11 September 2008

aduh penatnya...

Puasa tahun nie, konon-konon nak kurangkan belanja kat pasar ramadhan, kalau singgah pun beli kuih-muih jer, tapi kalau aku buka sensorang aku beli jer, tak berbaloi pulak nak masak. Bila dah petang-petang tu pening gak kepala pikir nak masak ape. Tu yang suka jelajah blog orang tu, nak tengok menu-menu buka puasa yang best-best. Semalam sempat singgah pasar malam nak beli lauk untuk stok 2 hari, sampai rumah dekat nak 6.30 petang berdesuppppppp pegi dapur, jom masak.

nie hasilnya, udang masak lemak ngan kobis.


sebenarnya kalau ikut aku semalam aku nak masak nasi ayam. tapi hubby tak kasi konon-konon takut aku tak larat dan nasi ayam mcm leceh nak buat(padahal aku rasa paling senang & cepat), rupa-rupanya dia nak suruh aku masak sambal terung nie..mmmm..hampehhh, nie lagi leceh tau nak buat kene blend cili kering, nak goreng bilis, nak goreng terung, tapi sebab untuk suami tercinta buatkan jugaklah.. oppss ulam kene ade... baru ummmphh.

goreng ikan...nie stok untuk sahur sekali..hahahahahha..malasnyerlah..
last sekali aku goreng pisang tanduk, nyum..nyum.....

Simple sajork aku masak, mcm aku masak hari-hari biasa jer. Habis masak pkl 7.30, buka dengan sebiji tamar & segelas air jer dulu, pastu aku mandi terus solat maghrib, tunggu hubby balik pukul 8.00 mlm dan sebelum 8.30 mlm baru makan nasi...cam tulah tiap-tiap hari (klu hubby keje pagi).

Sejak perut dah besar ckit nie aku tak larat nak berdiri lama-lama. Masak cam tu pun aku rasa mcm penat gila. Hari nie nak masak ape yer?....

1 ulasan:

~dyla~ berkata...

uishh rajinnya ija...
sedapnya pisang tanduk goreng tue.... dah lama tak mkn pisang goreng..pantang kononnya.. hehehe