15 Oktober 2008

Tanggal 13 Oktober



27 tahun lalu pada tanggal 13 Oktober 1981 jam 7.00 pagi lahir seorang bayi yang sangat comel...hahahahhaha.. Walaupun sebenarnya kehadirannya kurang dialu-alukan kerana abang si bayi masih lagi menyusu badan( kesian) tapi bayi tersebut dibesarkan juga dengan kasih sayang tak berbelah bagi oleh kedua orang tuanya. Kehidupan yang dilalui oleh bayi tadi adalah kehidupan yang biasa-biasa sahaja.


kenangan bersama arwah abah & arwah nenek...al fatihah untuk kedua-dua arwah.

Pada usia 12 tahun si bayi tadi telah menjadi anak yatim kerana kehilangan abah yang dikasihi akibat kanser. Mak si bayi bertungkus lumus membesarkan 3 orang anak yatim dengan serba kekurangan, tapi alhamdulillah selama bergelar balu dengan 3 orang tanggungan belum pernah mak si bayi meminta-minta hanya untuk sesuap nasi.


Membesarlah si bayi dan menjadi seorang gadis yang cantik & baik hati ...muhahahahhahhaha. Selepas habis tingkatan lima si gadis yang baik hati tadi bekerja sebagai operator pengeluaran dikilang berhampiran rumahnya dengan harapan untuk meringankan bebanan mak yang tercinta. Kemudian si gadis mencuba nasib pulak dikilang yang gah sedikit berdekatan rumahnya jugak. Di kilang inilah juga si gadis bertemu jodoh dengan suami tercinta. Setelah hampir sebulan bekerja si gadis mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di tingkatan enam tapi oleh kerana kekangan kewangan si gadis hanya sempat bersekolah 1 hari sahaja( sob.. sob..sob).

si gadis sudah bertemu jejaka idaman......

Dipendekkan citer si gadis telah mendapat tawaran keje sebagai Receptionist di sebuah syarikat di PK, dan bermula saat itu kerjaya gadis tadi berkembang dengan perlahan-lahan. Ye, si gadis tadi hanya berbekalkan Sijil SPM sahaja...


Mak si gadis selalu cakap, "memang kau tak belajar tinggi tapi mak doakan kau senang dalam kerjaya kau". Si gadis bersyukur dengan adenya keje yang tak berapa nie dapat membantu mak dan sekarang dpt bantu suami untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar nie.


Sekarang gadis (gadis lagi ker?) nie sedang menunggu kelahiran anak yang ketiga dan sangat bahagia dengan kehidupannya....

2 ulasan:

DYLA berkata...

alhamdulilah,
rezeki ada di mana2 yg penting rajin & berusaha ke arahnya. Insya'Allah ijah akan dimurahkan lg rezki dgn bertmbh nya bilangan ahli keluarga nnti.. aminnn..

Ijah @ Fariza berkata...

Dyla : terima kasih dyla atas doa dyla. Mudah-mudahan..amin.