19 Ogos 2008

Denggi Oh Denggi...

Azri demam sejak 2/8/08, hari sabtu petang(demam dgn tiba-tiba). Esoknya aku bawa pegi klinik 24 jam, masuk ubat bontot bagi antibiotik & ubat demam (makan 4 jam sekali). Tiada tanda demam nak kebah, dia makin lemah sebab muntah2. Malam isnin 4/8/08, lagi sekali bawa pegi klinik, doktor bagi antibiotik yang kuat ckit & doktor cakap klu dlm masa 3 hari tak baik jugak dtg balik check darah. Hari selasa pun dia tak ok lagi, kepala masih pening & muntah2. Hari rabu 6/8/08, Azri masih demam dan yang paling teruk dia tak boleh jalan, aku terpaksa papah dia masuk kereta(tak larat aku nak dukung dia). Sampai rumah mak, mak dah bising suruh bawak hospital. Aku ingat balik nanti nak pegi klinik balik,test darah plak, rupa-rupanya mak tak sabar dia terus talipon hubby sambil nangis suruh jugak bawa azri pegi hospital. Hubby pun keluar kilang utk 2 jam(akhirnya EL jer hari tu) bawak azri terus pegi Hospital banting (klu pegi klinik takut lambat dpt result darah). Sampai hospital ambik darah, pkl 230 petang ambik keputusan. Dan hasilnya Azri suspect Denggi, platlet turun 165(boder line untuk kanak-kanak 150), doktor decide tahan Azri kat wad untuk langkah berjaga-jaga. Sepanjang kat hospital 7 botol masuk air (4 hari 3 malam).



nie malam pertama, tangan kanan untuk ambik darah (1 hari 2 kali)

nie plak malam kedua, demam dah ok tapi badan jadi gatal2...nurse cakap memang nie salah satu kesan denggi.Hari kedua nie platlet dia turun lagi 145 ptg turun lagi 137.
hubby tolong sapu ubat..sadis kat hospital nie kaum lelaki tak leh tunggu..tapi selalu hubby balik 10 malam (longgar ckit waktu melawat dia)




nie hari ketiga dia dah ok ckit, air pun dah ditanggalkan platlet pun dah naik 159. tapi nie masa pagi jer bila tengahari dia makan nasi petang dia dah start muntah-muntah balik & cakap kepala dia sakit sangat kene plak masa tu doktor buat lawatan so, cancel balik ari nie & masuk balik air sebab badan dia lemah balik . Walaupun hospital gomen selesa duduk kat hospital nie, kerusi yang Azri duduk nie boleh dijadikan katil, so takdeh lah aku sakit pinggang.

nie sebelum dia muntah2...seronok kat hospital nie...ade tempat mainan khas untuk pesakit cilik..

nie hari ke-4, dia dah ok ckit..tengok dah ceria dah....

ape yang aku suka sangat nie? yessss boleh balik hari nie...


kakak & abang ipar aku dtg melawat,tapi org yang dilawati dah berlari-lari ntah kemana....


nie salah seorang doktor yang merawat Azri, cantik doktor nie..gambar blur Azri yang ambik gambar nie
TERIMA KASIH DOKTOR...& NURSE di wad 4, Hospital banting.

Masa nak keluar hospital nie, aku cuma dpt surat appointment (check darah lagi sekali), pastu aku mcm pelik tak kene bayar ker? tanyer kat nurse....oooooo baru aku tau klu denggi memang totally FREE, sebab denggi adalah wabak......Sekarang nie tengah tunggu Jabatan Kesihatan datang buat Fogging.

5 ulasan:

NONIE AZIZ berkata...

Laaaa...akak pun kena denggi sama ngan Azri..memang lemah bangat!!! tapi hari akak dah masuk keje pasal akak rasa lagi lemah kalau asik dok kat rumah je...

Ijah @ Fariza berkata...

saya tak penah kene, tapi bila tengok Azri kene dia asyik tido jer kak, nak bangun pun mcm susah...nasib baik tak teruk sangat.

Habis tu sekarang akak dah ok blum? tak kene tahan ker kat hospital?

Abang Long berkata...

Mana ruangan chatbox ?

Makluman penting di blog abang long.

sya berkata...

Alhamdullilah Azri dah sihat.. mak dia yg ketawa gembira. Kak sya emmang tak suka menjaga orang di spital.. dr sehat leh jadi sakit dibuatnya

Ijah @ Fariza berkata...

Abang Long : sejujurnya saya tak tau nak letak cbox mcm mane...hihihihihi..

Kak Sya : Betul lah kak sya, memanglah kat hospital nie seronok jer, makan ok, layanan ok, tapi bila tengok org sakit lagi budak-budakkan jiwa kita yang sakit...

bila balik rumah saya plak yang demam, batuk & selsema. sampai sekarang selsema tak baik-baik lagi...