorban..lagilah buat aku risau. Badan kat opis tapi hati dah kat rumah, cepatlah pukul 5...Aku nak balik.



4 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

Assalam ijah..

memang tensen giler kalau anak2 demam kan..nak2 taim2 sekarang nie..memang risau dibuatnya.

Apapun, mokcik doakan semoga anak2 cepat sembuh ya.

HappyIrfa berkata...

salam ijah..

mmg risau sgt bila demam jaman ni(pinjam ayat ko)..sbb byk sgt penyakit.nama pun pelik2..

semoga anak2 cepat baik

Abang Long berkata...

Abang long baru balik dari klini. 2 orang anak pening dari semalam. Kena banyakkan berdoa dan usaha agar kita jauh dari musibah ini.

sya berkata...

Semuga anak2 Ijah cepat sihat