03 Julai 2009

Siapakah pilihan KAMU antara suami, mak dan anak?

Kalau ade lelaki yang baca nie tukar jer Suami tu jadi Isteri ye.

Tiba-tiba aku teringat masa jaman orang jawe tak pandai sebut z sekolah dulu. Ada cikgu aku nie, dia buat satu soalan . Soalannya berbunyi begini:-

"Kamu sedang berkelah bersama keluarga ada mak, anak n suami kamu. Hanya kamu sahaja yang tahu berenang. Tiba-tiba mak n suami kamu lemas dan dalam keadaan yang cemas kamu perlu menyelamatkan kedua-duanya tetapi keadaan tak mengizikan kamu perlu selamat seorang daripada mereka. Siapakah pilihan KAMU? Suami atau mak kamu".

yang kedua pun lebih kurang sama jer soalannya cuma dia tukar

"kalau yang lemas tu anak n suami pulak macam mana. Siapa pilihan kamu?". Syaratnya sama jugak kene pilih salah seorang daripada mereka."


"dan kene nyatakan alasannya..kenapa kamu pilih DIA"

Agak-agaknya siapa pilihan kauorang?.

Jawapan kawan-kawan aku masa tu semuanya cakap selamatkan semuanya. Bila cikgu cakap tak boleh pandai-pandai pulak cakap boleh...mesti boleh. Masa nak selamatkan tu minta tolong oranglah...mcm-mcmlah janji semuanya selamat. Tak faham soalan betul diorang nie. Tapi nak tau tak aku jawap ape?

Untuk soalan yang pertama tu aku jawap selamatkan MAK, sebab kalau hilang suami bleh kawin lain...muhahahahhaha...jahat tak jawapan aku? MAK tak deh gantinya.Tu jawapan budak pompuan 17 tahun yang masih suci. Hidup plak dibesarkan dengan MAK shj sebab bapak dah meninggal. Jadi keadaan hidup mempengaruhi jawapanlah.

Untuk soalan yang kedua plak jawapan aku SUAMI, sebab anak bleh buat lain...wakakakakaka..bodoh punya jawapan. Naluri keibuan belum mengalir lagi masa tukan..kata masih suci...jadi jawapan pun relevan lah....

betul tulah jawapan yang aku bagi kat cikgu tu, cikgu tu senyum jer masa aku bagi jawapan tu...pastu dia pun blah.............sebab dah abis waktu dia mengajar...turn kelas lain plak....wahahahaha..

Kalau soalan tu ditanye sekarang nie jawapan aku mesti......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

NO KOMEN... feeling jawapan artis ma

Hakikatnya sekarang aku tak sanggup kehilangan MAK, SUAMI n ANAK-ANAK aku.

Sekian, pelajaran hari nie.

9 ulasan:

ApEz ""MaTTeNo"" berkata...

antara mak dengan suami:
kene selamatkan mak dulu....mak takleh di ganti, suami boleh cari lain..hehehehehehe


antara anak dengan suami:
selamatkan suami dulu.....anak leh wat lagi...


huhuhuhuhuhu

kakLuna berkata...

aku selamatkan anak sbb suami tau berenang wakaka

aku rasa aku x boleh selamatkan mak aku sbb mak aku berbadan besar silap2 aku pun lemas sama

Ijah @ Fariza berkata...

Apez: wahahahaha..nie copy jawapan akak ker ape nie..

Kakluna: hahahhaha..tu jawapan lawak tu luna..

Maya Ariffin berkata...

kompom seme lemas.. sebab aku tau berenang kuak lentang jerr!

Ijah @ Fariza berkata...

Maya: at least kau selamat, kalau aku ngan aku-aku lemas sebab aku langsung tak tau berenang...muhahahahah...

MOKCIK AZWA berkata...

Ijah,

hoho..mokcik rasa suami yang akan selamatkan mokcik sebab mokcik tak pandai berenang. Tapi rasa2nya antara mokcik ngan anak, mgkn suami akan selamatkan anak sebab dia boleh kawen lagik huhuhu

melencong kemana tah jawapan mokcik nie ek hehehehe...

en_me berkata...

soalan sensitif nih, ader gakk pinggan mangkuk terbang melayang-layang kanng.. ekeke

hidet berkata...

pilih mak..afundi mak..

Ijah @ Fariza berkata...

Mokcik Azwa: hahahahha..ingat kalau nyanyi nie dah kelaut dah...mokcik jawap soalan saya pun pun kelaut gak...muhahahhaha..gurau mokcik ye..

en.me:hahahhahha..kalau saya takdeh lah pinggan mangkuk terbang sayang ooo..mahal beli tu...(padahal pinggan free daia)

paling-paling pun tido luar..wakakakkaka..

hidet: yes..afundi mak...