02 November 2008

3 hari 2 malam atas Star Gemini (Company trip)-1

25hb hingga 27hb aku & opismate pegi bercuti naik kapal laut singgah kat singapore lebih kurang 7 jam, patah balik ke Port Klang (westport).



Banyak dugaan tul nak naik kapal laut nie...rupa-rupanya policy kapal laut orang yang mengandung over 24 weeks tidak dibenarkan naik sebabnya diaorang tak deh facilities jika berlaku sesuatu kat aku & baby walaupun diorang ade doktor.....frust gila aku...hahahahhaha..aku kene tahan lebih kurang 1/2 jam sebelum kapal nak belayar. Semua crew cabin adalah orang asing kebanyakkannya org dari myammar & philipine. Komunikasi adalah dalam bahasa omputih. Opismate aku sorang pun tak tau aku kene tahan..masing2 dah excited masuk bilik...cis...kesian aku.



Dipendekkan citer akhirnya aku sign surat & bos aku saksi, kalau jadi ape2 adalah tanggung jawab sendiri. Aku ok jer sebab aku rasa aku sihat walafiat. Then bos aku minta semua jaga aku...lemas ok. yelah aku niekan suka jer kalau buat sendiri-sendiri...bila tiba-tiba org tlg buatkan ambikkan...macam pelik plak. Tapi syok jugak tang kalau beli barang atau bawak beg org tlg bawakkan.


mcm nielah kapal yang aku naik (lebih kuranglah)...nie replika jer.








nie sebelum naik star gemini..




percutian nie adalah ditaja oleh bos company lain..yer. Bukan company GUP*R. GUP*R tak leh buat percutian mcm nie susah staff ramai..buat dinner pun dah kelam kabut lagikan nak arrange buat percutian mcm nie...susah oooooooo.












nie bilik kat deck 3..kecik tapi oklah selesa gak...satu bilik 4 org.










nie kat pool..level 8, bahagian atas sekali..syok..ooo duduk kat sini angin kuat...bleh cuci mata banyak 'ikan kering' kat atas nie...gambar nie diambil jam 7 pagi hampir nak sampai kat westport..


nie plak dah hampir sampai kat habourfront singapore, menikmati sarapan pagi kat luar kafe..dengan pemandangan laut yang mendamaikan...

tak leh nak citer ikut turutan sebab gamba banyak sangat...lebih kurang ader 1000 gambar...halal jerlah...kalau aku rasa gambor tu sesuai untuk diceritakan..aku letakkan kat sini...ok next entry citer bila dah sampai kat singapore plak yer...

7 ulasan:

DYLA berkata...

byk syok nyer!!!!!
nak merasa sendri entah bile.

cantik la bilik tu walaupun kecik.

Ijah @ Fariza berkata...

yelah dyla kalau nak pegi sendiri memang tak dehlah...tapi teringin jugak bawak anak2 naik...dpt pegi langkawi pun jadilah...hehehehe..

yang penting bilik tu selesa....saya terbayang-bayang angin yang bertiup kat atas kapal tu...best sangat...

KV berkata...

bestnya! Kalo kv angan2 je lah. Huhu

Ijah @ Fariza berkata...

Akak KV: yeloh kak kalau bukan company yang bwk...angan2 jer lah nak pegi...hihihiii.

Ummibatrisya berkata...

salam,

bestnya :)

bilakah company ummi nak sponsor percutian seperti itu?

agaknya dalam mimpi ajelah, nak minta itu dan ini pun susah apatah lagi nak minta percutian yang sungguh mewah ini :)

even kalau kita pregnant, nak naik kapal terbang pun ada procedurenya :)

karang ada yang bersalin di atas kapal :)

Ijah @ Fariza berkata...

ummi: Tulah masa nak pegi tu saya confirm balik dengan staff yang arrange percutian nie...tanyer dia takdeh masalah ker kalau saya ikut sekali..dia cakap bukan naik kapal terbang so tak deh masalah, tup-tup bila sampai sana kene tahan plak, dan nasib baik juga saya guna grouping passport kalau tak saya dah kene keluar dah...

Maya Ariffin berkata...

Ja, jeles aku siottt... lempang kang!