29 Mei 2009

Yahooooooo...dah cuti sekolah + anak nenek

Start esok anak-anak dah cuti sekolah 2 minggu kan...seronoknya..bleh bangun lambat. Tapi tak dehlah lambat sangat pun, kalau sekolah bangun 6.00, time cuti bleh bangun 6.30 hahahahhahahha..setengah jam pun nak kira.

Siti, sekolah dah nak mula cuti 2 weeks kan?
yelah, madam. why?
you, happylah...
of cozlah madam...i happy but my mom pening kepala..hahhahahhahaha..
Yelah, yelah..

Tapi betulah aku memang suka time cuti sekolah..mak aku pening kepala bila anak-anak cuti sekolah sebab rumah jadi bingit + berselerak. Masa aku cuti 2 bulan(bersalin) dan kebetulan cuti sekolah seminggu, pastu aku kat umah 4 hari jer ngan anak-anak bleh tension..hahahhahahhahahha. Hari ke 5 aku cabut balik umah mak (mak yang suruh).

Mak, tak bleh lah budak-budak nie..gaduh jer. Pening aku.
Ha, baru kau tau tu baru 4 hari nie maknya hari-hari lagi..sabo jer maknya.
hehehehehehe.......

Bukanlah niat aku nak susahkan mak, mak tu bila aku cakap nak letak anak-anak kat umah orang mak tak bagi..macam mana?.Kesianlah, apelah.

Dulu masa aku aku kawin mak cakap kalau aku mengandung nanti anak aku mak nak jaga. Sampai masanya aku mengandung 7 bulan, mak terus jer berenti keje. Bila aku bersalin takkan aku nak bagi anak aku orang lain jaga, dah mak beriya-iya nak jaga siap berenti keje lagi, kesian plak. Kalau ikut hubby memang dia tak bagi sebab dia cakap dulu dah jaga kita..sekarang kene jaga cucu plak. Tu salah satu sebab kenapa aku sekolahkan anak aku start 4 tahun, aku nak mak rehat ckit.


Kalau ikutkan sebenarnya mak jaga Azri sorang jer, Fahmi orang lain jaga bila umur Fahmi 3 tahun lebih mak aku cakap kesian hantar kat umah orang tu + Fahmi pun dah tak nak pegi umah pengasuh tu, jadinya mak jagalah dua-dua anak aku. Nie sekarang Aqil pun aku hantar kat umah orang lain tapi mak dah cakap umur dia 3 tahun mak nak ambik, biar dia jaga. Alasan kesian..mmmmmmmmm.

Aku memang sukalah kalau mak nak jaga anak-anak aku sebab aku bleh keje ngan aman. Mungkin kat sini ade yang tak setuju bila nenek kene jaga cucu, aku penah jugak cakap kat mak

mak ade ustaz cakapkan berdosa kalau suruh mak yang jaga anak kita, kesian kat mak sebab tak deh masa nak rehat, buat amal ibadat.
Tapi kalau maknya redha tak ape-apelah..

See, mak aku redha katanya. Tapikan masalah aku sekarang anak-anak terlalu manja dan susah nak ditegur. Aduh, menguji kesabaran betul. Nak cakap kat mak lebih-lebih kang kecik ati plak. Kadang-kadang aku tak setuju ape yang mak buat..
BILA

1- anak aku nak jajan atau mainan mak belikan, mak cakap kalau tak belikan nanti dia nangis hentak-hentak kaki. Kalau aku biarkan dia nangis, ibarat sampai air mata darah sekali pun aku takkan beli..sekali sekala tak peh. Dengan aku tak penah pulak anak-anak buat cam tu.

2-Semua nenek buatkan, mcm Azri sekolah petang nenek pakaikan baju sampai ke stokin..huhuhuhu. Aku pagi-pagi nak cepat mcm mana pun tak penah aku pakaikan dia baju sekolah apatah lagi stokin. Kalau pakai stokin tu aku tak tahan sebab Azri dah mcm bos plak duduk kat kerusi hulur kaki jer kat nenek. Serius, aku kalau nampak memang aku cakap kat mak suruh dia pakai sendiri, biarlah dia lambat masuk sekolah. Aku dulu pun tak mcm tu dulu aku baik

3-Tiap-tiap hari nenek hantar sekolah sampai ke kelas..alasan kesian beg berat. Aku bukan belikan beg biasa, aku beli beg yang ada roda, boleh tarik ape. Bila dah biasa nenek hantar ke kelas naik lemaklah dia. Aku dulu pegi sekolah naik basikal (sekolah yang sama ngan Azri), bwk buku tak penah ikut jadual, semua buku aku angkut..tak deh pun mak sibuk tanye atau kesian. nie kes cemburu ker ape nie.

4-Kalau anak-anak aku main ngan kawannya dan tiba-tiba terpukul ker @ saje main pukul-pukul ker, Azri balik mengadu kat nenek, siaplah mak aku cari budak tu di warning nye budak-budak tu. Pada aku budak-budak biasalah, janji jangan cedera parah sudah. Mak aku tak bleh terima. Nampak sangat anak aku tak bleh pertahankan diri dia sendiri.

5-Balik sekolah baju semua main campak jer...hangin aku. Kalau kat rumah reti plak, masuk dalam bakul, tuala sidai bila dah pakai, mainan kemas bila dah abis main. Bila aku tegur merajuk, nenek plak pujuk2 sambil cakap tak peh2 nanti nenek yang buat....heart attack aku. Berlemak-lemaklah dia.

6-Malas, jangan cakaplah kalau kat umah nenek, suruh ape pun jawabnya kejap, kejap..ishhhhhhhh. Mcm mana aku nak capai target jadi cam nie.

Tapi sebenarnya mak pun tension gak aku rasa tapi kasih sayang dia mengatasi segalanya. Bukan mak tak penah pukul anak aku, penah tapi tulah pukul nyamuk lagi kuat aku rasa, tu pun rasa bersalahnya berhari-hari. Aku tak bleh nak selami perasaan seorang nenek sebab aku belum ade cucu, mungkin sayangkan anak & cucu nie lain agaknya.

Yelah nak salahkan mak pun tak boleh kan semua tu patutnya tanggungjawab aku & hubby, tapi nak buat cam mana aku perlukan bantuan mak untuk didik anak-anak supaya jangan jadi anak yang terlalu manja & sampai tak bleh nak berdikari sendiri.

Solution yang aku bleh pikir sekarang nie aku nak jer pindahkan azri sekolah, biar transit dari umah jiran aku. Masalahnya mak aku mesti tak bagi + hilanglah pendapatan dia. Kalau aku minta jiran aku jaga nanti nak bagi duit tiap-tiap bulan mcm sekarang aku bagi tak behlah plak, setakat nie aku tak mampu lagi.


Arrrrghhhhhhhhhhh...tulun..tulun...Delima sungguh.




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,
pelan pelan reason things out with your kids. tell them nenek dah tua. dia tak boleh penat jadi akamu kena tolong nenek. buat sendiri. Allah dah beri kaki tangan kena la pakai stokin sendiri. Bila dah masuk sekolah makanya kena la buat sendiri. jgn suka suruh nenek saha ja yg buta. explain use logic but they understand the meaning.
always instil in their head kesian nenek. dia kan dah tua. so and so must help nenek dari suruh nenek yg angkat etc. give eg. if u instil everyday after a while it gets it. anak anak jika berumur 3 tahun jika dah diamalkan teguran dari umur emuda 2 tahun lebih mereka mampu faham dan ingat.

Tanpa Nama berkata...

typo error buatbukan buta

Ijah @ Fariza berkata...

Pn/En/cik Anon : Salam terima kasih atas advise u tu. Boleh dikatakan setiap hari saya cakap dengan anak-anak "nenek dah tua kene buat sendiri semua". Kadang-kadang berhasil kadang-kadang tak..

Insyaallah saya tak akan putus asa dan saya harap anak2 akan berubah.Amin.

Jiey^Mien berkata...

Dilema sungguh nih.. sayang nenek/ atuk - cucu ni lain macam sket kot.. =)