12 Februari 2009

Flashback Azri masuk Darjah 1.

Nie en3 lama terperap....kenang-kenangan Azri masuk darjah 1.

5/1/2009



Pagi-pagi dah kejutkan Azri & Fahmi, maklumlah first day hari persekolahan kan. Azri masuk Tahun 1, Fahmi plak 6 tahun dah. Sebab aku & hubby cuti jadi tak dehlah kalut bangun pagi2 kan.

Pukul 7.10 dah sampai sekolah Azri, cari kelas Azri bila masuk kelas ade plak satu budak lelaki tengah menangis sambil pukul2 maknya...aduh susah nie..aku pandang hubby, hubby pandang aku pastu aku & hubby pandang Azri. Muka azri dah kelat dah, tapi tak dehlah nangis ke ape, ok jer dia...kawan2 satu tadika ngan dia pun ramai gak dalam kelas tu. dekat pukul 9 cam tu aku pun keluar sebab nak bayar yuran sek tadika Fahmi plak, dia pun tak sabar nak pegi sekolah. Hubby bagi duit 2 inggit (testing dia bleh habiskan berapa) kat Azri, mula-mula dia tak nak ambik tapi hubby masukkan dlm beg sekolah dia. Aku tak tengok pun dia masa rehat...aku nak pegi tengok hubby tak bagi, dia cakap nanti pukul 11 dia kan dah nak balik..biar jerlah..sebab aku pun dah tak larat jadinya aku tawakal jer lah..pandai-pandailah dia nak pegi kantin nanti. Boleh dikatakan Azri sangat berdikari + aku tak sangka sebab kalau ikutkan azri nie kememeh ckit.



Pukul 11 hubby ambik Azri, aku tengok dia happy jer, dia cakap dia suka sekolah sebab ramai kawan. Aku tanye dia ade tak beli apa-apa, tengok baki duit tinggal RM1.10 ..oklah tu. Balik sekolah agama aku suruh dia makan & rehat sebelum nak masuk sekolah keb. pukul 1 nanti.

Aku dah tak larat nak pegi + panas sangat, jadi hubby jer yang hantar Azri masuk Sekolah Keb, tu pun hubby tak tunggu dia, habis jer urusan masuk kelas terus hubby balik. Pukul 5.20 ptg dia keluar sekolah. Sampai rumah aku tanye dia beli ape? nampaknya Azri berjaya belanjakan duit sebanyak RM1.50, sebab dia beli aiskrim. Lepas tu aku warning dia tak bleh beli aiskrim hari-hari nanti batuk. esoknya aku bagi dia RM1.50, tapi dia tak nak duit syiling dia ambik RM1 jer..wahahahhahaha...jimat duit makbapak kau bang. Sekarang nie aku bagi dia sehari RM2( pagi RM1, petang RM1) jer, tu pun kadang2 dia bawak balance dalam 40 sen( masuk tabung).




Sessi siasatan tak habis pasal duit belanja jer...


Aku: Kat sekolah abang kencing tak?
Azri: Tak bu, nasib baik abang tak terkencing kat seluar.
Aku: Aik..apasal pulak, cikgu tak tunjukkan ker kat mana toilet.
Azri: Tunjuk, tapi abang dah lupa kat mana... (sambil garu-garu kepala)
Aku: apasal pulak lupa..
Azri: Yelah, sekolah tu besar tau bu, mana abang nak ingat jalan pegi toilet tu..
Aku: poyolah kau nie...lain kali ingatlah.

Untuk hari tu, dia tahan kencing sampai balik sekolah. Sabar jerlah.

Hari-hari seterusnya.............

Mak citer masa hari ke 3(rabu), dia tak bagi mak aku hantar dia sampai kelas...hahahhahhaha...Azri cakap "nenek takyah hantar abang sampai kelas, abang taulah nak jalan sendiri"...muhahahahaha...mak aku bengang jer.

Tapi yang tak tahan tu baju & kasut sekolah..mmmmmm.. macam orang pegi menyangkul jer. Sekarang nie hari-hari tak sabar nak pegi sekolah. Jumaat lepas aku suruh dia pegi sembahyang jumaat, lepas tu baru pegi sekolah, aku tengok jadual dia masuk pukul 2.10 petang. Boleh dia tak nak pegi dia cakap nanti lambat masuk kelas.

Aku: Azri hari nie ari jumaat, abang pegi sembahyang jumaat dengan wak yer?
Azri: nanti abang lambatlah bu pegi sekolah
Aku: Takdeh nye lambat, lagipun abang kan pegi sembahyang tak kan cikgu nak marah.
Azri: Taknak lah bu, semalam kan kawan-kawan abang ade yang kene denda dengan cikgu sebab masuk lambat.
Aku: susahlah mcm nie....

Aku pikir balik napelah cikgu buat jadual masuk pukul 2.10. Rupa-rupanya orang yang buat jadual tu salah taip...cisss...sabar jerlah aku..kalau jumaat patutnya masuk 2.30 petang. Kalau 2.30 ptg takdehlah lambat masuk sekolah. Jadinya Azri tak pegi sembahyang jumaat pun, pukul 1.00 dia dah siap nak pegi sekolah dah...tak sabar-sabar betul. Minggu nie aku dah bagitau dia kene pegi sembahyang jumaat dulu baru pegi sekolah.

Lepas 2 minggu (minggu orentasi)


Mak call aku kat tempat keje

Mak: Kak, mak nie tengah pening cari kelas anak kau nie ntah kat mana ntah
Aku: lah tanye lah kat cikgunya..
Mak: cikgunya sorang pun tak deh..nie cam mane nak tanye. tak peh lah mak cari dulu dia masuk kelas mana..

Minggu kedua orentasi budak2 darjah satu ni ada exam nak tentukan kelas mana ( pandai atau kurang pandai). Masa aku tanye azri boleh ker tak buat exam tu...dia cakap "ibu tengoklah nanti" sabo jerlah budak nie. Aku tak menaruh harapan ape2 kat Azri kalau dia dpt masuk kelas ker 3 or ker 4 pun aku ok lagi, cuma jgn masuk kelas last sekali dah ler. Aku tahu anak aku nie bukan tak pandai tapi kuat berangan kat kelas (nie cikgu dia kat tadika pun cakap benda yang serupa).

Lepas 15 minit mak tipon lagi..

Mak: Kak, mak pusing-pusing cari kelas anak kau, nasib baik ade kawan mak..dia yang tolong tengokkan...kau tau dia masuk kelas mana?
Aku: kelas mana?
Mak: 1 Arif.
Aku: iya ker?, cuba mak tengok betul2 nama dia, mana tau ader nama yang serupa ngan nama dia
Mak: betul lah nie, Mohamad Azri bin Mohamad Azam.
Aku: iya ker?

Aku tak percaya anak aku masuk kelas No.1...hahahahahhaha..

Esoknya Azri paksa nenek bawak cermin mata sebab dia nak suruh nenek check betul-betul nama dia..muhahhahahhaha..dia pun tak caya yang dia boleh masuk kelas 1 Arif...yang nenek pun ikut jerlah, bawa cermin mata tu nak tengok nama Azri....

Nak kekal kat kelas no1 tu bukan senang dengarnya setiap bulan ujian bulanan akan dijalankan untuk menilai balik prestasi budak-budak nie.

Sebenarnya Azri sekolah kat sekolah aku dulu, kiranya kalau ikutkan dah 3 generasi sekolah kat sekolah tu...dari arwah abah, aku, dan sekarang Azri plak. Kenapa aku sekolah kan Azri kat sekolah tu? sebabnya ade mak yang tolong tengok-tengokkan Azri bila balik sekolah walaupun pagi2 aku rasa cam tak cukup tangan kaki lagi2 bila ade sikecik nie.....tapi hati aku puas & aku bleh pegi keje dengan tenang tak risau makan tak dia...tertinggal bas ker(mak hantar & ambik).



Sekarang nie dia dah takdeh masa nak main basikal @ main kat taman petang2 sebab dia balik sekolah pukul 6.30 ptg, balik mandi...rehat kejap sembahyang maghrib, makan, buat homework..susun buku untuk esok..pastu tido. Kalau hari sabtu aku suruh dia basuh kasut sekolah dia sendiri, hari ahad plak kapur kasut (walaupun tak menepati piawaian)..aku bukan zalim tapi nak dia berdikari sendiri, kalau bleh baju sekolah pun aku nak suruh dia gosok sendiri.

Tiada ulasan: