15 Mac 2009

Pengalaman yang ketiga (Muhammad Aqil)

20/1/2009 jam 4 petang lahirlah anak aku yang ke3.

Kronologi teran meneran.

Dari tempat keje aku drive sendiri pegi hospital. Aku suruh Azam tunggu jer kat hospital. Sampai kat hospital check dah bukak 3cm. Naik wad buat CTG...dan hasilnya aku langsung takde contraction tapi sebab dah ada tanda terus jer masuk labour room. Main-main pulak budak nie nak keluar


Masa kat Labour room nie, doktor pecahkan air ketuban & masuk drip. Aku masuk labour room pukul 10 pagi. Kiranya lama gaklah kat dalam tu sebab pukul 4 ptg baru bersalin. Aku siap baca majalah mastika kat dalam tu..hahahahaha. Aku tunggu nak rasa sakit tapi tak rasa-rasa..pelik lak aku..dah bukak 6 cm pun aku tak rasa sakit lagi. Pinggang aku dah rasa kematu dah, kalau ikut pengalaman dolu-dolu nak bukak 5 cm pun aku rasa mcm nak mati dan dan tue rasa nak bertukar jadi ultraman pastu nak terbalikkan je hospital tue..hahhahahha... Kali nie aku jadi tabah pulak..ekekkekke..tabahlah sangat Azam tunggu pun siap tidur lagi kat sebelah aku pastu tengahari pegi lunch & sempat sembahyang zohor lagi. Masa pukul 3ptg tu aku cakap kat Azam rasanya pukul 5 ptg baru nak bersalin kot, tapi Azam target pukul 4 ptg aku bersalin cayalah azam bleh jadi tuan doktor..ekekekek.

Bila dah pukul 3.30 ptg baru rasa sakit..aku tanye kat nurse "nurse lama lagi ker saya nak bersalin nie?"...nurse tu datang seluk dah bukak 8cm, tapi dia tak bagi teran lagi. Bila rasa sakit lagi sekali aku panggil lagi nurse tu "nurse tak tahan nie rasa nak teran". nurse tu seluk lagi pastu cakap "ha! nak teran teranlah..angkat kaki tu teran, nie kesian baby awak nie lama sangat". Dalam pada sakit2 tue terpikir plak aku apasal nurse tu marah aku..hahhahah..macam blur pun ada. Aku mana larat nak angkat kaki. Sebenarnya aku tak larat nak teran rasa mcm takdeh tenaga..yelah aku tak makan apa2 dari pagi oh nasi lemak kerang ku..hahahha, teringat plak sebelum datang opis dah beli nasi lemak kerang tapi tak sempat nak makan..cis betul... Dalam pada nurse tu membebel..dia siapkan semua perkakas, ikat kaki aku kat tiang....doktor pun datang...bila rasa sakit jer aku teran..sekali teran je..fuhhhhhh...marbeles tengah rasa baby tu nak keluar..doktor suruh aku stop teran potong stim betul! sebab baby terbelit tali pusat 2 kali...aduh....seksa betul bila kene stop tu dan akhirnya...bila doktor dah gunting tali pusat tu...teran ckit baby pun keluar..wah...lega seleganya...

Alhamdulillah kali nie bersalin dipermudahkan. Azam cakap kali nie aku bersalin, aku lebih cool..takde merintih meratap kesakitan ehehhehhe...see the leg lah bang. Berkat air selusuh yang Azam bagi ehehehhe..ada sesiapa nak belajar buat air selusuh nanti aku tanye Azam ayat apa yang dia baca. Bolehlah aku standby yang ke4 nanti... hahahhaha.
hari ke2 kelahiran Muhammad Aqil

Saudara-mara & kawan2 ckap Aqil sebijik Azri..hahahahaha..of cozlah..sama kantungkan...

4 ulasan:

DYLA berkata...

shomell la dia.. chubby sungguh!

NONIE AZIZ berkata...

ala....tomeinya....

sya berkata...

Tahniah... comelnya

Ijah @ Fariza berkata...

Tq dyla, kak nonie & kak sya...