17 Januari 2009

Air Selusuh??

Minggu nie aku dah 38 minggu...maknanya bila-bila masa baby dah boleh lihat dunia. Hari tu hubby ada tanye pasal air selusuh kat aku,

Hubby: bu, dah minta mak buatkan ia selusuh belum?
Aku: Belum lagi.
Hubby: Lah, bila nak minta mak buatkan...
Aku: Nantilah
Hubby: Tak pehlah nanti abang yang buatkan.
Aku: Ha, kalau suami yang buatkan lagi afdal...
Hubby: bukan susah pun nak buat...

Jadi aku tak minta mak tolong buatkan, tunggu hubby yang rela hati nak buat. Malam semalam lepas sembahyang mahgrib hubby terus buat air selusuh tu. Masa tu plak aku tengah masak. Datang Azri kat aku..

Azri: Ibu, abah buat air ubat untuk ibu, abah cakap biar ibu senang nak keluarkan baby..
Aku: ye ker?
Azri: iya bu, tapi kan bu lepas abah dah baca doakan abah puih, puih( mcm org ludah) kat air tu..
Aku: ye ker? hahahhahhaha..sabar jerlah abah tu..

Sebenarnya hubby saje mengusik si Azri...muhahahhahaha...Azri kan mulutnya banyak tanye...sesekali usik dia syok gak.. Dah dua malam jugak hubby buatkan air selusuh nie untuk aku. first round aku dah minum, hubby tanyer ader tak rasa nak bersalin..hahahhahahha...sabo jerlah. Tak kanlah minum-minum jer terus rasa nak bersalin...

Pada aku, sebenarnya bila hubby rela buatkan air selusuh tu, maknanya dia redha kat aku sebagai isterinya. Redha suami tu penting, lagi-lagi aku akan lalui saat2 nak melahirkan nie, ibarat org cakap nyawa kat hujung tanduk..moga-moga semuanya dipermudahkan.

Sebelum nie pun masa aku nak bersalinkan Azri & Fahmi pun aku minta ampun dulu kat hubby....iyalah manalah taukan hubby ade kecik hati kat aku kan jadi aku takut nanti aku susah nak bersalin. Tapi paling aku tak leh ingat masa nak bersalinkan Azri, patutnya aku bersalin 20/7, lepas 2-3 hari pun aku tak deh tanda-tanda yg aku nak bersalin..satu pagi tu lepas mandi aku duduk kat tepi katil, aku menangis teresak-esak, Hubby nampak terus tanye aku..

Hubby: Kenapa nie nangis, sakit ker?
Aku: Taklah, kenapa saya tak bersalin-salin nie..
Hubby: sabarlah belum sampai masanya lagi..
Aku: Abang dah maafkan saya belum.. (sebelum tu aku dah minta maaf)
Hubby: Dah, abang dah maafkan ayang dah.. dah dah jangan nangis tak elok untuk baby (sampai usap-usap belakang aku)..
Aku: Betul nie..
Hubby: Betul, abang sayang ayang...

Lepas tu baru aku lega ckit..Hahahahahha..drama lebih..bila ingat-ingat kelakar plak.

4 ulasan:

DYLA berkata...

moga ija mudah bersalin yer...

Nomee berkata...

Ohh... belum bersalin lagi. Lama senyap, ingat dah bersalin. Moga selamat semuanya ya.

NONIE AZIZ berkata...

huhuhuhu...patutlah baby yg kedua susah bangat nak bersalin pasal tak minta maaf kat abg amir...tapi betulkan ijah...Suami kita kena redha...(abg. mir tak redha la tu..kekekekek)

sya berkata...

He he 2-3 ari dah risau ek? Kak sya anak lelaki semuanya masuk minggu ke 41 baru nak kuar..

Semuga Ija selamat besalin