19 Ogos 2009

Hari nie aku pakai tudung terbalik

Betul, ari nie aku pakai tudung terbalik. Aku pakai tudung bawal sweet sour yang kelilingnya ade batu berlian. Biasalah pagi-pagi aku kan mcm lipas kudung. Dengar aqil menangis cepat-cepat aku lipat tudung, letak kat kepala, pin n kemaskan...terus blah.

Sampai opis aku pandang bawah, terpandang tudung yang aku pakai terbalik...wahahahahaha..nasiblah, tapi aku dah betulkan sekarang nie.

Dahlah pagi-pagi aku keliling kampung, nie azri punya pasallah...dah separuh jalan, baru sedar yang dia tak pakai songkok, tu pun fahmi yang tegur "ee, abang tak pakai songkok". Tak kuasa aku nak patah balik, pegi jerlah sekolah tak pakai songkok. Bila dah sampai sekolah dia tak nak turun nak jugak pakai songkok, malu katanya tak pakai songkok. Aku suruh dia turun dulu, nanti songkoknya mintak nenek hantar, dia tak nak jugak. Tipon nenek tak dapat2. Terpaksalah pusing balik pegi umah nenek nak ambik songkok...sabar jerlah.

Hangin jer aku dalam kete, dah asyik sangat main kejar-kejar ngan Fahmi...sampai songkok pun bleh tertinggal. Tiap-tiap pagi aku nak kene check semuanya.

aaahhhh...lega dapat luahkan.

Puasa dah nak dekat, cabaran nie nak suruh kanak-kanak ribena tu puasa. Tahun lepas Azri dapatlah 10 hari. Tahun nie?..

5 ulasan:

Abang Long berkata...

Pakai terbalik ?

Kata orang duit nak masuk.


Ya Allah, MURAHKANLAH rezeki tuan punya blog ini. AMIN.

HappyIrfa berkata...

mesti kelam kabut tu psl smpi pakai tudung terbalik.kalau betul mcm ckp abang long bagus gak ye..
nak dapat duit.hehe

aku x risau psl anak puasa sbb last year drjah 1 kakak dh puasa penuh.jd takkan dah drjah 2 x nak posa penuh pulak.mmg nak kono lah

MOKCIK AZWA berkata...

Aminkan doa abang long itteww..hehehe

ooo...mokcik pun wondering..boleh ker anak dara mokcik tu berposa sepenuh hari huhuhu...

Maya Ariffin berkata...

Oklah lah tu cabaran nak pastikan budak cukup poser sebulan.. Cabaran aku lak nak pastikan bapak budak tu yg cukupkan poser sebulan. Sahur tak leh miss.. kalu tak jadik alasan la tak larat nak poser. mcm budak dajah 2 thauu..

Ijah @ Fariza berkata...

Abg long: Amin. tapi memang duit nak masuk pun sebab dah nak gajikan...hihihi..

irfa: terrorlah anak kau, agaknya anak pompuan nie lain ckit kot...

Mokcik azwa:aminnnnn. yelah dengan keadaan cuaca tak menentu sekarang..

maya: hahahahha..cabaran kau lagi besar nampaknya....