21 Mei 2009

Didik anak lelaki menjadi suami mithali bukan suami disesali

wahahahhaha..jauh betul pandangan aku. Sebenarnya lebih pada ingatan untuk aku sebab aku ada 3 anak lelaki.

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal nie. Aku nie peminat setia ruangan dcck (surat khabar ari minggu). Ada beberapa masalah dari pembaca pasal suami yang malas tolong isteri buat kerja rumah dan kat akhir ruangan tu di tulis mcm nie Kepada ibu-ibu tolonglah didik anak lelaki, sama mcm mana mendidik anak perempuan (lebih kurang cam tulah ayatnya). Ok, untuk lebih luas lagi maksudnya ibu-ibu yang ada anak lelaki kene ajar, masak, basuh kain, cuci pinggan, lipat kain mcm kita suruh anak-anak pompuan buatlah supaya nanti bila dah berbini bolehlah buat keje rumah sama-sama sebab zaman sekarang bini-bini semuanya bekerja kalau bergotong-royong buat takdehlah penat sangatkan nie kalau nak harapkan bini semua nak buat boleh parkinson lah bini tu. luas betul nie. Aku rasa tercabarlah bila penulis tu tulis cam tu.


Tapi aku nak betulkan kat sini, bukan ibu jer yang kene ambik peranan bapak pun sama gak sebab bapak bleh jadi role model pada anak lelaki contohnya mcm lipat kain kalau anak tengok bapak lipat kain, mesti anak pikir oh sangat cool abah lipat kain lipat kain lelaki pun boleh buat, bukan pompuan jer. Jadi esok kalau bini minta tolong lipat kain takdehlah dia cakap "lipat kain keje orang pompuan!". Lagipun kan bukan nak senangkan bini jer sebenarnya, nak menyenangkan ibu nya gak. Selalu orang cakap "esok aku senang sebab anak aku pompuan bleh harap tolong aku kat dapur" dengan pandangan anak kau laki sampai matilah kau penat kene buat keje rumah sendiri. Tapi kalau bapak tak bleh pakai ibu terpaksa bekeja keras ckitlah, tunjukkan betapa penatnya bila bapaknya tak nak tolong ibunya. Esok kalau anak laki berumahtangga takdehlah penyakit malas nak tolong bini tu berjangkit & jadi turun-temurun.


Macam mak mentua aku, penahlah dulu aku tercakap mcm nie "eleh, abang kat umah basuh pinggan pun jarang semua saya nak kene buat sendiri". Pastu mak mentua aku terus khutbah kan anaknya " Janganlah mcm tu, Azam kenelah tolong jugak, dah sama-sama keje kan. Apalah salahnya kalau tolong". hubby masa tu tunduk jer...hahahhahhaha agaknya dalam hati dia kurang asam punye bini...dengan mak aku pun nak ngadu. Sekarang hubby aku rajinnnnnnn. bleh jadi teladan untuk anak-anak.


Macam saudara aku plak dia ada 2 anak lelaki( tu jerlah anak dia). Masa anaknya tunggu SPM, setiap pagi tugas anaknya basuh kain + jemur kain, kalau dia nak pegi mana-mana pun mesti dia buat dulu keje-keje kat rumah, baru dia keluar. Sampai saudara aku nie tak bagi anaknya cari keje masa nak tunggu result sebab nanti takdeh orang nak tolong dia itu anak lelaki tu. Janganlah cakap anak lelaki buat keje pompuan tak macho atau takut anak jadi 'sotong'. Habis tu kalau anak pompuan buat keje lelaki tak peh plak kan?.


Sebenarnya bukan susah pun nak latih anak-anak lelaki nie, cth ape yang aku buat kat anak-anak aku diorangkan kalau mandi berejam dlm bilik air main sabun + main air jadi aku cakap "ape kata abang ambik berus, berus dinding bilik air tu". suka jer dia nak buat sebab boleh main sabun + air sekali. Siram pokok bunga, belikan tempat siram yang kecik tu, sukalah dia nak siram bunga. Kadang-kadang time aku nak masak nasi anak-anak suka nak bertanyakan jadi aku ajar secara teorinya (sesuailah ngan usianya) "beras nie kene basuh bersih dulu, pastu sukat air nie baru boleh masak". Kalau dah minum cuci gelas tu terus, lepas makan angkat pinggan terus ke sinki, of coz lah hasilnya tak lah tip top, tapi aku nak biasakan diorang. Biasanya lelaki kalau dah makan terus jer tinggalkan tempat makan terus ngadap TV, terkontang-kanting bini nak mengemas nasi yang berterabur, kemas meja semua, kesian kan. At least kalau laki tu boleh bawak pinggan dia sendiri ke sinki pun dah kira ok pada aku. kak nonie nak tempah tak anak saya jadi menantu, kalau nak hantaran kasi diskaun ye, muhahahhahah. Benda nie aku bleh praktik kan kat rumah jer kalau kat umah mak susah nak buat mak aku manjakan sangat anak-anak aku ( nie nanti aku buat n3 lain) ayoyo salahkan mak.



Moral of the story insyaallah mcm mana aku dapat lelaki yang rajin & baik (hubby), akan aku pastikan sapa yang kawin ngan anak aku pun akan dapat laki yang rajin mcm hubby.ntah kenapa otak aku nie sekarang suka pikir 20 tahun akan datang

6 ulasan:

ApEz ""MaTTeNo"" berkata...

dulu2 mase skolah rendah mak slalu marah sebab tak basuh pinggan lepas makan...sekrang dah melekat jadi tabiat basuh pinggan lepas makan....:D...

miz sifa berkata...

bagus hubby saya ...hek3....

Maya Ariffin berkata...

Ekceli aku pon peminat pada topik2 cenggini Ja. Like some1 has wrote not so long ago.. aku tak ingat kat web mana aku baca, but was wrote by ustaz gak la... berapa ramai orang menitik beratkan soal lelaki yg mampu menjadi imam untuk keluarga nya sebagaimana mereka menitik beratkan perempuan yg yang pandai memasak? which shud come first? coz sekarang ni banyak yg mengikut budaya adat lebih dari budaya agama. Budaya adat, owng pompuan dok ceruk dapur, owang lelaki baca sokkabo kat depan tv. tapi tu zaman dolu2 leh la.. time husband kije ke bendang, owang pompuan suri rumah tangga sepenuh masa. Kalu skarang ni nak wat mcm tu.. pakai baju masam la gi kije.. hahahahah.. tak gitu? takot kan nak membesarkan anak2 zaman sekarang ni.

Ijah @ Fariza berkata...

Apez: ok bagus, dah nak hampir jadi suami mithali tu...

Atih: belum dapat...kuang3x.gurau jer ek..kang majuk plak apez..

Maya: betul tu.

Memang mencabar nak didik anak sekarang nie...harap-harap kita nie jadi ibu yang berjaya didik anak-anak. Amin.

CJ berkata...

hehe.. walaupun aku lelaki, aku blh lakukan semua kerja rumah tanpa byk masalah, memasak, mengemas, sidai baju, basuh kain.. kecuali lipat kain. haha..

Ijah @ Fariza berkata...

CJ : bravo..bravo..
kalau kau lelaki bermasalah nak lipat kain aku pun sama gak..hahahahhaha..ade tak sapa2 yang bleh cipta mesin lipat kain..sonang keje den..