28 Julai 2008

Selamat Hari Lahir Sayang (Mohamad Azri)




Pada 28/7/2002, jam 12.55 tengah hari selamat Azri dilahirkan. Kalau ikutkan, aku mengandung kan Azri 9 bulan 18 hari, tu pun kene paksa keluar klu tak agaknya dia tak nak keluar. Masa tu umur aku baru 21 tahun, tahun depan dia nak masuk darjah 1. Bangga aku umur aku 28 tahun anak aku dah sekolah rendah.....hahahhahaha..


citer sikit kisah Azri



Dari baby lagi Azri nie kuat menangis(sawan tangis). Aku ingat masa dia umur dlm 3 bulan, dlm pukul 6 petang cam tu dia menangis tak berhenti, bila nak dekat senja lagi kuat dia menangis sampai badan jadi kejang, suara dah tak keluar langsung pastu aku pun ikut menangis. Ayat kursi kat mulut memang tak berhenti aku baca, mak pulak kibas dia dengan telekung pun tak jalan jugak, bawak dia jumpa imam minta air penawar, ok sikit. Bawa jumpa doktor, doktor cakap Azri sihat tak deh pulak kembung perut. Doktor pun tak tau nak buat ape. Aku ingat adelah 5 dukun aku bawa dia pegi berubat. Sepanjang malam tidor kat buai aje, sampai umur dia dekat 2 tahun. Sebabkan dia nie suka menangis mak aku bagi nama timangan AYIE, melekatlah nama tu sampai sekarang, tapi klu aku lebih suka panggil nama penuh dia Mohamad Azri @ abang.



Azri nie anak yang sensitif(deria keenam), cth kalau esok ade orang meninggal kat area kampung malam sebelum tu Azri mesti menangis sepanjang malam, klu pegi kenduri kawin esoknya demam (org cakap kene sawan pengantin), klu balik jalan hampir senja malam tak leh tidor, orang dtng umah dekat nak senja mesti malam tak leh tidor gelisah menangis. Mungkin org cakap kebetulan, tapi tu lah nak percaya susah tak percaya pun susah. Agaknya sebab dia kene paksa lahir kot. Memang dugaan betul sepanjang dia nak besar tu.


Seorang anak yang penyayang, terserlah sifat keabangan (ader ker perkataan nie?), seorang anak yang suka bertanya & bercerita, sampai kadang2 aku cakap kat dia "abang tak penat ker mulut tu, cakap jer?". Azri juga seorang yang berjiwa lembut tak bleh cakap ngan dia tinggi suara, alamatnya melelehlah air mata dia (cembeng). Kalau ajar dia buat keje sekolah pun tak leh kasar2, klu tak sebelah tangan akan mengesat air mata yang menitis.Klu gaduh dengan adik, selalunya dia mengalah. Kalau adik menangis, pastu plak aku malas nak layan & pujuk, Azri akan panggil aku "ibu, tu adik nangis tu bu." sambil datang kat adik usap-usap kepala adik. Pemalu, dia memang seorang yang pemalu, adik aku Atih penah suruh dia belikan something kat kedai sebelah rumah mak, pastu tak lama dia balik, Atih tanyer dia kenapa kejap sangat, nak tau dia cakap ape? "kat kedai wak tu ader pompuan ramailah, abang malu nak pegi".hahahahahahahaha, budak kecik 6 tahun malu dengan budak pompuan umur 20 an. Dia perasaan kakak-kakak tu nak ngurat dia agaknya.

Hari ni nampaknya dia sambut hari lahir dia dengan batuk & selsema. Tadi mak baru tipon aku, bagitau cikgu dia tipon suruh mak ambik azri bawa balik sebab batuk tak henti-henti. Kesian.

Walau apa pun IBU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN, SEMOGA ABANG PANJANG UMUR, JADI ANAK YANG SOLEH, ANAK YANG BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.AMIN.

08 Julai 2008

Pembakaran terbuka

2/7 aku ambik cuti, tujuan utama sebenarnya nak pegi buat check up, dan sampingannya ialah nak berdating ngan hubby.

Lama gila nak buat check up nie, bak kata hubby.."kematu bontot abang" hahahahahaha...tu lah sapa suruh ikut, aku tak lah boring sangat sebab jumpa kawan aku Ros & Syirin. Ros nie check up mengandung gak yang Syirin bawak anak dia cucuk, disebabkan lama sangat Syirin nie selamba jer potong Q, syirin nie memang gerusuh(ganaz) ckit. Lepas jer check up hubby ajak pegi JJ, aku ajak hubby tengok wayang citer SEPI hubby taknak pulak, hubby cakap boring...belum tengok dah boring...apelah.

Jalan2 kat JJ, sampai lenguh-lenguh kaki pastu masing2 boring. Kat kepala otak aku nie terpikir klu buat BBQ best gak nie, so aku suarakan hasrat aku kat hubby, hubby pun setuju jer. Beli jer kat JJ semua barang basah, pastu balik apalagi berkelah kat bawah pokok kuinin.

Syok ooo, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa jawa....siap bentang tikar lagi..


Proses menjadikan arang sebagai bara...oh abaikan kaki yang seksi tu


chenonet jer tempat bakar nie, hihihihihi..



Khusyuk budak nie bakar-membakar, walaupun khusyuk cam mana sekali pun ayam tetap hangus jugak hahahahahah...

ape kene Azri tu..over tau..


see, mak aku pun ambik bahagian sekali, tapi bahagian tukang makan...hahahhaha..seksi mak aku auwhh...muhahahahha..



tak yah pegi pantai kat tepi rumah pun jadi...ibarat kata pepatah kat mana ade kemahuan kat situ ade jalan..maksudnya bayangkan jer sebenarnya tengah berkelah kat tepi pantai.....ekekekekekke..

07 Julai 2008

Pizza oh Pizza........

Aku nie sekarang bila petang jer selera makan aku hilang, morning sickness?..nie dh jadi evening sickness dah nie, tapi kuasa Allah aku tak rasa lapar pulak..walaupun tengahari aku makan buah jer.

Bila tengahari kat kepala aku nie mcm2 aku teringin nak makan, satu ari tu aku sms hubby sebab mcm teringin nak makan pizza, hubby cam biasalah dia on jer. Hubby ambik aku kat tempat keje bawa anak2 sekali. Bila sampai kat Giant tak terasa pulak nak makan pizza, pikir pikir balik memang dah hilang rasa teringin tu..boleh plak cam tu..hubby dah pening kepala, hubby cakap klu dah teringin tu pegi jerlah kang klu tak kenyang belilah makanan lain..pegilah jugak lagipun anak2 dah excited nak makan pizza..layannnnn..

penuh kenikmatan fahmi makan.......

nie budak paling banyak makan, siap pesan klu habis minta order lagi...padahal tak habis pun gempak jer lebih


hubby kene paksa makan, hahahahah muka tension jer, sebab aku makan pizza sepotong pun tak habis, makan spagetti carbonara pun tak habis...dia tukang habis kan, bila balik umah tersandar kekenyangan...hihihihihihi..




01 Julai 2008

Fenomena kene tindih

aku nak share email yang aku dapat, lama dah aku simpan email nie..ayat yang paling last sekali tu aku tak tahan...aku ketawa sampai keluar air mata nie...hahahahhaha...

----- Original Message -----
From: Sarie
To:
yahoogroups.com
Sent: Friday, May 04, 2007 11:46 AM
Subject: Fenomena kene tindih

fenomema kene tindih....kepercayaan & kebenaran

Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni .Betulkah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak benda-benda pelik-pelik (hantu,makhluk hitam dan sebagainya) .....

kalau aku tanya kat sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu...adalah dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh.....aku tau aku sedar...tapi tak boleh gerak...kadang-kadang geram, sebab tak boleh gerak.....lepas tu 5 minit baru boleh gerak....aku dulu pun takut...memang ingat kena hempap dah...lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau kebenaran dia....ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary(sementara). ...temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogicparalysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage....otak akan bagi tau badan kita suruh rehat...so, badan kita kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kita pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun autoswitch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.)sahaja yang on....kiranya screensaver lah atau hibernate...

so,bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....memang menakutkan tapi benar....

tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full..kadang-kadang partial atau sebahagian sahaja...tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc....dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengarbunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deriasentuhan,terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat)
4. stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla
5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumahsaja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extremesangat contohaku ni)
6. orang yang ada penyakit narcolepsy.

So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu. Kau orang lagi hantu sebenornye........tapi kalau kau orang yang terutamanya kaum lelaki tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek bini janganlah kau orang baca ayat Kursi tu..nanti terbakar pulak bini..bacalah Alhamdulillah!!!!

Nota kaki fariza: Pssst...ade ker bini tindih laki....bukan laki tindih bini...ker?...muhahahahahah....tuttttttttttttttt...tutttttttttttt.... tuttttttttt..