28 Julai 2008

Selamat Hari Lahir Sayang (Mohamad Azri)




Pada 28/7/2002, jam 12.55 tengah hari selamat Azri dilahirkan. Kalau ikutkan, aku mengandung kan Azri 9 bulan 18 hari, tu pun kene paksa keluar klu tak agaknya dia tak nak keluar. Masa tu umur aku baru 21 tahun, tahun depan dia nak masuk darjah 1. Bangga aku umur aku 28 tahun anak aku dah sekolah rendah.....hahahhahaha..


citer sikit kisah Azri



Dari baby lagi Azri nie kuat menangis(sawan tangis). Aku ingat masa dia umur dlm 3 bulan, dlm pukul 6 petang cam tu dia menangis tak berhenti, bila nak dekat senja lagi kuat dia menangis sampai badan jadi kejang, suara dah tak keluar langsung pastu aku pun ikut menangis. Ayat kursi kat mulut memang tak berhenti aku baca, mak pulak kibas dia dengan telekung pun tak jalan jugak, bawak dia jumpa imam minta air penawar, ok sikit. Bawa jumpa doktor, doktor cakap Azri sihat tak deh pulak kembung perut. Doktor pun tak tau nak buat ape. Aku ingat adelah 5 dukun aku bawa dia pegi berubat. Sepanjang malam tidor kat buai aje, sampai umur dia dekat 2 tahun. Sebabkan dia nie suka menangis mak aku bagi nama timangan AYIE, melekatlah nama tu sampai sekarang, tapi klu aku lebih suka panggil nama penuh dia Mohamad Azri @ abang.



Azri nie anak yang sensitif(deria keenam), cth kalau esok ade orang meninggal kat area kampung malam sebelum tu Azri mesti menangis sepanjang malam, klu pegi kenduri kawin esoknya demam (org cakap kene sawan pengantin), klu balik jalan hampir senja malam tak leh tidor, orang dtng umah dekat nak senja mesti malam tak leh tidor gelisah menangis. Mungkin org cakap kebetulan, tapi tu lah nak percaya susah tak percaya pun susah. Agaknya sebab dia kene paksa lahir kot. Memang dugaan betul sepanjang dia nak besar tu.


Seorang anak yang penyayang, terserlah sifat keabangan (ader ker perkataan nie?), seorang anak yang suka bertanya & bercerita, sampai kadang2 aku cakap kat dia "abang tak penat ker mulut tu, cakap jer?". Azri juga seorang yang berjiwa lembut tak bleh cakap ngan dia tinggi suara, alamatnya melelehlah air mata dia (cembeng). Kalau ajar dia buat keje sekolah pun tak leh kasar2, klu tak sebelah tangan akan mengesat air mata yang menitis.Klu gaduh dengan adik, selalunya dia mengalah. Kalau adik menangis, pastu plak aku malas nak layan & pujuk, Azri akan panggil aku "ibu, tu adik nangis tu bu." sambil datang kat adik usap-usap kepala adik. Pemalu, dia memang seorang yang pemalu, adik aku Atih penah suruh dia belikan something kat kedai sebelah rumah mak, pastu tak lama dia balik, Atih tanyer dia kenapa kejap sangat, nak tau dia cakap ape? "kat kedai wak tu ader pompuan ramailah, abang malu nak pegi".hahahahahahahaha, budak kecik 6 tahun malu dengan budak pompuan umur 20 an. Dia perasaan kakak-kakak tu nak ngurat dia agaknya.

Hari ni nampaknya dia sambut hari lahir dia dengan batuk & selsema. Tadi mak baru tipon aku, bagitau cikgu dia tipon suruh mak ambik azri bawa balik sebab batuk tak henti-henti. Kesian.

Walau apa pun IBU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN, SEMOGA ABANG PANJANG UMUR, JADI ANAK YANG SOLEH, ANAK YANG BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.AMIN.

7 ulasan:

Ummibatrisya berkata...

salam,

selamat hari lahir untuk Mohamad Azri.

semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Ijah @ Fariza berkata...

Ummi: Salam, Terima kasih atas ucapan & doa itu.

sya berkata...

Semuga Azri menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat

~dyla~ berkata...

heppi besday buat azri..
moga jadi anak yg soleh & menjadi kebanggaan keluarga.

atty's berkata...

happy belated birthday utk azri..
semoga berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi..amin

KV berkata...

selamat hari lahir azri. Moga membesar dgn sihat dan membahagiakan ayah bonda.

Ijah @ Fariza berkata...

kak sya, Dyla, atty's & akak KV terima kasih atas ucapan tu.