22 April 2008

Aksi orang melatah...



Minggu lepas aku bawa anak-anak pegi giant, kebetulan ade Jaafar Onn, Haiza & Maya tengah buat promosi beras jasmin (klu tak silap akulah). Masa nie Haiza tengah nyanyi lagi 'ketahuan', Jaafar onn suka usik akak yang baju kuning oren tu sebab akak tu suka melatah.. tapi memang lawak ok kakak tu...

Masa aku tengok tu adelah kakak nie berdiri sebelah aku, pastu bila jaafar on usik-usik kakak melatah tu kakak yang dok sebelah aku nie ketawa tak boleh cover, pastu siap pukul2 lengan aku, sakit ok dia pukul..aku tak taulah dia sedar ker tak perbuatan dia...tapi yang pastu aku jauhkan diri ckit dari dia...takut aku... tak pasal2 kang ader yang lebam tangan ....hehehhehehe...masalahnya aku tak kenal pun akak tu......


17 April 2008

Sayangilah dia.....

Tadi aku dapat email dari satu group yahoo, sedih betul citer nie, mood aku pun dah bertukar dah..teringat plak anak-anak kat umah.....cepatlah pukul 5 ....

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.


"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.


"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.


"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…"


"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.


"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"


"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..


"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."


"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"


Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.


"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"


"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.


"Keluar!"


"Mama dah masak Pa!"


"Awak saja makan!"


"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"


Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"



Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.


"Laila.." serunya "


Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.


"Sunyi pulak rumah ni mak,"


"Lama-lama kau biasalah."


Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.


"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.


"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"


"Ingat papa ni cop duit?" Aiman termanggu.


Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.


Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"


Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.


"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.


"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.



Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.


"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!


"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. "Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan


"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.



Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.



"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"



"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.



Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.


"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."


Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…"



"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"



"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."


"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "


"Papa pesanlah.."


"Nantilah besar sikit." Dalihnya.


"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."


"Lagi senang.

Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"


Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.


Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"


Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…


Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.


Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan

11 April 2008

Kecutttt.........

Biasanya anak-anak, kalau dah main kat luar dlm pkl 7, aku panggil masuk dalam rumah pastu mandi. Aku pulak sibuklah bersilat kat dapur nak prepare dinner. Tangan keje, mulut pun keje gak terjerit jerit suruh 2 org hero tu mandi, dgn segala mcm pesanan, mandi kene siram kepala (klu tak mandi paras leher sampai kaki jer, rambut maintain kering) gosok gigi (walaupun dah rongak) badan sabun, letih ok hari2 ckp benda yang sama. Kalau dah mandi berdua tu, bukan boleh 5 minit jer sampai kecut semua satu badan barulah keluar dari bilik air. Aku dah tak kuasa dah nak terjerit-jerit. Penah satu hari aku kelentong 2 org hero tu sebab duduk dlm bilik air lama sangat, bila aku panggil alasan tengah sabun padahal main air.

Aku: Abang! adik! dah lah tu nanti selsema lama sangat mandi
Azri : Alah bu kejaplah, abang tengah sabun nie
aku dah tak leh tahan dah aku bukak pintu bilik air, pastu aku nampak k*te dia dah kecut tinggal ujung jer muhahahahaha...masa nie tanduk dah keluar dah..
Aku : Cuba abang tengok k*te abang dah kecut dah, nanti klu abang tak keluar dari bilik air lama-lama k*te abang hilang terus.
Masa nie dia pandang kat k*te dia..
Azri : takdeh, ibu tipu.
Aku : Betul, nanti klu dah hilang cam mane abang nak kencing....ibu tak tahu.
Azri Pandang muka aku blur jer, yang Fahmi plak terkebil-kebil pastu terus keluar dari bilik air...hahahahahahaha.

Bila dah mandi, aku suruh diorang pakai baju, sikat rambut & pakai bedak semua aku suruh diorang buat sendiri, kat bawah nie hasilnya bila pakai bedak tanpa pengawasan dah mcm hantu jepun tu (jo-un)....Aku tengok pun terkejut tau...





Bila dah siap semua, masa utk buat keje sekolah plak, bila keje sekolah dah siap masa 2 orang hero tu nak main plak, abis sofa aku disusun-susun main rumah-rumah, pastu lancot-lancot kat atas tu (manalah spring sofa tak terkeluar) siap buat stunt lagi. Aku takdeh masalah 2 org hero tu nak punggah semua sofa tu, tapi lepas tu kene kemas balik, klu tak aderlah yang kene nanti.....



nie bukan penderaan ye.. nie Fahmi dah tumpahkan kulit kuaci, pandai tumpahkan pandailah nak kutip balik...hehehehehe..


Diorang kadang-kadang tak makan malam sebab kat umah nenek dah makan, so klu mlm tu aku bagi makan yang ringan2 jer...mcm roti ker biskut cecah air milo ker..jimatttttttttt. Pukul 10 time untuk tidur, paling lewat pun pkl 10.30 nie waktu sekolah jerlah, klu tak sekolah lantaklah nak tidur pkl berapa pun...ape kisah.....


08 April 2008

ke mana hujung minggu?

Aku boleh terlupa yang hubby cuti ahad & isnin, aku ingat dia cuti isnin & selasa (hubby 4 hari keje pastu off 2 hari). Atas permintaan anak-anak yang nak pegi tanjung harapan @ tanjung gila, maka hasrat pun ditunaikan. Bukan tu jer permintaan diorang ye, siap cakap nak makan kat muara ikan bakar lagi, demand ok budak2 sekarang. Hubby yang dengar terus ckp " letihlah nak membayar nanti". So, atas dasar simpati kat hubby aku pun ckplah kat budak2 nie,

Aku : Abang kita pegi giant jerlah yer?
Azri : lah tak nak lah pegi giant, ibu cakap giant tu dah boring tengok muka kita? nanti pegi sekejap jer, ibu dah nak balik.

muhahahahah, padan muka aku ayat tu dah kene balik kat aku sebab dia selalu ajak pegi giant, aku cakap "klu giant tu boleh cakap mesti dia suruh kita balik sebab boring tengok muka kita."

Hubby pandang aku senyum2 jer, akhirnya pergi jugaklah kesana. Kadang2 aku rasa budak2 sekarang nie beruntungkan, diaorang nak ape, selagi mak bapak mampu insyaallah, permintaan tak akan dihampakan.







licin......

05 April 2008

Suami vs Isteri - Part 1

Perbualan 1

Isteri : Bang, ibu rasa nak berenti kejelah, nak duduk rumah
Suami : nak buat ape kat umah?
Isteri : Mengangkang. wakakakakaka

ade ker tanyer nak buat ape kat umah, mcm2 yang boleh dibuatkan, tak tau lah kenapa si suami tak bagi si isteri berenti kerja, nak kata membantu dari segi kewangan rasanya tak, klu ader pun jumlah yang tak ketara sangat. Nak tau ape alasan suami, dia tak nak isterinya nampak mcm bibik.

Perbualan 2

Isteri : Bang, ari tu kan masa ibu pegi rumah cik jah, mak kenalkan ibu ngan kawan2 + sedara mara mak kat sana, pastu kan diaorang ingat, ibu nie tak kawin lagi...hihihihihihi (masa nie kembang bontot si isteri, si suami plak mcm nak muntah, lantak lah). bila mak ckp anak dah 2 orang. semua terkejut.
Suami : tulah abang pinang ibu masa ibu muda klu tak, tak merasa org ckp cam tu.
Isteri : ibu tak kisahlah klu org nak cakap ibu muda, sebab ibu memang muda ape baru 27. tapi bila orang cakap mcm anak dara tu yang syok tu, badan cam nie pun org cakap cam anak dara..hihihihihihi..
Suami : 27 tu dah tua lah.( Cis, dengkilah tu) . Tapi kan klu abang lain plak. nak tau tak orang selalu tanye abang ape?
Isteri : Ape?
Suami : orang selalu tanye abang anak dah berapa? abang ckp 2, orang selalu tanye nape baru 2, ckit sangat.
Isteri : wakakakakaka...iyalah sebab abang dah tua... tapi anak masih 2 jer...

Si suami nie takut nak ader baby sebab takut kene ragging buat susu malam-malam. Tapi sebenarnya dia lagi takut bila, baby nangis mlm sedangkan dia & isteri tengah Eksesais....potong stim katanyer...wakakakakaka...

Perbualan 3

Isteri : bang tengok spring sofa nie dah terkeluar
Suami : mana?
Isteri : nanti abang beli baru yer?
Suami : Boleh, tong-tong lah (bagi dua). duit ibu kan banyak.( mcm dalam bank ader puluh ribu, padahal ciput jer)
Isteri : Mana ade, nie nak bayar duit tanah kat mak nie, abislah duit ibu. Kan bulan nie abang ade increment, pastu cuti (annual leave) tahun lepas diorang bayarkan, subsidi loan rumah lagi dah 3 tahun tak claim, sekali dpt mesti banyak kan, pastu bln 6 nanti bonus lagi...
Suami : nie ape nie asyik kira duit abang jer. Tak deh2 duit nie abang nak simpan.
Isteri : alah abang simpan banyak2 pun nak buat ape, lagi pun sapa lagi yang nak abiskan duit abang klu tak isteri sendiri kan.
Suami : Asyik2 dia jer yang nak simpan
Isteri : Lah tu yang abang main kutu tu, bukan simpan ker?.

nampaknya si isteri kenelah mencari baju tidur nipis dan seksi sebagai persedia untuk misi memujuk. Muhahahhahaha..

03 April 2008

Majlis Perkahwinan sepupu - part 2

Seminggu lepas kat umah pompuan, tiba masa plak sambut menantu kat umah makcik aku, aku kene lah ambik cuti nak kene sinoman (rewang). En. Hubby plak keje ari sabtu tu, aku pegi ngan anak2 jer. Hari ahad baru En.Hubby ikut.
"Ape yang kau tengok tu combi?". kesian budak nie kene jaga sound system.....
panas terik masa nie sampai mata azim mcm org nak tidur, menahan silau.
controlllllll.........
tembam nya muka aku.....
tengok en. hubby tahan perut bagi jgn nampak buncit...wakakakakaka
terseksa aku tengok....sian..


nie kakak aku yang sulung, anak dia yang sorang lagi tak deh dlm gambo sebab duduk kat asrama


budak2 nie klu dpt telur, berebut-rebut....

adik aku, ika (sepupu @ adik azim) & aku.

02 April 2008

Mood yang bercelaru

Dengan keadaan cuaca yang mendung, sama jer dengan perasaan aku hari nie.Dugaan apa pulak nie?. Pagi nie mcm biasalah aku hantar anak2 kat rumah mak, sebab mak yang akan hantar anak2 ke sekolah. Masa mak nak ambik beg sekolah anak2 dlm kereta, mak menguap(mengantuk), aku pandang muka mak memang nampak muka mak macam tak cukup tidor. Mak cakap dia tidur pkl 3 pagi.Aku sedia maklumlah klu mak tak cukup tidor nie, sebab sejak ramai org tau mak pandai mengurut, sampai plk 5 pagi pun ade org nak mengurut/berubat. Bila aku tanya mak nape berjaga sampai pkl 3 pg rupa-rupanya mak risau pasal abang..
"Abang kau nie, sejak dah dekat nak kawin nie dia cakap dia rasa mcm nak mati, dada sakit, malam tak boleh tidor, badan seram sejuk. mak risau tengok abang kau". sambil ckp nie mak dah tersedu-sedu menangis.
Dalam hati aku, hish kenapa plak jadi cam nie. Aku tau mak risau sebab abang satu-satunya anak lelaki yang mak ada. Pada saat tu juga hati aku jadi tak sedap. Aku tanye mak bila abang nak operate, mak ckp tak tau lagi, tapi mak tengok benjol yang kat pinggang abang tu makin besar.
Abang sebenarnya tengah tunggu panggilan hospital nak buat pembedahan sebab kat pinggang dia ader benjolan sebesar telur, tapi klu ikut kata doktor pakar tak merbahaya, sebab tu hanya lemak yang berkumpul jadi benjolan. Aku tak nak sejarah lama berulang, cukup lah hanya arwah abah yang menderita sakit (kanser paru-paru). Dalam saat kitaorang gembira buat persiapan kahwin abang, dia pulak tak sihat, ye berita nie sedikit sebanyak menghilangkan mood aku.