23 Jun 2008

citer dah basi (kenduri kahwin Abg ayeng)

Lama dah aku draf citer nie tapi bila nak publish gambar jer error. Alhamdulillah, selesai sudah majlis kahwin abg ayeng. Biasalah org jawa kalau buat majlis 3 hari 3 malam tak abis-abis penatlah...tu yang aku ambil cuti dr 30/5 sampai 4/6, terasa mcm aku pulak yang kawin...hihihihi.... Ade hikmahnya aku mengandung saat nie, kurang ckit kene buat keje...hahahahahhahahaha...dasar pemalas. Kita layan gambar jerla.


nie team cuci cawan

nie plak team sinoman(rewang) @ team anyam ketupat..hihihiihi..ampun wak2 semua..gurau jer(agak2 diorang baca tak blog aku muhahahahha)

Selamat pengantin baru..


nie adik beradik aku @ team nasyid kg batu 9..hahahhaha

nie pengantin lama...
nie baru complete adik beradik aku...semua
pengantin bersama anak-anak buah...ade 8 orang cucu mak aku
sama tak muka budak nie ngan aku? aku rasa tang hidung tak sama sebab hidung dia kemek..hahahahhaha..selamba kutuk anak buah sendiri
sapa yang kejam nie....suka-suka buat anak aku cam nie..tapi masa mula2 aku tengok aku pun gelak besar...sabo jerlah diorang nie..
nie kawan sekolah aku berangkap best friend(yang pakai tudung pink) dia datang majlis dah selesai, nasib baik ade lagi lauk2 yang tinggal
budak2 nie main pengantin2 yer, gatal fahmi..nampak jer aku nak ambik gambar sepantas kilat rapatkan pipi kat una...
time nie yang paling seronok.. kira duit, hihihihiihihi lepas tu kitaorang pau pengantin minta dia belanja pizza....(abaikan orang yang tido tu...penat sangat)

10 Jun 2008

Lanang vs Wedok

Hahahhahaha..pelik jer bunyi tajuk posting kali nie, sapa yang tak tau nie adalah bahawa jawa Lanang membawa maksud lelaki dan wedok bermaksud perempuan. Hari tu masa kenduri kahwin abang, aku jumpalah makcik-makcik aku, aku heran dari mana dia orang tau aku mengandung pun aku tak tau. Biasalah bila dah tau tu topik yang dibincangkan mestilah jantina baby kan....

Cik jah : Kau mengandung ker? ye alhamdulillah.
Aku : hihihihihi (sambil angguk2 malu...hahahahha poyo)
Cik Liza : Mintak-mintak lepas nie pompuan lah yer dik...
Cik jah : Hish jangan diharap-harap, selalunya klu diharap-harap tak jadi., kau tau tak kat kampung cik kan ader org tu dah ader 3 org anak pompuan, lepas tu mengandung anak ke 4, bila di scan 2 kali confirm lelaki..dia pun dah suka sangatlah...tup tup..keluar pompuan lagi, kesian kecewa betul dia..
Cik ruzie : aku dulu ntah lah masa mengandung tak deh plak pikir laki ker pompuan...yang aku tau aku mengandung..pastu bersalin...(poyo tau makcik aku nie....hahahhahaha...)
Aku : lah klu sama jer kenapa sih?
Cik liza : yer tak deh kenapa-kenapa cuma teringin nak yang lain...
mmmmmmmm

Memang lah teringin tapi aku tak nak letakkan harapan yang tinggi, takut kecewa dan takut aku stress masa mengandung nie. Aku suka jer mana2 lelaki atau pompuan. Aku pun dah ader 2 nama pilihan dan kedua-duanya nama lelaki..hahahahahahaha. serius aku tak leh nak bayangkan nama baby pompuan. Salah seorang makcik aku nie lagi kesian sebab hampir 15 tahun kawin tak penah merasa mengandung & melahirkan.

Sekarang nie aku cuma nak menikmati masa mengandung, dan aku berdoa supaya anak yang bakal lahir nie sihat sempurna. Amin.