31 Disember 2009

Tak jemput pun dia akan datang (2010), Tak halau pun dia akan berlalu(2009)

2009
Boleh dikatakan tahun yang kurang memberangsangkan bagi aku. Banyak peristiwa yang menyakitkan hati. Ok, malas nak review. Tapi bukan semuanya tak memberangsangkan..ada jugak yang buat aku berbunga-bunga, macam kelahiran Aqil, Azri masuk sekolah rendah, ape lagi ye?. kesian, 365 hari hanya 2 peristiwa gembira nie aje aku ingat. Banyak minum air bersemut nie.

2010
Suka masuk tahun baru? tahun aje yang baru umur kita makin lama nampaknya. aku tak perlu ber Azam sebab azam sentiasa ada dengan aku..hahahhahahaha..lawaklah sangat. Aku rasa sepanjang aku hidup nie, bila aku buat azam tak pernah tertunai..nie dah kira aku hutang dengan diri sendiri, jadinya biarlah malas nak tambah hutang.

Minggu depan anak-anak dah nak sekolah dah, mulalah aku akan jadi lipas yang terkudung...huhuhuhuhu. Tadi azam tanya apa rancangan aku untuk besok(kan public holiday). Aku jawab nak kapur kasut Fahmi, balut buku teks Azri, Jahit lencana kat baju sekolah, lipat kain yang menimbun, vacum rumah, bla,bla,bla,bla....(2 terakhir tue kat hati je).

4 & 5 hb aku cuti, nak hantar fahmi masuk darjah satu. Fahmi nie aku tak risau sebab dia berani. Kalau sorang-sorang pun dia ok jer. Cuma kesian plak kalau aku tak cuti, dulu Azri aku boleh cuti. Lagipun peristiwa ini akan berlaku seumur hidup sekali jer, jadi aku takkan lepaskan peluang & kenangan yang berharga nie. Kalau opis aku nie macam tempat kerja azam kan syok, tiap kali pembukaan sekolah mesti cuti, company bagi cuti takyah nak gaduh-gaduh ngan opismate, sebab masing-masing ada anak konpem semuanya nak cuti kalau buka sekolah.



OKLAH, SELAMAT BERTAHUN BARULAH KITA YE!!




Ini telah menjadi SEJARAH

30 Disember 2009

Kawan aku menamatkan zaman bujangnya.

Kawan yang paling rapat sekali masa zaman persekolahan. Ibaratnya dulu mana ada dia ada je aku. Aku seronok kawan ngan dia. Dia tulah kawan aku Siti Khadijah (tjah). Semua orang terkejut tjah nak kawin. Sebab apa? biarlah rahsia..hahahhahahaha..

"Selamat pengantin baru kawanku, semoga berkekalan hingga hujung nyawa."


dah macam reunian dah, seronok. "Yin, apasal ko kembungkan pipi ko?"



cikgu Ejan ko bila lagi?....hahahhahahha.



dari kiri cepat jalan lily, syirin, elyza, pengantin, aku aqil sibuk nak tarik bunga kat belakang, ros & yanti.


nie baru tjah aku..hahahhahahha. Gaya tetap Tjah.


Ini telah menjadi SEJARAH

28 Disember 2009

Bila usia aqil 11 bulan

Terimalah adegan-adegan yang wajib anda tonton...muahhahahahhaha.



apasal bilik air aku keladak sangat..huhuhuhuhuhu..

Alhamdulillah, dalam usia 11 bulan nie aqil lebih gigih berlatih bertatih...jatuh-bangun-jalan-jatuh-bangun-jalan. Tiada erti putus asa. Dah jauh dah dia melangkah kalau sebelum nie takat 2 3 langkah jer. Baru-baru nie Aqil terpaksa tiru gaya mawi...hahahhahahha..Rimas betul tengok rambutnya..lurus kat atas bila tang bawah ikal plak..huhuhuhu. Bila tak disikat dah jadi afro..hahahahhaha. Kakak pengasuh cakap aqil lagi comel bila botak.tengoklah siapa ibunya. Nie rambut dia sebelum di makeover kan jadi mawi.



Pantang nampak ibunya bergerak mesti menangis..hishishhish. Takut sangat kene tinggal. tak percaya tengok nie.Multitasking tak aku? dengan bawak perut lagi...adushhhhh...sambil vakum sambil dokong aqil...dah serupa bibik markonah dah tu belum lagi time masak, lagi mencabar mental & fizikal..kadang-kadang bagus gak sebab bleh jadi alasan tak sempat atau tak boleh masak sebab aqil nak berdokong jer..hahahhaha..matilah kalau azam baca nie. Tapi cikit pun aku tak terbeban, aku suka je cuma kadang-kadang rasa nak lempang jer budak tecit tu..hahahhaha..rasa jer....




Macam aku cerita sebelum nie..aqil suka sangat makan, pantang nampak orang makan..kalau tak bagi dia boleh nangis macam kene pukul gamaknya. Tengok dia makan anggur, dia tak masukkan sebiji dalam mulut, dia gigit ckit-ckit..hehehheheh..tapi aku tengok gaklah dia makan...takut jugak dia tercekik.
nilah gambar terbaru dia. Bulan depan dah masuk setahun dah budak nie..alahai. "Aqil kalau aqil cepat besar, ibu terpaksa buat baby lagi"..hahahhahahhaha. "Cayang anak ibu". Tak sangka plak aqil dah pandai jalan, klu ikut abang-abangnya umur setahun baru bertatih. Pandai bila kita cakap pok amai-amai, dia tepuk tangan, pandai bye-bye, pandai kiss orang kalau kita cakap sayang abah @ abang @ ibu, pandai tunjuk lidah kalau kita tanye mane lidah..sekarang nie aku tengah ajar dia salam orang. Perkataan yang paling pandai disebut ABAH...anak-anak aku memang..perkataan pertama disebut ABAH.
Ini telah menjadi SEJARAH

26 Disember 2009

Apelah anak ibu ..mmmmm.

Biasalah bila nak keluar..sebagai pompuam terhangat kat rumah kene gosok 5 pasang baju. Bila dah siap gosok pandai-pandailah nak pakai sendiri kecuali aqil. Tapi tulah bila lelaki dibawah umur 8 tahun nie dibenarkan pakai baju sendiri...kahkahkahkah...macam-macam stail lah..jom kita tengok stail apa yang terhangat..


mula-mula tengok model kita dulu...rambut serabai tu stail jugak tue..


perhatikan betul-betul kat bahu..peragawan nie..nie gaya minta no ekor..hahhahahhaha. Boleh Fahmi pakai baju terbalik patutlah aku tengok lama sangat dia butang baju(bila terbalik susah ckit nak butang baju tue)..terbalik rupanya..sabo jerlah.
ok yang nie model kita yang kedua....Azri namanya.

stail baju yang ditonjolkan adalah gaya pak uda..muahhahahaha..macam-macam anak aku nie.


Bolehlah undi gaya mana yang in sekarang...hahahahhahhaha.


Ini telah menjadi SEJARAH

24 Disember 2009

Sepupu aku kahwinkan anaknya

Nie kira pangkat anak buahlah yang kawin nie..kalau diorang dapat anak, anaknya panggil aku nenek..syoknya muda-muda dah dipanggil nenek..hahahhahahhaha.

"SELAMAT MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN"

aku tak tau apa motif azam ambik gambar nie, mungkin nak mengabadikan suasana majlis...baik ambik gambar bini dia yang comel nie

my anak bujangs


oh, tuan blog ngan the anak bujangs


nie merpati berjocoli..hahahhahhaha..
eh, ade sipi-sipi gambar laki den..hahahhahhah





Ini telah menjadi SEJARAH

23 Disember 2009

Azam ajak pegi cari cd dicetak rompak, kebetulan dekat dengan kedai kek..yum yum..dapat kek aiskrim pun sodap nie..bleh jadikan obat batuk & selsema yang dah 2 bulan tak baik-baik nie...huahuahuahua..


Aku: bang, ibu nak beli kek aiskrim
Azam: belilah bu, ibu nak ape beli jer..
Azri: peliklah, kenapa malam nie abah bagi beli semuanya..
Aku: sebab malam nie abah banyak duit...kahkahkahkah...
Fahmi: abah tu kalau ibu semua boleh, kalau abang ngan adik mesti..eh,tak boleh..eh, tak boleh..eleh..(hahahhahhahha fahmi ajuk-ajukkan azam..)



Azam ketawa dengar fahmi cakap, aku lagilah mcm nak gelak guling-guling kat jalan dah..hahhahahhaha..tak sangka rupa-rupa benda mcm nie pun diorang ambil berat. Aduhai, anak-anak.


Kadang-kadangkan kalau pegi mane-mane diorang nak mainan diorang tanyer diorang jawab...hahahhahahha..contoh "ibu abang nak pistol tu bleh, eleh mesti tak boleh kan?" . padahal aku tak sempat nak jawab pun.



Adegan diteruskan...



Semalam kami sekeluarga meronda-ronda cari pasal kat JJ. Sampai jer aku tanye kat Azri & Fahmi nak main game tak..Azri jawab "ntah, abah kasi ker?". "Abah, anak-anak nak main game", aku tanya kat azam..biasalah aku kene mainkan peranan tipikal mak.. yang jadi perantaraan anak ngan bapak. Azam jawab "boleh, boleh pegilah main". Sengih sampai ke telinga budak tue. Habis ronda-roda cari pasal. tibalah masa pulang kepangkal jalan kerumah. Masa dalam kereta Fahmi memohon cool tak? nak pegi funfair..kat area jj tue..(aku rasa dah tutup dah, fahmi perasan 2 minggu lepas kot).



Fahmi: Abah, nak naik yang pusing-pusing tue
Azam: naik ape?
Aku: Fun fairlah
Azam: Tengoklah nanti klu ade kita naik
Azri: Kenapa malam nie abah baik sangat, semua boleh
Aku & Azam: hahahhahhahaha...
Aku: nampak sangat selama nie abah tak baik..
Azam: Abah tak baik ker?
Azri: Selalunya abah garang..ari nie baik sangat..
Aku: hahahhahahhahaha..nampak sangat abah kurang baik..


Azam garang tau ngan anak-anak, cuma sekarang nie je kurang ckit nak marah-marah, faktor usia kot dia jadi baik ckit..hahahhahahhahaha...selalunya marah bersebablah..bukanlah tiba-tiba nak marah..tapi biasalah namanya budak-budak...benda yang abahnya marah dia bleh ingat..yang baik diorang tak ingat...eh, cam sama jer ngan orang tua...10 kebaikan belum tentu orang boleh ingat, tapi kalau buat satu kesalahan sampai mati org ingatkan..











Ini telah menjadi SEJARAH

10 Disember 2009

Mengimbas kenangan berbadan gemok

Bukan aku punye cite, tapi Azri. tengoklah gambar-gambar lama kat bawak nie..hahahahaahha..kelakar gila aku tengok. Gomuk betul Azri masa nie dah tahap obes dah nie. Dulu nak cari seluar dia masyaallah punyalah susah. Gambar nie masa dia umur 6 tahun, masa nie klu tengok dia makan, gerun seh selalu kene tegur. Sekarang badan dia dah slim dah.

Rahsianya?...kene sekolah pagi petang...terus susut badannya..hahahhahahha..




Semalam aku beli dah baju sekolah anak-anak. Azri aku terpaksa beli mcm dia nak masuk darjah satu plak sebab baju & seluar dia tak bleh pakai dah bukan sebab kecik tapi sebab kelobos sangat dah, mcm baju pinjam bila dia pakai..terpaksalah beli baru semuanya...huhuhu melayang 500 inggit baju budak berdua tu.



Nasib baik kasut dia elok lagi, aku cuma beli sepasang jer kasut dia tahun nie.. Fahmi wajiblah kene beli 2 pasang. tu pun dia bising "ibu wat pe beli kasut banyak-banyak" hahahahhahaha sabo jerlah budak nie. Sekarang nie tinggal beli Beg sekolah ngan bayar duit buku je.


Ape aku merepek nie...citer pasal gemuk tiba-tiba citer pasal persiapan sekolah..hahahhahahaha. Sah sewel dah.







Ini telah menjadi SEJARAH

09 Disember 2009

Pengalaman Menenenkan anak

AMARAN : hanye berkongsi rasa, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. yang baik blehlah dijadikan panduan...yang buruk tinggalkan. poyo tak aku buat amaran2 nie

Aku lahirkan Azri masa umur aku 21 tahun. Aku rasa waktu tu aku tak cukup umur ilmu pasal susukan anak tapi gatal nak anak cepat2.

Kalau orang bermasalah nak banyakkan susu, Aku? alhamdulillah tak deh masalah pasal tue tapi yang bermasalah aku takdeh put*** (jenis yang tenggelam). Merana aku sebab Azri tak pandai nak hisap.Terpaksa azam beli put*** sambung kat farmasi. Sangat leceh pakai benda alah tue.Pastu abis luka-luka Put*** aku. Sakitnya. Masa aku mengandung, ada nurse ajar suruh tarik-tarik bagi put*** keluar (oi, kelucahan) geli seh..tapi buat gaklah..hampeh jer...takdeh perubahan pun.

Masa dalam pantang aku selang-selikan ngan susu formula gak. Masa tu aku pikir orang-orang kampung jer yang susukan anak bodoh piang betul aku, tak sedar diri, bandarlah sangat aku nie. Aku cuba bagi Azri tanpa put*** sambung, habis mengamuk-ngamuk dia..nangis kaw-kaw, dia punya melonjakkan kaki hampir-hampir nak tergolek dari pangkuan aku..tak padan umur jagung belum setahun..hishh.last-last aku feed up dah, habis jer 44 hari pantang..langsung aku tak bagi dah. Rela Te*** aku bengkak, baju basah..biar camtu jer. Bagi jerlah dia susu formula. Masa tu aku sangat puas hati.
Bila aku join satu yahoo group, banyak maklumat pasal penyusuan yang aku dapat (tapi tetap masih jahil lagi pasal ilmu penyusuan ibu nie). Aku berazam masa tu kalau aku mengandung lagi memang aku nak menyusukan anak aku. Masa nie baru aku terpikir & sangat-sangat terkilan bila Azri tak menyusu badan.

Bila aku mengandung anak kedua 7 bulan selepas lahirnya Azri, lagi banyak maklumat yang aku korek. Pada aku masa tu kalau anak aku nak part time menyusu aku pun ok. Aku bersalin kat swasta, lahir-lahir jer anak kat nursery hospital tu, 24 jam nurse yang jaga. Aku ambik anak nak tengok kejap pastu bagi balik kat nurse..klu dah 24 jam kat nurse sah-sahlah dia bagi susu formula. (mungkin salah aku gaklah..cuba mintak kita nak jaga sendiri mcm kat hospital gomen mesti dia bagi jer kan). Masa kat Hospital tu aku cuba bagi fahmi susu badan, ya allah fahmi pandai hisap pu*** aku. Seronok aku.

Bila keluar Hospital aku dibekalkan dengan susu formula similac 2 tin, sementara nak ade susu sendiri tetap jugaklah aku bagi susu formula nie, tapi tak lama dalam 2 hari susu aku dah ade dah. Lepas tu aku pulun bagi dia susu badan. Aku jadi malas nak sediakan susu formula untuk Fahmi. Bagi susu badan lagi senang, anak nangis selak baju sumbat..hahahhahaha. Bila aku nak mula kerja baru aku bagi Fahmi susu Formula..alasan aku masa tu tak tau nak pam macam mane. Masa dalam pantang tu aku try gak pam tapi susu tak keluar, lepas tu Te*** jadi lagi sakit..husihhh tak sanggup aku. Sekarang nie baru aku tau kene beli pam yang mahal ckit...baru hasilnya wallah (lepas aku skodeng blog orang-orang yang fully breastfeeding)

Cabaran aku bila susukan Fahmi nie, Tet** bengkak & luka2. Sampai aku demam mengigil tak tahan kene bengkak susu, Tet** plak keras mcm batu..gila sakitnya..pam pun tak jalan gak. Fahmi plak jenis kuat tido dari menyusu. Terpaksa telan ubat tahan sakit. Letak kobislah. Seminggu jugak aku menahan sakit. Lama-lama elok sendiri. Habis pantang dah ok ckit. Luka pun dah sembuh. lepas 2 tahun aku susukan fahmi kene gak lagi bengkak susu, sakit wei..bila aku pegi jumpa doktor, doktor suruh aku stop susukan anak sebab dan 2 tahun pun. Tapi yang bestnya aku dapat susukan fahmi sampai umur 3 tahun ++. Iya, aku hanya susukan fahmi bila dia ade ngan aku saje. Hari aku bekerja aku bagi dia susu Formula. Alhamdulillah walaupun aku susukan Fahmi hanya waktu tertentu je, susu maintain banyak. Masa nie semua pelik tengok aku, susukan anak jarang-jarang tapi susu banyak je. Rezeki anak. lagi satu cabarannya badan sakit-sakit sebab boleh dikata 80% waktu tido kene mengereng...sengal rasa tulang belakang.

Masa Aqil sama gak ngan Fahmi. Bersalin kat Hospital yang sama, masa nak discharge dibekalkan ngan susu mamil gold 2 tin. Tapi aqil tak serasi ngan susu tu asal bagi jer terberak. Aqil lebih serasi ngan susu badan. Cabaran kali nie plak, Pu*** aku luka teruk gila..dua-dua belah. Aku tahan sakit bila kene hisap tu sampai mcm nak cramp badan aku. Sakitnya tuhan jer yang tau sakit nak bersalin pun aku rasa tak mcm tu. Tapi tetap jugak aku bagi aqil hisap, cuma aku kene pastikan luka tu tak ade darah atau bernanah jer. Bila tanye kat nurse yang datang rumah untuk check up, dia kata sapu jer ngan susu tu kat tempat yang luka tue. Aku buat tapi mcm kurang berkesan. Aku jumpa doktor mintak ubat, doktor bagi ubat untuk ulser mulut, sebab klu baby hisap takdehlah bahaya..bila letak ubat tu rasa kebas dan bila dihisap takdehlah rasa sakit sangat. Lama gak kene hampir-hampir 30 hari. 

Lagi sehari nak masuk keje balik, hantar aqil kat umah kakak pengasuh untuk sessi percubaan.dan tulah first time bagi aqil susu formula sepenuhnya. Selama nie aku cuba gak bagi dia susu formula tapi Aqil tak berapa minat. Hantar pukul 9 ambik pukul 5, kakak pengasuh cakap dia nak minum susu formula tu takdeh meragam pun.Oh, lega aku.

Kenapa aku tak fully bearstfeeding?

Masa tu aku pikir kat opis aku tak sesuai untuk aku pam susu, maksud aku takdeh tempat bersih & terlindung untuk aku pam susu. Pastu aku mcm keberatan nak beli pam mahal ckit...(aku kedekut piang huhuhuhu)..maksud aku bila keluar duit sekali banyak mcm tak mampu, klu beli susu formula tu tak terasa sangat sebab sebulan baru 17 inggit..aku anggapkan aqil hanya diberi makanan tambahan bila hisap susu formula huhuhuhu. Lagi alasan aku mcm leceh nak bawak beg pam susu semua. Alah biasalah bila otak dah fokus leceh tue..memang lecehlah jadinya. JANGAN IKUT TABIAT NIE.

Aku lebih suka bagi secara terus..selak baju & bagi anak hisap. Kat tempat umum pun aku tak kekok nak susu kan anak. Sampai sekarang aqil masih susu campur lagi. Kat rumah memang 100% aqil susu aku dan aku tak simpan sikit pun susu formula kat rumah. Cuma kakak pengasuh bekalkan sikit bila hari cuti, tapi aku tak buatkan pun untuk aqil..hahahhahahha..matilah klu kakak pengasuh tu tau.. sebab bila hari isnin mesti aqil susah cikit nak hisap susu formula tue...tapi sekarang ok kot..sebab kakak pengasuh dah tak penah complaint pun.

Alhamdulillah, susu masih lagi banyak (mungkin ker sebab aku tak pam susu jadi banyak, wallahualam). Bila petang aqil hisap sebelah lagi mesti aku kene tekap dengan napkin klu tak aku mandi ngan susulah jawabnya. Aqil plak kadang-kadang sampai tercungap-cungap sebab susu keluar laju sangat. Malam memang fully breastfeeding..Azam pun suka sebab dia takyah susah2 bangun malam nak buatkan susu anak..hahahhahaha..tapi klu susukan anak nie..anak terbabas nak hisap tetek bapaknya memang selalu kahkahkahkah..dulu Fahmi siap tenggek atas bapaknya lagi sambil kepala sondok-sondol cari put*** hahahhahaha...mcm mane tak salah, mata pejam hanya menggunakan deria ke6 nak cari Tet*** tu yang tersilap hisap tu...

PETUA?

ntahlah..tak tau nak cakap sebab aku makan macam biasa jer..memang aku tak penah skip sarapan..makan tengahari atau makan malam..nasi memang aku ambik sehari 1-2 kali dalam kuantiti yang masyaallah mcm org kebulur...hahahhahahha..tu sebab badan aku tak surut-surut hahhahahahha tapi takdehlah naik pun maintain jer sekarang nie. So, program diet takdeh dalam list harapan aku tahun depan. Aku masih nak susukan anak sampai dia sendiri katakan taknak pada susu ibu..huahuahua. Air mesti kene minum banyak. Nikmatnya bila susukan anak hanya tuhan jer yang tau..ade satu perasaan yang susah aku nak jelaskan bila anak hisap tet*** kita sambil kita pandang muka anak mengusap lembut kepala anak...aduh, masa tu syahdu gila ngan mata anak stim-stim nikmat (hissshh, nie bukan nikmat lucah ye) hanye orang yang susukan anak jer tau nikmatnya.

Jimat perasaan aku jer nie. Kalau fully lagilah jimat takyah beli susu. Mcm aku sekarang nie sebulan hanya se pek jer 750g (tak silap akulah) aku bagi aqil susu Dutch lady langkah 2 murah jer kurang daripada 17 inggit. tapi jangan lah didarabkan ngan 12 bulan..memang bleh beli pam susu dah...huhuhuuhuhu..biasalah susah nak terima kenyataan sebenarnya tak jimat..hahahahahhaha...

aduh dah panjang sangat dah nie...

sekian citer aku MENENENKAN ANAK. hingga jumpa lagi di entry yang boring seterusnya.



Ini telah menjadi SEJARAH

03 Disember 2009

Terasa aku ingin terbang pulang..

sekarang baru pukul 11.47 pagi. Aku rasa nak balik sekarang. Ntah kenapa pagi tadi aku hantar aqil..terasa sayu plak hati bila nampak airmata aqil meleleh ke pipi dengan esakan. Huluran tangan kakak pengasuh ditepis sambil muka dipalingkan...nak aje aku bawak dia masuk kereta dan memandu balik kerumah. Tapi apakan daya, aku perlu bekerja.

Mungkin hari nie aqil tak cukup tidor kerana malam tadi sedikit meragam. Badannya beruam mungkin gatal. Hanya dukungan aku sahaja yang selesa bagi dia. Aduh lambatnya nak pukul 5. TOLONG, AKU MAHU PULANG!!.

Entah bila cita-cita aku akan tercapai?

Ini telah menjadi SEJARAH

23 November 2009

Abah & kanser 1

Sebelum ini mak surirumah je, ntah macam mana ada satu kilang yang buka berhampiran rumah, jadi mak tanya abah boleh tak mak kerja kat kilang tu dan abah benarkan mak kerja sebab anak-anak dah besar. Bila abah jatuh sakit kilang tempat kerja mak benarkan mak ambik cuti tanpa gaji. Dengan abah sakit, sumber kewangan takdeh, memang memeritkan. Tiap malam mak berendam airmata, memikirkan besok macam mana. Masa ini lah kita boleh kenal mana sedara mana kawan. Sepanjang abah sakit nie paling banyak tolong kawan baik abah. Sedara?...malas nak cerita…(bukan semualah)..

Abah memang seorang yang aktif bersukan (terutamanya takraw). Abah tak betah duduk diam, kat rumah pokok bunga semua hidup subur. Abah ada tanam sayur kat kebun, sayur-sayur tu pun hidup subur. Abah jarang sakit atau demam, jadi Bila abah tak sihat semuanya ingat hanya sakit biasa.

Bila abah demam, pergi klinik makan ubat baik pastu abah sakit perut, pergi klinik doktor cakap gastrik & angin. Seingat aku ada dekat 3 bulan keadaan abah macam tue. Banyak kali abah pergi klinik, tapi doktor tetap cakap gastrik & angin. Tiap kali abah sakit mengerang-ngerang abah, kadang-kadang abah lari pergi kebun belakang rumah (ntah apa abah buat kat kebun tue). Agak-agak sakitnya berkurangan dia balik rumah. Boleh dikatakan sakit abah akan menyerang waktu malam dan dalam jam 1-2 pagi antara waktu yang paling teruk.

Satu malam tu, abah batuk darah dan abah tak tahan sangat sakitnya, mak bawak abah ke Hospital Klang dengan bantuan kawan baik abah (wak minhat). Doktor kat wad kecemasan cakap abah tak apa-apa. Mak bawak abah balik rumah, tapi keadaan abah tetap macam tu jugak sakit yang tidak tertanggung.

Tak lama lepas tu abah batuk darah lagi sekali, dan kebetulan masa tu kak ida & abang majid ada kat rumah, bawa abah pergi Hospital Klang lagi sekali. Seperti yang dijangkakan doktor kat wad kecemasan tu cakap abah tak apa-apa. Mak dah naik angin “Doktor cakap suami saya tak apa-apa, boleh tak doktor check betul-betul, nie kalau dah sampai batuk darah takkan takdeh apa-apa? nie pun dah 3 kali saya datang sini asyik cakap takdeh apa-apa jugak”. Bila tengok mak naik angin macam tue, doktor tu baru cadangkan nak buat xray kat abah.

Keputusannya abah kena tahan wad sebab doktor cakap ulu hati abah bengkak dan hampir pecah, esok paginya abah terpaksa dihantar ke HKL (naik ambulan) sebab masa tu Hospital Klang takdeh kemudahan nak rawat sakit abah.

Bila dekat HKL, Doktor kat sana cakap ulu hati abah ok, takdeh bengkak. Tapi sebab abah sakit kat area dada dan batuk darah doktor nak scan area tu. Sepanjang abah kat HKL mak yang setia menunggu abah. Aku, abang ayeng & atih duduk kat rumah dengan nenek (mak arwah abah). Kebetulan plak abang majid & kak ida duduk kat pantai dalam (kuaters) jadi urusan kat HKL abang majid yang tolong uruskan, iyalah nak harapkan mak mesti dia tak berapa biasa dengan situasi tue.

Masa doktor scan dada abah, skrin tu gelap jer tak nampak apa-apa. Doktor cuba banyak kali, tetap gelap. Doktor cadangkan dekat mak supaya minta air dekat mana-mana ustaz. Doktor cakap kita ikthiar mana yang boleh. Mak usahakan cari air yang dicadangkan dengan doktor. Bila bagi abah minum air tu dan doktor scan kat area dada abah baru boleh nampak bahagian paru-paru abah. Semuanya atas izin Allah.

Bila dah nampak tu pulak, doktor kene tebuk dada abah sebab nak sedut cecair kat paru-paru. Doktor nak pastikan ape sebenarnya sakit abah. Mak cakap masa doktor sedut tu, doktor tunjukkan kat mak tabung uji tue. Mak cakap kat dalam tu macam jentik-jentik.

Abah masih boleh uruskan diri sendiri masa nie, jadi mak tinggalkan abah dekat HKL sebab mak nak tengok anak-anak pulak kat rumah. Abang majid yang lawat abah masa nie. Kebetulan doktor dah ada jawapan sakit yang bersarang dekat badan abah, keputusan tu pulak doktor sampaikan pada abang majid. Abang majid pulak sampaikan dekat mak melalui talipon.

17 tahun dulu, rumah aku takdeh talipon(susahlah dulu-dulu kalau nak cari rumah yang ada talipon). Kalau nak talipon kena pergi rumah jiran sebelah (rumah arwah nenek ibah & atuk pono). Kalau ada orang talipon pulak(selalunya sedara terdekatlah), sapa-sapa yang ada dekat rumah nenek ibah kenelah panggil kitorang.

Walaupun berat abang majid terpaksa sampaikan juga dekat mak. Apa yang abang majid cakap tu meluluhkan hati, sah abah kene kanser paru-paru doktor hanya bagi masa 6 bulan jer untuk abah maksudnya abah menghidap kanser peringkat akhir dan doktor cakap kalau abah buat operation pun belum tentu abah baik, harapan adalah 50-50. Menangis mak, aku yang kat sebelah mak turut mengalirkan airmata. Semua yang ada kat situ menangis. Atuk Pono sabarkan mak, kena redha katanya.

HKL dah jadi rumah kedua abah dengan mak……..


Nota berkaki: aku sebenarnya mcm malas nak sambung...aci tak? habuk pun tarak kat draf untuk sambungannya..




Ini telah menjadi SEJARAH

20 November 2009

Bersosial & potong kek - Pantai Kelanang

Tarikh : 1/11/2009

Lokasi : Pantai kelanang

Acara : Bebas

Kalau ikutkan aku malas nak join, tapi macam keji plak kalau tak pegi..sesekali azam nak bersosial ngan kawan-kawan keje dia plak. Layankan jerlah. Pagi-pagi aku dah bangun sebab nak bawak satu menu sekurang-kurangnya. Masaklah spagetti (kerja mudah tu), goreng nugget, azam goreng keropok plak. Jadilahkan.

Anak-anak yang paling excited lah. Lama dah pun tak bawak anak-anak bersosial sampaikan nak suruh potong kek pun bo layan jer.


Oklah sesekali buat cam nie, seronok gak cuma aku nie malu ckitlah..tak tau nak bergaul sangat matilah kalau maya baca nie tengok aqil baik jer duduk kat tikar takdeh plak dia nak merangkak kat pasir tue...geli kot.

Budak yang nak kene potong kek nie, tengah belajar taichi..kahkahkah, apa benda yang fahmi buat ntah. Orang suruh pilih kek yang tekak ibunya nak makan, kek kanak-kanak jugak yang dia nak, hampeh..tak sedap.

Abis semua mengerjakan makanan, masa untuk mandi....erk, mandi apekejadah nya air tak pasang, cikit-ckit jadilah..hahhahahhaha..nampak sangat terdesak nak mandi...

Tapi dalam pukul 3 tak silap aku air dah naik dah..masa tu aku dah tukar baju dah, aqil lepas direndamkan ngan azam, terlentok tido..kesian letih sangat tu sampai aku nak mandikan dia pun tak bangun-bangun gak...



Fahmi & Azri, rupa dah macam apa ntah, kulit jadi hitam ada diorang kisah..hmmm.

Ini telah menjadi SEJARAH

Kenapa suka bila malam jumaat?

ti, nampak ngantuk jer ko..
peninglah..
Hari nie hari jumaatkan?
yelah, malam tadikan malam jumaat..
berkubanglah tu..
cilakak..betul...


Betullah aku pening kepala hari nie, telan UPhamol 650 sebijik baru ok. Malam tadi laki aku baca yasinlah......

Ini telah menjadi SEJARAH

14 November 2009

Hari Raya Gathering 2009

Tarikh: 25/10/2009

Masa : 2.00-6.30 ptg (masa aku nie, padahal 5.30 org dah balik)

Tempat : Yard, Westport.

Menu : Macam-macam adaaaaaa (katering Nyonya Kitchen).

Aturcara majlis : Ucapan drpd Pengarah(Dato), Magic show, cabutan bertuah, pertandingan karaoke dan makan-makan.



Seminggu sebelum tu aku & kak Haidzan dah sibuk cari hadiah, sebab kitorang cuba pastikan setiap yang datang at least bawak balik 1 hadiah. Aku rasa masa pegi cari hadiah tu dah mcm masuk Amazing Race dah...bayangkan kitorang pegi JJ masing-masing bawak satu troli jalan laju-laju..pegi pukul 2 sebelum pukul 5 kitorang dah sampai opis balik, dengan bawak 27 hadiah..hohohoho.. 2 hari berturut-turut kitaorang pegi. Mcm nak patah kaki rasanya..tu belum lagi mcm nak termuntah tengok barang-barang yang kitorang beli.


Tapi paling org kuat kak Haidzan lah, hari ahad dia dah datang secepat pukul 11.00 pagi. Aku yang konon-kononnya nak datang awal pukul 2 baru terpacak. Penat tapi enjoylah.


Hadiah yang menanti, setiap org kene register & cabut satu nombor. Lepas tu kita ade 17 hadiah besar yang lain termasuk TV LCD 32" (yang nie bos kene cabut)

Dapat usap kotak pun jadilah..bos tengok sambil cekak pinggang..Gila mak-mak orang nie syok sendiri

Wak din yang dapat..bravo..bravo...





ha, ade acara jejak kasih kat atas stage..wahahhahahha.. taklah nie sebenarnya nama aku bertuah dapat cabutan 17 hadiah besar tu(dapat hadiah no4). Aku dapat handphone. Punah harapan nak dapat LCD 32". Bos aku "huge me, huge me..". Layankan jerlah.





mamat magic show... khusuk tengok magic show




eh, gambar laki aku plak...heheehhehe...



aku tak sempat nak ambik gambar anak-anak...nie jer yang ade..hahahhahahha..Fahmi tengah mengusung belon...


Walaupun agak kelam-kabut sebab ada yang kacau aturcara program, tapi oklah...yang penting aku dapat HANDPHONE COKIA, eh Nokia lah...yang sampai sekarang terletak jer kat almari tak guna...huhuhuhughu...Harga dalam RM300 jer, semua hadiah aku tau harganya sebab aku kan salah seorang AJK....


Ini telah menjadi SEJARAH