11 Ogos 2009

Azri masuk Hospital lagi


Aku ada citer pasal anak-anak yang demam kat n3 nie. Hari selasa (4/8/2009) nampaknya demam Azri tak ok lagi ditambah plak ngan batuk, pelik aku ubat dah habis makan demam tak ok-ok. Kebetulan plak Azam cuti ari tu, demi kasih seorang bapak Azam bawa Azri pegi klinik panel yang biasa kitaorang pegi. Kat klinik Azri ambik Nubelizer.

Dalam pukul 2 ptg camtu, mak talipon sambil nangis "kak, ayie batuk tak berenti-berenti, kesian mak tengok dia sampai pegang dada". Aku dah berderau darah dah, kat kepala nie terpikir H1N1 jer. Sambil menggigil aku kemas barang nak balik, sempat jugak aku tipon Azam suruh dia pegi kat umah mak dulu. Masa tu air mata dah laju jer turun.

otw tu Azam talipon tapi aku tak angkat, punyalah takut nak angkat talipon, aku tak sanggup nak dengar apa-apa berita buruk. Lepas satu traffic light tu aku tarik nafas, aku call balik Azam. Azam tanyer aku kat mana, dicakap jangan kelam kabut, jangan bawak laju sangat, nampak Azri ok jer. Fuhhh, lega aku. Masalahnya bukan aku bawak laju, tapi aku bawak pelan sangat sebab macam takdeh daya nak pijak pedal minyak...huhuhuhu..

Sampai rumah aku tengok Azri tengah baring sambil mak urut-urut dada Azri, mak pun dah siap-siap nak pegi hospital. Lepas bincang lebih kurang ngan Azam, bawak jerlah Azri pegi hospital balik. Sampai hospital dalam pukul 3.30 ptg, pegi kat pesakit luar dulu. Ramainya orang kat Hospital, kematu gak bontot nak tunggu giliran.

Bila turn azri dekat-dekat nak pukul 5 ptg kot, citer ngan doktor history dia demam. Doktor pun jalankan siasatan..dah macam polis siasat penjenayah dah aku rasa...hihihihihi. Hasilnya, diagnosis awal doktor mungkin Azri nie Asthma dan doktor cadangkan Azri masuk wad sebab nak x-ray dada + nak check darah. Aku setuju jer walaupun macam -macam benda patutnya aku pikirkan.

Sampai kat wad, katil plak penuh kene tunggu dulu, sementara tu nurse cucuk tangan azri nak ambik darah. Azri kene ambik ubat antibiotik selama 3 ari dan ubat tu kene masuk lalu darah. 4 botol drip jugak terpaksa dimasukkan. Settle semua urusan nak masuk wad n rawatan permulaan, aku terpaksa minta bantuan mak untuk jaga Azri sebab lelaki tak dibenarkan tunggu anak waktu malam.

Aku & Azam berkejar plak nak tengok aqil. Sampai rumah pengasuh aqil dekat nak pukul 7.45 malam. Aqil demam pun makin teruk nampaknya..aduh. Berkejar plak pegi klinik, alah ramainya orang kat klinik. Kesian aqil. Doktor bagi ubat bontot, sebab panas sangat.


Besoknya 5/8/2009, aku mintak Azam jaga Azri kat Hospital, mak plak balik rehat dan aku nak jaga aqil, tak sampai hati nak minta pengasuh jaga sebab demam dia on off.

sebab aqil batuk + selsema,jadi aku buat ape yang doktor ajar kat aku..tiarapkan anak, pastu tepuk belakang secara berselang-selang, supaya kahak jadi longgar. Masa aku buat nie hingus aqil banyak betul meleleh-leleh keluar, lepas tu nampak dia lega ckit.
6/8/2009 turn aku plak jaga Azri kat hospital, Azam kene keje ari nie (aku sebenarnya ade terkilan ckit sebab Azam tak nak ambik cuti hmmmmm) biarlah selagi aku bleh handle anak-anak nie, aku buat jerlah jangan banyak complain tapi ter complain plak kat sini.

Masa nak pegi hospital ari tu airmata aku tak bleh nak ditahan-tahan lagi dah, laju jer merembes keluar. Bila kat rumah teringat anak kat hospital, bila kat hospital teringat anak kat rumah orang (tak sihat plak tu). Nasib baik aku masih ade mak yang boleh tolong aku. Bila kat hospital aku tak nak pikir sangat dah, nanti satu ape pun tak jadi.


Masa nielah aku bleh tanye Doktor keadaan Azri yang sebenarnya. Doktor cakap Azri nie mengidap asthma peringkat awal, teruk ker tak teruk serangan asthmanya bergantung pada persekitaranya dan macam mana nak mengawalnya. Banyaklah jugak aku tanye kat doktor, kiranya aku puashatilah penerangan doktor kat aku. Aku jugak minta pengawai farmasi tunjukkan aku cara-cara yang betul untuk ambil ubat azri. Ade 2 ubat(easyhaler, ubat yang sedut-sedut tu) yang azri kene ambil satu pencegah dan satu lagi serangan(bila kene attack asthma). Untuk ubat pencegah tue azri kene ambik 1 hari 2 kali setiap hari. Itu penyakit keturunan, jadinya aku terpaksa merelakan anak aku mengidap asthma, maksudnya aku REDHA.


7/8/2009 habislah percutian 4 hari 3 malam yang sangat meletihkan, pagi dah boleh check out..hihihihihihi. Aku plak sambung cuti terus sampai ahad, nak pantau dulu kesihatan anak-anak. Iya, aku cuti tanpa gaji. Sengkeklah aku, gaji bulan nie.


Sepanjang aku kehulu kehilir nie, Fahmi ikut jer mana aku pegi...sampai ade satu malam tu dia duduk kat sofa bleh dia cakap kat aku "ibu, adik rasa penattttttt sangat"...huhuhuhuhu..terkejut aku dengar. Kesian fahmi, aku usap-usap kepala dia, dalam hati aku...kalau adik rasa penat ibu lagi berganda penatnya dik.. Fahmi bukan tempat yang sepatutnya untuk aku luahkan ape yang aku rasa masa tu.


Sekarang anak-anak dah ok, Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan. Azri, ibu harap tahun depan takdeh lagi percutian yang macam nie, dah 2 tahun berturut-turut nie tau, bulan yang sama gak. Tahun lepas sebab denggi, n3 kat sini.

nie gambar selingan, budak mata guli..hihihihi mak yang bagi gelaran tu kat aqilah..budak yang buat peace tu sebenarnya ditujukan kat tunang tersayang..opppppppssssssss :)










4 ulasan:

Pnut berkata...

alahaiii akak baca kisah awak ke sana sini dengan anak-anak tak sihat, pun dah rasa letih...apatah lagi awak yang melaluinya...

apa pun harap anak-anak makin sihat dan sembuh sepenuhnya... kat umah akak skrng si abang memang tengah demam, dah 2 hari tak pegi sekolah.

Ijah @ Fariza berkata...

Kak pnut: masa tu saya dah tak pikir penat atau ape pun yang saya pkir anak-anak mesti sihat...bila dah lepas tu ya ampun..letihnyaa...

sekarang nie memang ramai bdk2 demamlah kak, simptom2 semuanya sama jer, demam batuk selsema.

miz sifa berkata...

sob3...sedih a baca cite ko..ahahaha..weh muka aku interprem...xmandi blk koje..hehe

Ijah @ Fariza berkata...

Atih : kau perli aku ker ape nie?...nasib baik ngaku tak mandi..hahahhahaha...