22 Mei 2008

Tag

Ade 2 tag yang perlu dibuat, sorry ye akak nonie & akak KV, lambat ckit nak buat tag nie, sebab nak kene pkir...hihihihi (rasa cam nak jawab periksa BM kertas 2 plak...muhahahaha...)

nie tag dr akak nonie

List out top 5 present that u wish for

1 - Duit juta-jutaan ringgit- aku nak buat rumah impian aku, stail kampung, ader pokok buah-buah, halaman yang luas siap dengan landscape yang superb..so klu org hadiah kan aku duit senang aku nak buat ape yang aku nak...
2 - Kereta baru - tapi taknak lah yang mahal2 sangat, klu dpt proton saga baru tu pun dah ok....klu mahal sgt nanti susah plak klu aku nak renew roadtax & insurancenya...tapi klu dapat jugak yang mahal pakai sekejap pastu jual...sapalah nak hadiahkan aku kete nie...
3 - Duit juta-jutaan ringgit - Hahahahahha mata duitan betul aku nie, yerlah kan duit yang kat no 1 tu dah abis kat umah impian aku, yang nie klu dpt aku nak bagi mak ckit, langsaikan hutang piutang, pastu nak pegi melancong........
4 - Produk pelangsing badan yang selamat utk diamalkan - sebab aku nie makin lama makin dugong ..hadiah nie disponsor sampai aku capai berat badan yang ideal...oh lupa, yang nie sekali ngan hubby aku...muhahahahaha..
5 - nak jadi Boss kat tempat aku keje sekarang - sebabnya aku nak sekeh kepala2 2 org mangkuk yang mengaku paling pandai, tapi sebenarnya bodoh, meroyan jer kerja..nya.. psssst Mr J boleh tak kau hadiahkan aku saham kau, and then aku take over tempat kau....

buat tag nie jadikan aku terawang-awangan, membayangkan klulah semua nie terjadi...alangkah indahnya...
----------------------------------------------------------------
nie plak tag dr akak KV

Soalan 1 Apa yg anda suka ttg suami anda
1. Romantik & manja - Hubby suka klu balik keje dtg kat aku, duduk dekat2 tenung muka aku, cium2 pipi aku (oppps) belek2 tangan aku...tapi kadang2 aku rimas hahahhahaha durhaka punya bini...
2. Dia tak penah ade mood yang tak baik, dia nie cool jer, aku jer yang ade angin kus-kus.
3. Pemurah. terutamanya duit selagi dia ade duit mesti dia bagi punyalah klu aku mintak...kadang-kadang tu dia tanyer aku ader tak duit belanja, kepala aku sentiasa jerlah geleng-geleng klu dia tanyer... penah dia bagi duit belanja kat aku untuk seminggu, pastu duit tu aku simpan..bila pegi kedai makan dia suruh aku bayar aku cakap kat dia duit tu aku dah simpan, terus dia keluarkan duit dia...sambil cakap "nasib badan"...hihihihihi...dasar pengikis...
4. Memahami. Sangat2 memahami, dia klu time off(cuti tak tentu), aku balik keje jer dia dah goreng keropok, goreng cekodok siap buat air lagi, klu dia nampak aku mcm penat jer, dia ajak makan luar tak yah masak...hahahah pssst dia tak tau bini dia pandai berlakon....tapi memang penatlah sebenarnya...penat drive kete hihihihihi.....dasar pemalas..
5. Family man. dia tak suka merayap mlm2 tak tentu pasal, masa dia banyak dihabis kan kat umah & tempat keje...hubby cakap dia dah di didik dari kecik kene ader kat umah sebelum pkl 6.30 ptg, lepas tu tak boleh keluar dah...anak askarlah katakan....

Soalan 2.Adakah anda seorang yg romantika?
ikut mood..

Soalan 3.Luahkan perasaan yg lahir dari hati yg ikhlas utk org tersayang
saya sayang kamu...(ungkapan nie yang selalu hubby tunggu2 dari mulut aku...i malulah nak cakap...muhahahhaha)

Soalan 4.Apa yg anda mahu dari pasangan anda.
kejujuran & kesetiaan...

disebabkan aku nie tak ramai lagi kawan bloggers so terpaksalah tag nie diberhentikan disini...huwaaaaa...sian aku..

1 ulasan:

KV berkata...

duit jutaan ringgit byk kali yg tak tahan tu. Ekkeke