05 Mei 2009

Gelombang krisis ekonomi

Tajuk macam ilmiah jer..muhahahhahahhaha..

Semalam aku balik keje aku tengok kawan merangkap jiran aku tengah main buai..hahahahhaha..bukan anak yang main tapi mak yang main..katanya nak release tension..aku gelak jer tengok dia..ntah ape2 ntah. Lepas aku masuk rumah bukak tudung ye aku alim-alim taik kucing aku pun join sekali, tapi bukanlah main buai...saje je duduk kat taman..syok oooooo..sambil bergosip.

Citer punya citer kawan aku tanye aku, ade tak dengar citer pasal..kak L nama sebenar terpaksa dirahsiakan. Kak L nie jiran aku gak seorang surirumah sepenuh masa, anak 3 orang semua sekolah, lakinya keje kilang kat SA. Bahana krisis ekonomi rumah Kak L nak kene tarik dengan bank, aduh kesiannya. Lagi sorang jiran aku Kak A Van dia pun nak kene tarik ngan bank gak. Patutlah aku dah lama tak nampak van Kak A, selalu dia parking kat depan umah aku. Kak A nie pun surirumah, anak 7 orang 2 dah bekerja 5 sekolah. Masa aku dalam pantang Kak A ade datang umah aku citer..dulu anaknya yang 2 orang tu keje kilang T bleh dapat 1k ++ . jadinya mmg bleh tolong bayar duit van & rumahlah. Suami Kak A plak cover duit makan & sekolah. Sekarang anak Kak A berenti dari kilang T (kilang nie terpaksa terminate pekerjanya sebab krisis ekonomi) keje plak kat kilang K...tapi income dah tak masyukkkk, tu yang sakit tu.

Aku ingat aku jer yang terasa bahang krisi ekonomi nie, yelah mana taknye...awal tahun ari tu hubby aku dipaksa cuti 2 minggu sebab production tutup. 2 minggu cuti tu plak hanya dibayar separuh gaji jer..huhuhhuhu..sakit gaklah, nasib baik masa tu aku dalam pantang (tak keje duit tak banyak keluar) pastu plak bos aku baik hati bagi bonus separuh gaji time bayar bonus tu baik hatilah hahahhaha dasar mata duitan, jadilah bleh cover2 mana yang patut. Setakat nie takdehlah ape2 hutang yang sangkut. Kansel plan aku nak berenti keje ade hati gak tu. Aku pun hampir-hampir keluarkan KWSP aku nak cover installment rumah, tapi tak jadi sebab bank turunkan interest monthly pun jadi kurang ckit, hubby cakap tak payah keluarkan sebab KWSP tu jerlah simpanan hari tua esok selamat duit kwsp aku. Tapikan ade hikmahnya juga hubby aku kene cuti 2 minggu tu, yang tu nanti aku buat n3 lain kalau rajinnnnnlah


Aku harap ekomoni akan pulih mcm biasa. Amin. huhuhuhu anti klimaks betul.

5 ulasan:

NONIE AZIZ berkata...

Ijah...betul tu..mana-mana sekarang mmg terasa kegawatan...gelak akak baca bab bonus tu Ijah...samala ngan akak

Ijah @ Fariza berkata...

Kak Nonie: Sebenarnya kan bos dah janji nak bagi bonus..tu yang gigih bagi jugak tu walaupun 1/2 gaji..kalau tak jgn harap nak rasa...muhahahhhaha..

silap-silap ekonomi meleset dijadikan alasan...poyo bos saya tu..

sya berkata...

Tak pelah masa susah ni cover2 lah mana yg perlu, kak sya pun plan jugak nak kuarkan KWSP ujung tahun ni utk cover rumah kalau keadaan tambah teruk, tapi bila dengar unjuran ekonomi luar cam bagus aje.. harap2 kita sume bertahan menghadapi krisis ni. Sedih baca pasal jiran2 tu.. anak ramai yg sekolah jadi nak buat camana. Kekadang rasa diri susah tapi ramai lagik yg lebih lagik susahnya

Maya Ariffin berkata...

Wei ja.. balik2 kije dok bergossip depan umah ko yer hahahaha.. bincang isu global pulak tuh.. syabbass inspektor syahabbb!!

Ijah @ Fariza berkata...

Kak sya: tulah kak sya..saya pun dengar cam tu insaflah ckit...kesian gak kat jiran2 tu, nak tolong cam mana pun tak tau..harap2 ekonomi terus oklah..

Maya: hahahhaha..aku nak gosip yang tak berfaedah tak reti..uwweeeeeeeek..muhahahahha..