26 September 2008

Selamat Menyambut Hari Lebaran




Insyaallah lagi 4 hari kita nak menyambut Hari Raya Aididilfitri. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua, Aku juga nak pohon maaf andai tulisan aku atau komen-komen yang aku tinggalkan menguris hati kawan-kawan bloggers semua, aku kat dunia blog nie bukan nak cari lawan tapi nak cari kawan. Siapa yang pulang kekampung halaman berhati-hati dijalan-raya. nampaknya aku akan merindui catatan-catatan kawan blog sepanjang cuti nanti.....

Citer Skit Kisah Persiapan Raya


Tahun nie giliran aku beraya kat sini (batu 9 kebun baharu) untuk 1 syawal jer lah pastu mungkin petang atau malam 1 syawal aku akan bertolak balik ke kampung hubby plak kat tapah, perak. Azri pun dah tak sabar-sabar nak balik kampung hari-hari asyik tanya bila nak balik kampung. Walaupun aku duduk dekat ngan area kampung mak giliran tetap giliran...nie perjanjian yang aku buat sebelum kawin ngan hubby, so kitaorang takdehlah gaduh-gaduh balik mana bila tiba raya. Aku rasa untung lagi hubby adelah, kalau kat kampung dia mesti sampai habis cuti. Aku ingat kali pertama aku beraya sebagai isteri, aku mengalah beraya dulu kat kampung hubby. Malam raya aku menangis ingat kat mak...huhuhhuhuhu..cis! sampai sekarang kisah tu jadi bahan ketawa hubby.


4 hari jer lagi nak raya nie, rumah aku tak kemas lagi langsir tahun lepas pun aku tak turunkan maksudnya setahun dah langsir aku tak berbasuh..waaaaaaaa..Kuih raya adelah aku beli ckit-ckit, aku hantar oven kat umah mak pastu aku suruh atih buat cornflakes madu, mungkin malam sabtu nanti aku cuba buat almand london nie pun aku buat kat umah mak, motip hantar oven & buat kuih kat umah mak sebab tak nak umah aku bersepah..hahahhahaha.....mak tak kisahhhhhhhhhhhhhh...wakakakkaka..Hari tu aku cakap kat hubby


Aku : bang, dah nak raya umah satu ape pun tak kemas lagi nie, tahun lepas ade jugak kita cat bilik, tahun nie hampehhhhhhh jer..

hubby: ntahlah tahun nie mcm malas sikitlah kan?

Aku : Ah, abang sepanjang zaman memang malas, hihhhihihihi...kalau tak ibu yang suruh tak geraklah nampaknya..

Hubby : hahahhahahha, iyalah ibu kan pengerak utama...

Aku : Alasan jer...

Aku dibuli!!!!!!!!...


Aku, sehelai baju apa benda pun tak beli lagi....agak-agak klu raya pakai Tshirt ok tak...muhahahahaha.. Aku dah malas nak keluar shoppinglah.... Hubby cakap kalau beli baju raya untuk aku pun bukan muat aku pakai...huhuhuhuhu...jahat tau hubby nie, sedih aku. Aku ingat nak beli baju mengandung terus...jubah pun ok gak kan...tengoklah nanti.


Oh ye, aku start cuti 1 hb sepuluh, maknanya hari masak-masak aku keje, kalau sempat aku masaklah untuk pagi raya nanti kalau tak aku nak minta jasa baik mak masak lebih ckit...hahahhahahaha bleh aku tapau. Harap-harap bos kasi halfday 30hb nanti.

3 ulasan:

DYLA berkata...

Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin.

Dari kami sekeluarga.
http://dylarizadi.blogspot.com

Ummibatrisya berkata...

salam,

selamat hari raya untuk fariza sekeluarga :)

berhati-hati di jalanraya :)

KV berkata...

salam aidilfitri, maaf zahir batin.