06 April 2009

Pengalaman saya sendiri (Kak Nurul)

Kak Nurul telah berkongsi pengalaman dia dengan aku dan aku dah pun minta izin ngan kak nurul nak publish citer nie kat blog.

Moga citer nie boleh dijadikan panduan bagi ibubapa yang ada anak-anak kecil, jangan ambil remeh jika anak-anak demam terutama yang berusia 6 tahun kebawah.


Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan sanak saudara yang mengenali diri sy….

29.3.2009 (ahad), satu tarikh yang tak mungkin sy & suami lupakan apabila mengalami detik cemas yang melibatkan anak lelaki saya MUHAMMAD AKID IKRAM BIN ZUHAIDIE yang berusia 4 thn. Sy ingin berkongsi cerita dan pengalaman ini dengan semua kerana ini merupakan pengalaman yang membuatkan sy sentiasa dan terbayang2 tragedi yang menimpa anak sy..dan rasa kesal sentiasa menyelubungi diri sy….

Hari Sabtu, 28 Mac 2009, malam, anak saya demam tapi sy hanya memberi ubat demam yang memang ada dalam simpanan di rumah. Sy tak bawanya ke klinik sbb panasnya tak tinggi sgt masa tu dan dia nampak cergas dan lincah bermain...

29 Mac 2009, ahad, selepas solat subuh, suami sy bagi lagi ubat bila perasan panasnya naik, pagi tu memang hati sy tak berapa tenang dan asyik berdebar-debar tapi disebabkan hati sy nak sgt dtg ke jemputan majlis perkahwinan yang merupakan anak rakan lama di tempat sy bekerja dulu, sy buang jauh2 perasan itu. Jam 12.00 tengahari, sy bagi ubat sumbat melalui bawah kat anak sy tu agar panasnya berkurangan. Lepas bagi ubat tersebut, anak sy tidur sehingga waktu untuk pergi ke majlis perkahwinan tu pada jam 1.30 ptg. Niat sy memang nak tinggalkan dia kat umah mak angkatnya (penjaga) sbb keadaannya yang tak sihat tapi dia dah terjaga dari tidur dan tak nak pergi ke rumah mak angkatnya…Suami sy pun bawa dia bersama ke majlis tu...

Sampai sana lebih kurang jam 2.00 petang, keadaan anak sy nampak seperti biasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda lain. Selepas selesai makan, anak sy bersuara ajak balik tapi memandangkan sy telah berjumpa dengan rakan2 lama dan sy ckp kat dia sebentar lagi. Lebih kurang jam 2.30 ptg barulah kami bergerak untuk balik
.
Masa tu sy masih x nampak apa2 reaksi pelik anak sy sehinggalah tiba kat depan pintu kereta, sy suruh dia masuk dan duduk di dalam kereta tetapi dia tak bergerak2 dan berdiri tegak tanpa bercakap sepatah pun seperti patung hidup. Sy angkat dan memangkunya ke riba sy di dalam kereta tetapi dia masih mcm patung. Tiba-tiba dia rebah di pangkuan saya tanpa berkelip mata dan berckp…mukanya sudah mula pucat …kami panic…Sy tgk mata hitamnya dah memandang ke atas beberapa kali…kaki dan tanganya dah mula kejang. Syukurlah masa tu kami masih berada di perkarangan tuan rumah tersebut.

Bila tgk keadaan anak sy yang kebiruan dan kejang tu, sy terus suruh suami sy cari air dan dengan sepantas kilat suami sy terus berhentikan kereta dan meluru keluar cari air untuk disiramkan ke atas badan anak sy. Kerana risau keadaan anak sy tu dan dah tak sanggup nak tunggu lagi di dalam kereta, sy pun turun serta merta dari kereta sambil mendukung anak sy yg dah kaku tu tanpa kasut dan berlari mendapatkan bantuan kerana keadaan masa tu memang betul2 kritikal. Anak sy dah kaku….sy terus meminta bantuan dari tuan rumah dan anak sy serta merta disiram air oleh suami sy serta beberapa orang di sekeliling yang membantu. Ada yang menyuruh sy mengiringkan anak sy agar dia dpt bernafas semula...kaki dan tangannya telah diurut2 berkali2 oleh salah seorang saudara tuan rumah tersebut…lebih kurang 10 minit barulah anak sy membuka mata dan kaki tangannya mula bergerak2…Sy amat bersyukur kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak sy daripada kejadian yang tidak diingini…

Anak sy mula sedar sikit, sy & suami bergegas cari klinik 24 jam yang berdekatan pekan tu dengan ditemani saudara yg telah mengurut2 kaki dan tangan anak sy tadi….sampai saja di sebuah klinik 24 jam ..kami diberitahu doktor tak ada…hampa sungguh rasanya klinik yang kononnya dibuka 24 jam tapi tak ada DOKTOR di dalamnya.

Sy ajak suami terus hala balik ke klang secepat mungkin…sepanjang perjalanan saya tetap mengiringkan anak sy yg kebiruan tu dan memanggil2 namanya berkali2….dan masih dibantu oleh saudara berkenaan yang mengurut kakinya bg mengelakkan kejang semula…sedikit demi sedikit anak sy mula menggigil pulak walaupun aircond kereta tak sejuk sgt…kereta pulak byk ms tu …..lagi la panik sy dan suami…sy capai toto nipis yg mmg ada dalam kereta dan terus membuka mulut anak sy dan masukkan sikit toto tu utk elakkan daripada kancing gigi….sepanjang perjalanan sy hanya beristifar dan memanjatkan doa agar dia dapat diselamatkan segera…. Semua traffic light yang ada terpaksa suami sy redah demi menyelamatkan anak kami….Akhirnya kami berjaya sampai ke Pantai Specialist Klang dan anak sy telah dibawa oleh nurse yang bertugas ke dalam Emergency room dengan segera…..

Anak sy terus diberikan rawatan segera oleh doktor & nurse yg bertugas…..seluruh badan anak sy telah dibalut dgn kain basah yang sejuk selama beberapa minit bagi menurunkan kadar kepanasan yg dialaminya…dengan segera air dimasukkan …darah pun nurse ambil utk pemeriksaan lanjut…tak lama lepas tu barulah anak sy mula tunjuk reaksi dan menangis…..syukur alhamdulillah…. Anak sy telah dimasukkan ke dalam wad utk 1 mlm dan telah dimasukkan air sebnyk 4 botol…dan sepanjang mlm anak sy sentiasa dipantau oleh nurse yg bertugas pd mlm tu…

Sambil menaip pengalaman ni pun hati sy sebak dan kesal ke atas kejadian yg menimpa anak sy….airmata pun dah tak blh nak thn lagi wpun kejadian ni dah berlalu beberapa hari….

Kepada yg belum @ pernah mengalami situasi yg mcm ni…dinasihatkan agar lebih berhati2 klu anak demam lagi2 klu suhu panasnya tinggi…….

Sy juga ucapkan terima kasih kepada yg membantu…semoga allah membalas jasa baik pertolongan dari semua…


Nurul,
Ex-staff PKDP & GUPER

4 ulasan:

NONIE AZIZ berkata...

itulahkan..kita kekadang dia terambil mudah sesuatu yg sepatutnya kita sepatutnya kita kena ambil berat...apapun jadi pengajaran dan iktibar kat kita semua jangan ambil mudah terhadap sesuatu perkara...psttt kak nonie baca terus insaf ijah...takuuuutttt...

Ijah @ Fariza berkata...

Kak Nonie: tulah kalau nak dikira 4 tahun tu dah besarkan...mungkin mcm kak nurul pun dia tak sangka nak jadi mcm tu...saya pun insaf gak..tapi takut lepas tu lupa balik...

Maya Ariffin berkata...

Aduyaii takutnye.. so far me always keep the termometer handy. sbb dah slalu dgr kes mcm ni la.. takutnye. Ja, haritu member aku ada cerita satu kes similar to this kat Sijangkang sampai meninggal dunia tau.. Nauzubillah! Ya Allah jauhkanlah kami dari dugaan tu.

Ijah @ Fariza berkata...

Maya : kalau nak kira ajal maut kat tangan tuhan, tapi kan kalau sebab kelalaian kita mmg tak bleh dimaafkan...