26 September 2008

Selamat Menyambut Hari Lebaran




Insyaallah lagi 4 hari kita nak menyambut Hari Raya Aididilfitri. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua, Aku juga nak pohon maaf andai tulisan aku atau komen-komen yang aku tinggalkan menguris hati kawan-kawan bloggers semua, aku kat dunia blog nie bukan nak cari lawan tapi nak cari kawan. Siapa yang pulang kekampung halaman berhati-hati dijalan-raya. nampaknya aku akan merindui catatan-catatan kawan blog sepanjang cuti nanti.....

Citer Skit Kisah Persiapan Raya


Tahun nie giliran aku beraya kat sini (batu 9 kebun baharu) untuk 1 syawal jer lah pastu mungkin petang atau malam 1 syawal aku akan bertolak balik ke kampung hubby plak kat tapah, perak. Azri pun dah tak sabar-sabar nak balik kampung hari-hari asyik tanya bila nak balik kampung. Walaupun aku duduk dekat ngan area kampung mak giliran tetap giliran...nie perjanjian yang aku buat sebelum kawin ngan hubby, so kitaorang takdehlah gaduh-gaduh balik mana bila tiba raya. Aku rasa untung lagi hubby adelah, kalau kat kampung dia mesti sampai habis cuti. Aku ingat kali pertama aku beraya sebagai isteri, aku mengalah beraya dulu kat kampung hubby. Malam raya aku menangis ingat kat mak...huhuhhuhuhu..cis! sampai sekarang kisah tu jadi bahan ketawa hubby.


4 hari jer lagi nak raya nie, rumah aku tak kemas lagi langsir tahun lepas pun aku tak turunkan maksudnya setahun dah langsir aku tak berbasuh..waaaaaaaa..Kuih raya adelah aku beli ckit-ckit, aku hantar oven kat umah mak pastu aku suruh atih buat cornflakes madu, mungkin malam sabtu nanti aku cuba buat almand london nie pun aku buat kat umah mak, motip hantar oven & buat kuih kat umah mak sebab tak nak umah aku bersepah..hahahhahaha.....mak tak kisahhhhhhhhhhhhhh...wakakakkaka..Hari tu aku cakap kat hubby


Aku : bang, dah nak raya umah satu ape pun tak kemas lagi nie, tahun lepas ade jugak kita cat bilik, tahun nie hampehhhhhhh jer..

hubby: ntahlah tahun nie mcm malas sikitlah kan?

Aku : Ah, abang sepanjang zaman memang malas, hihhhihihihi...kalau tak ibu yang suruh tak geraklah nampaknya..

Hubby : hahahhahahha, iyalah ibu kan pengerak utama...

Aku : Alasan jer...

Aku dibuli!!!!!!!!...


Aku, sehelai baju apa benda pun tak beli lagi....agak-agak klu raya pakai Tshirt ok tak...muhahahahaha.. Aku dah malas nak keluar shoppinglah.... Hubby cakap kalau beli baju raya untuk aku pun bukan muat aku pakai...huhuhuhuhu...jahat tau hubby nie, sedih aku. Aku ingat nak beli baju mengandung terus...jubah pun ok gak kan...tengoklah nanti.


Oh ye, aku start cuti 1 hb sepuluh, maknanya hari masak-masak aku keje, kalau sempat aku masaklah untuk pagi raya nanti kalau tak aku nak minta jasa baik mak masak lebih ckit...hahahhahahaha bleh aku tapau. Harap-harap bos kasi halfday 30hb nanti.

24 September 2008

Buka puasa kat KEC

nie citer minggu lepas, acara berbuka puasa kat Klang Executive Club (KEC). Meh kita layan gambar, tapi tak deh gambar makanan yer, tak pro lagi nak tangkap gambo makanan lagipun segan...gambo nie pun last minute nak balik baru aku keluarkan kamera.



termenung aku....melepaskan lelah perut..


tembamnya aku, muka macam tak mandi setahun..wakakakakka..

anak dara malu-malu, tong keciklah diorang nie..makan ckit jer....

duduk dengan jejaka-jejaka perasan nie, gamatlah asik kene sakat jer
nie meja sebelah...opismate gak walaupun lain company. Nie yang belanja bukan company aku yer tapi company lain(satu bos) yang banyak caya nun alif..tapi ntah kenapa company tu ajak buka puasa....mcm diorang puasa nak makan pun kene tunggu azan...hihihihihihi.. yezzzzzzz..menghormati katanya..

walaupun makanan ala-ala jer tapi enjoy sesekali dpt makan-makan & borak-borak ngan kawan2 dlm keadaan santai.


nie tengah dengar ceramah dari pakcik tan....hihihihihiihi..
lama ok ceramahnya sampai aku kehausan....hahahhahaha
4 orang jejaka perasan...siap cakap gambar nie diorang nak hantar untuk hero remaja....wakakakkaka..remaja lagi ker?

15 September 2008

Akhirnya penantian selama 13 ramadhan......

Mula Ramadhan aku ingat nak latih Azri puasa, lagi-lagi bila baca blog kakluna, ummi, kak nonie anak-anak diorang dah dapat puasa 1 hari penuh. Masa 1 ramadhan, aku masih berkira-kira nak suruh Azri puasa kesian plak rasanya. 2 ramadhan aku tak sampai hati nak kejut dia sahur takut mengantuk pegi sekolah nanti akhirnya aku suruh dia sahur pukul 7 pagi muhahahahaha. dia berjaya puasa sampai pukul 12 aje, balik sekolah mak cakap dia dah mengelupur cari air. 6 hari dia bertahan puasa 1/2 hari. Bila sampai 7 ramadhan aku suruh Azri cuba puasa penuh masuk jer pukul 12 dia dah start merengek-rengek nak makan, aku suruh dia tahan ckit, aku plak layan mata, tau-tau Azri dah makan mamee..marah betul aku, dia buka aku yang nangis sebab tak berjaya nak suruh dia puasa..hahahahhaaha..frust gila aku....aku saje boikot tak nak cakap ngan dia beberapa jam, sebab dia buka tak bagitau aku.

8 Ramadhan aku dah start malas nak latih dia kira-kiranya aku mcm putus asa lah,tapi aku selalu cakap kat Azri minta dia puasa & kene puasa. Hubby plak kasi tazkirah ckit kat azri masa nak tunggu buka puasa.

Hubby : abang lapar tak?
Azri angguk-angguk
Hubby: Haus tak?
Azri angguk jugak
Hubby : abang tau tak kenapa kita kene puasa?
Azri geleng-geleng kepala
Hubby: Bila puasa kita rasa lapar & dahaga kan, macam tulah orang susah tak deh makanan, tu sebab Allah suruh kita puasa supaya kita ingat kat orang-orang yang susah.
Azri diam jer.

13 Ramadhan, aku kejutkan dia sahur pkl 5.30 pagi, aku suapkan dia makan. Pagi aku hantar dia kat umah mak, siap pesan nanti kalau nak buka talipon abah dulu.Azri angguk-angguk. Dia buka pukul 1.00 petang. Aku cakap kat azri kalau dia puasa penuh nanti ramai org kasi duit raya merah, pastu boleh beli basikal. Azri senyum-senyum jer.

14 Ramadhan aku suruh dia puasa gak, sahur aku suapkan. Bila masuk pkl 9 pagi dia merengek nak makan, aku suruh dia sabar. aku cakap kat dia

Aku: Abang tau tak kalau kita puasa perut kita dpt rehat
Azri diam sambil pandang muka aku
Aku: Ok, cuba abang tengok Hp ibu nie, abang suka main game kat Hp ibu sampai Hp panaskan, pastu abang main je game kat Hp ibu nie lama-lama. Pastu lama-lama dia rosaklah sebab abang guna tak berenti kan?, pastu Hp ibu pun rosaklah. Mcm tu jugak perut kita, kita makan tak berenti-henti, perut tu asyik proses makanan jer lama-lama perut kita sakitlah.
Azri : oh perut kita boleh rosak yer bu?
Aku : iyalah, jadi sakit nanti perutnya.
Azri : abang nak minum ckit jer bu, abang haus nie
Aku : Habis tu ibu nie tak haus, baby dlm perut ibu nie tak haus...abang kene tahan ckit pukul 7.30 nanti baru bleh makan
Azri: iyalah...

Azri leka main. Bila tengah hari dia nak mandi, lepas mandi aku suruh dia tido dulu, Azri tido dari pukul 2.00 petang sampai 4.30 petang, bangun merengek-rengek lagi dia nak makan, aku cakap kat umah tak deh makanan kene tunggu abah balik, Aku suruh dia pegi taman main-main dulu. Lepas tu dia minta nak main kat umah jiran aku, aku bagi tapi aku pesan jgn minum air. Bukan ape aku takut jiran aku tu kesian kat dia kang dia bagi jer air kat azri rugilah lagi pun dah pukul 5 petang. Pukul 5.30 hubby balik terus ajak pegi pasar ramadhan. Bila kat pasar ramadhan azri mengelupur nampak air, dia tak nak makan dia nak air jer. Bila tengok kesian pun ade kat azri, zalim ker aku nie yer?...

Akhirnya dia berjaya puasa 1 hari penuh, jadilah walaupun baru dpt satu hari ...

11 September 2008

aduh penatnya...

Puasa tahun nie, konon-konon nak kurangkan belanja kat pasar ramadhan, kalau singgah pun beli kuih-muih jer, tapi kalau aku buka sensorang aku beli jer, tak berbaloi pulak nak masak. Bila dah petang-petang tu pening gak kepala pikir nak masak ape. Tu yang suka jelajah blog orang tu, nak tengok menu-menu buka puasa yang best-best. Semalam sempat singgah pasar malam nak beli lauk untuk stok 2 hari, sampai rumah dekat nak 6.30 petang berdesuppppppp pegi dapur, jom masak.

nie hasilnya, udang masak lemak ngan kobis.


sebenarnya kalau ikut aku semalam aku nak masak nasi ayam. tapi hubby tak kasi konon-konon takut aku tak larat dan nasi ayam mcm leceh nak buat(padahal aku rasa paling senang & cepat), rupa-rupanya dia nak suruh aku masak sambal terung nie..mmmm..hampehhh, nie lagi leceh tau nak buat kene blend cili kering, nak goreng bilis, nak goreng terung, tapi sebab untuk suami tercinta buatkan jugaklah.. oppss ulam kene ade... baru ummmphh.

goreng ikan...nie stok untuk sahur sekali..hahahahahha..malasnyerlah..
last sekali aku goreng pisang tanduk, nyum..nyum.....

Simple sajork aku masak, mcm aku masak hari-hari biasa jer. Habis masak pkl 7.30, buka dengan sebiji tamar & segelas air jer dulu, pastu aku mandi terus solat maghrib, tunggu hubby balik pukul 8.00 mlm dan sebelum 8.30 mlm baru makan nasi...cam tulah tiap-tiap hari (klu hubby keje pagi).

Sejak perut dah besar ckit nie aku tak larat nak berdiri lama-lama. Masak cam tu pun aku rasa mcm penat gila. Hari nie nak masak ape yer?....

10 September 2008

9/9/2008 punyer citer.........

Semalam hubby ambik aku dari tempat kerja, pastu ambik anak-anak terus pegi kedai makan nak celebrate katanya. Gigih tu sampai kedai makan pukul 6.30. Ambik order siap pesan lagi minta hantar dekat-dekat nak buka nanti, kalau hantar cepat kang ade yang termakan plak.

sebab boring, anak2 sibuk nak pasang puzzle yang baru dibeli, layan jerlah. Fahmi sampai naik kat atas meja tu.



lepas buat puzzle setengah jalan, Azri minta nak buat keje sekolah dia, aku suruh dia ambik buku kat beg dalam kereta. Azri buat keje sekolah sampai siap. Bagus anak ibu.

muka tuan yang menyambut anniversary mesti ade. Masing-masing muka lapar jer. Cacing kat perut aku lagi kuat menendang daripada baby aku...muhahahhahaha..


Buka time, Azri tukang baca doa. Kek tak sempat nak beli pun, tapi hubby janji nak beli kek aiskrim..yum..yum.



nie bunga hubby yang hadiahkan, terima kasih bang!. ayat keramat hubby masa bagi bunga kat aku "untuk my darling yang tercinta". Menanah telinga dengar....wakakakakkakaka. Aku sibuk pandang kanan kiri, malu org tengok fuhhhhhhhh....dapat bunga pun nak malu..wekkkkkkkkk.


mak buyung bergambar dengan bunganya, serabainyalah muka aku. Aku rasa cam cengkung jer muka aku. Hihihihihi..perasan kuruslah tu padahal tiap2 bulan check up naik sekilo...muhahahahaha..


budak tecik nie pun sibok jer, dengki tul nampak ibu posing-posing ngan bunga. Dia pun nak menyelit gak. Besar dah perut aku, pinggang dah start sakit-sakit...huhuhhuhu..nak menempoh 4 bulan lagi mmmmmm. Aku dah tau pompuan atau lelaki !!....


Award

Terima kasih ummi sebab bagi award nie...feeling lebih nie mcm terima award kat anugerah berita harian muhahahhaa...

mesraaaaaaaaa....(sambil bayangkan bob AF2).
Sapa-sapa yang singgah kat blog aku nie, boleh copy & paste kat blok kau orang plak yer......

09 September 2008

7 tahun akhirnya.....

7 tahun lalu aku selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. 9/9/2001 tarikh keramat dlm hidup aku. Sepanjang 7 tahun nie mcm-mcm dugaan rumahtangga yang aku tempuhi. Aku berkenalan dengan hubby lebih kurang 3 bulan lepas tu bertunang 1 tahun setengah, pastu terus kawin. Kawin 3 bulan aku mengandung.


Setakat sampai hari nie, Alhamdulillah aku seronok menempoh alam rumahtangga. Aku mengharapkan semoga kebahagiaan nie berkekalan. Amin.

03 September 2008

Allah Maha mengetahui...

REZEKI 1

2 hari lepas N3 nie , ada posmen datang hantar surat lagi tapi aku malas nak ambik sampailah esoknya. Kebetulan hubby tak jadi keje 31/8/08, hubby bangun tido terus buka pintu pastu ambik surat yang aku lupa nak ambik. Aku plak baru bangun terus duduk kat sofa sambil pikir nak makan ape untuk sarapan nie. Tiba-tiba hubby bersuara,


Hubby : bu, dlm pada abang tengah susah hati pikir pasal duitkan, tadi abang bukak surat pastu tengok ade cek..
Aku: eh, yer ker cek ape, berapa juta?
Hubby: tak dek lah juta, tapi bolehlah....dr Lembaga H.......
Aku: Mana tengok?


Aku terus bangun tengok kat tempat surat, waaaaaa..banyak juga jumlahnya RM700.00, bolehlah tampung duit nak kasi kat mak nanti..


Hubby: abang rasa nak nangis tengok cek tu tadi
Aku : tu lah bang niat nak tolong mak tu yang penting, Allah Maha mengetahui.
Hubby: tapi pelik lah abang tak buat pun cukai tu..
Aku: eh, tolong sikit tiap-tiap tahun ibu yang tolong declare abang punya income tax yer, sebab ibu yang buat bagi 2 duit tu..hahahahhaha...
Hubby : apa pulak...

Memang tiap-tiap tahun aku tolong declare income tax hubby, tahun nie aku online jer senang keje kan. Aku perasan dah lama dah bila tengok payslip hubby, aku tengok potongan cukai gila banyak jumlahnya hampir sama banyak dengan potongan K*SP. Aku banyak kali juga tanye hubby, mmmmm tapi biasalah hubby bukan hairan pun, bagi dia yang penting nett pay. Nampak nya ketidakhairanan hubby berbaloi. Alhamdulillah.

REZEKI 2

Cuti 31/8/2008, hubby ajak keluar jalan-jalan, aku plak plan nak sudahkan cari baju raya anak-anak. Kalau keluar masa puasa tak larat lah aku. Awal bulan 8 ari tu aku dah beli baju 2 helai + 2 pasang baju cuma seluar dengan baju melayu jer belum sempat beli. Aku cadang ajak hubby pegi K*mdar, tapi hubby tak nak dia takut jem teruk kat Klang. Keluar pun dah nak tengahari, aku ajak hubby pegi JuSco jerlah, huisshhhh ramainya orang paling ramai kat level pakaian kanak-kanak.

Round sekali kat Jusco, pegi plak pasaraya *esko, ramai juga orang tujuan pegi sini sebab nak tengok printer HP ade offer murah gak..tapi bila pikir-pikir balik benda tu tak perlu buat masa sekarang jadi tak deh lah beli. Bila jalan-jalan nampak plak baju melayu budak-budak, aku belek-belek kain & harganya mmmmm macam berbaloi kalau aku beli nie. Aku suruh anak-anak cuba ok lah sesuai. Lepas tu aku aku ambiklah 2 helai seluar untuk anak-anak & selipar Azri, pastu terus beratur nak bayar. Bila scan harga baju melayu Fahmi lepas, tapi bila scan baju melayu Azri tak lepas sebab baju & seluar lain harga, aku dah blur kat situ kenapa plak lain sebab klu tengak tag harga sepasang baru RM24.50, nie baju RM22.50 & seluar RM24.50. Aku cakap kat cashier tu kalau cam tu tak jadi belilah, pastu aku tanye casheir "bukan tu harga sepasang ker?". Cashier tu pun cam konpius jer dia tanye cashier sebelah, pastu cashier sebelah tu pun cakap memang patutnya RM24.50 tu harga sepasang. Keputusan muktamad aku cancel beli baju melayu Azri. Cashier tu pun scan barang yang lain, pastu dia cuba scan sekali lagi baju melayu Azi terus dia masukkan dlm plastik. "Eh, betul ker harga nie?" aku tanyer kat cashier tu, "betul lah nie". Dah dia cakap mcm tu aku pun ok jerlah, yang terpikir dlm kepala otak aku masa nie settle dah baju raya anak-anak...hahahahhaha. Hubby bayar pastu kitaorang pun bla lah, nak pegi makan plak. Anak-anak request nak makan kat giant, pegi plak giant.

Masa tunggu makanan aku tengok resit yang aku beli barang-barang tadi, aku tick satu-satu kat resit. Baju melayu sepasang baru RM16.50. Barang yang lain pun memang ader diskaun 2-3 inggit, nie aku tau sebab aku tengok dlm promosi pasaraya nie, tapi setau aku baju melayu nie memang harga tetap. Rezeki pada aku dan aku harap bukan bala pada cashier tu (takut Cashier tu kene tolak gaji), mungkin ade teknikal error. lagipun memang aku nampak Cashier tu scan baju tu.

REZEKI 3

Aku dah 2 hari suruh hubby ambik anak-anak kat rumah mak, aku letih lah balik nak kene masak plak. Pecah rekod aku tahun nie tak pegi lagi pasar ramadhan. Kalau tak, 30 hari puasa 30 hari lah muka aku kat pasar ramadhan.

Semalam ade surat sampai kat umah mak, hubby ambik terus masuk dalam beg sekolah Azri, bila lepas buka puasa hubby suruh azri ambik surat tu, bila hubby bukak jer sampul tu, hubby terkejut

Hubby : bu, rezeki lagi bu!!
Aku: ape bendanya?
Hubby: cek lagi.
Aku: cek ape pulak , tengok(sambil tengok cek tu RM750). Kenapa abang dpt cek nie? cek ape nie?
Hubby: nie insuran, ingat tak abang ade bayar insuran 48 inggit tu, tolak kad kredit tiap-tiap bulan.
Aku: ingat, tapi nape dia bagi cek plak?
Hubby: insuran nie ade tarikh matang klu cukup tempohnya, deviden nya dia bayar kat kita.
Aku: O
Hubby: Ya Allah, syukur alhamdullilah.

Aku cakap kat hubby lagi sekali niat nak tolong mak sebenarnya, Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku nie pada aku sungguh menakjubkan, mungkin pada orang apelah sangat takat dapat rezeki tak seberapa tu tapi pada aku & hubby sungguh bernilai rezeki-rezeki nie. Ya Allah terima kasih diatas pertolonganmu. Syukur.