03 Mei 2008

Merancang Jantina anak?

Aku nak kongsikan bual-bualan aku melalui email dengan kawan aku...mula2 tu aku saje hantar pasal Kaedah beserta Doa Ketika Bersalin sebab kawan aku nie sekarang tengah mengandung anak sulung, dari citer takut tengok darah, rasa sakit nak bersalin pastu meleret-leret cerita pasal merancang jantina anak...

Secara jujurnya, setiap org setelah melahirkan 2 hingga 3 orang anak atau seterusnya dan dapat pulak anak yang sama jantina jer mesti nak merasa jugak yang berlainan jantina contoh mcm aku nie lah kan setelah 2 kali melahirkan dan dapat pulak dua-dua lelaki teringin jugak nak anak pompuan. Klu ikutkan sebenarnya tak kisahlah sangat pasal jantina anak, cuma kadang2 org sekeliling yang lebih kepoh pasal nie. Aku citer nie betul-betul terjadi kat aku sendiri. Org selalu tanyer "bila pulak nak dpt anak pompuan?". hahahaha mcm aku plak yang tentu kan jantina anak2 aku. ade jugak yang cakap "tu lah kau tak pandai buat". huhuhuhu..nie lagi satu, ape maksud dia tak pandai tu?..mmm susah nak cakap kan...

Pada aku kita boleh berusaha & merancang tapi Allah SWT yang tentu kan. Aku pun kadang2 bergurau jugak ngan kawan2 yang dah ade anak lelaki & pompuan nie "ajarlah aku cam mane nak buat" hihihihihi...dan jawapannya....pikir lah sendiri...muhahahaha..

Mungkin dlm bualan aku ngan kawan aku nie ader info yang kurang tepat....elok rujuk balik kat mana2 sumber yang boleh membantu.Baca email tu dr bawah & email tu aku dah edit ckit...tulisan biru aku & hitam kawan aku...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----- Original Message -----
From: Maya Ariffin
To: Fariza
Sent: Tuesday, April 29, 2008 12:25 PM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)

wakakakakk.. ape da laki ko. laki aku lagik la siap tanda kat dlm astro view pasal rancangan2 nak pendidikan kehamilan dan kesuburan pastu suwoh aku pakat tgk ngan dia. pastu aku siap bli buku lagi suwoh dia baca lak ekekekek..

Asben aku mmg suka makan seafood. ketam udang sumer2 lah... tu antara menu kegemaran dia. tu yg baby boy tu jadinye.. insyaallah. subhanallah kije Allah ni kan... hebat2 belaka. Ikot waktu subur pulak, sebab tu ada teori mengatakan 10 hari pertama lepas period tu masa yg baik utk bersama kalu nak dapatkan baby lelaki.. hari ke 11-20 tu utk baby gurl and balance tu dah masuk masa tak subur dan nak next period dah.

nanti nak dapat baby gurl kena kurangkan makan seafood lebihkan yg masam2 ler pulak nampaknya. aku kalu leh at least nak ada sepasang sblom umo aku 35. pastu baru pk nak rehat. sbb laki aku pong dah 39.. kalu lambat2 karang sian lak dia, umo pencen anak tak abes skul lagi.


----- Original Message -----
From: Fariza
To: Maya Ariffin
Sent: Tuesday, April 29, 2008 11:59 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)


betul tu aku pun tau gak pasal tu masa aku belajar biologi dulu....hihihihi...tu sebab aku tak setuju bila org cakap 3 bulan pertama(hamil) baru nak usahakan jantina baby tu.....teori yang betul 3 ker 2 bulan sebelum hamil....

mungkin kita boleh plan pemakanan kita
klu tak silap aku gen X lebih kepada asid..gen Y lebih kepada alkali..memang jantina baby ditentukan oleh sperma laki tapi klu badan kita terlebih asid @ alkali pun boleh menentukan jantina baby kan.........

klu asid tu kene lebihkan makan masam2 cth mangga, nanas elakkan makan seafood sebab seafood bersifat alkali...bersama suami time tak subur....sebab gen X boleh idup 3 hari kan....

nak anak lelaki banyakkan mkn seafoodlah...bersama dengan suami time waktu subur...sebab gen Y boleh idup 24 jam jer....

masalah aku nak berpantang tu yang susah...hahahahah 3 bulan sebelum tu......pastu laki aku plak nak jugak jumpa doktor razif gak...aku terangkan kat dia tak laku ok...sebab aku bukan
doktor tu yang dia tak percaya tu...sabo jerlah...

----- Original Message -----
From: Maya Ariffin
To: Fariza
Sent: Tuesday, April 29, 2008 11:25 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)


woooo.. sentimentel nyerrrr... ni yang buat aku tak sabo ney hehehe...

aku lepas ni pon kalu boleh nak cepat2 tambah lagi. at least dapat satu gurl pulak ke.. aminn...

aku banyak baca kat buku2 dgn tgk kat astro. jantina anak ditentukan oleh husband. once sperm dia enter dan bersenyawa dengan ovum kita, genetically dia dah ada jantina dah. cuma fizikal nya je yg terbentuk selepas bulan ke 3. panjang cite nye... ko cari la kat internet banyak info tau. tu yang aku kurang yakin dengan petua owang kata mengiring kekanan or kekiri tu boleh tentukan jantina hahaha... sperm lelaki bawak gene boys and gurl. Y boys very active tapi cepat mati, dlm 24 kalu tak silap aku...it means persenyawaannya kena cepat. X pulak dia tak active sgt tapi jangka hayat lebih panjang. so persenyawaan masih boleh berlaku walopon selepas hari ketiga bersama ngan husband. agaknya sebab tu lebih ramai bayi perempuan dilahirkan pastu pompuan lebih ramai dari lelaki. aku dapat ni sumer dari tgk astro tau heheheh... rasanya teori ni agak relevant.

Try la tanya doctor, pastu cari2 info2 lain gak. mane la tau ade petua2 yang leh share ngan aku. aku pong pas ni nak dapatkan baby gurl gak sowang. pastu baru pk nak tambah or totop kedai.

----- Original Message -----
From: Fariza
To: Maya Ariffin

Sent: Tuesday, April 29, 2008 10:46 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)


alah maya masa tu kau dah tak nampak darah dah yang kau nampak nanti anak kau jer.....oh indahnya masa tu...hahahaha lebih2 pulak aku nie....oh aku terkenangkan masa aku bersalinkan anak2 ku itu....

laki aku cakap sorang jer lagi...bolehlah....mcm dia yang kene bersalin lak...hahahaha...dia cakap kesian kat aku..mengandung ok masa nak bersalin seksa..iyalah aku bukan teran taik....aku teran org..ok...
lagi satu alasan dia malas nak bangun mlm buat susu...dia dah syok sebab sekarang anak2 dah besar.......

sekarang nie aku tengah plan nak mengandung lagi, tapi tulah laki aku ckp suruh pegi jumpa doktor razif dulu...minta pandangan dia mcm mana nak dpt baby girl ...boleh ker cam tu?...

----- Original Message -----
From: Maya Ariffin
To: Fariza
Sent: Tuesday, April 29, 2008 10:37 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)


ye ke. aku ni takot darah, tang tu yg aku tgh tanak bayangkan tuh. yang sakit tu aku tanak pk sgt. moga2 tuhan bagi jalan mudah.

ko pon nak lagi dan lagi dan lagi ker? heheheh.. dapat kan pompuan lak yer.. gene husband ko tu hero nye kuat, heroin nye tak hhehehehe...

----- Original Message -----
From: Fariza
To: Maya Ariffin
Sent: Tuesday, April 29, 2008 10:30 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)


dia tunjuklah siap letak kat perut kita tau masa dia lahir......tu yang pelik tu sebab tengok baby tu warna mcm ungu2 kebiruan....adelah darah ckit2......rasa licin jer baby tu...

bagus2 kau jgn set mind kau, rasa sakit masa nak bersalin....relax jer insyaallah takdehlah sakit mana pun klu tak masakan org lepas beranak nak beranak lagi ....dan lagi....dan lagi.....kan..hihihihi...

----- Original Message -----
From: Maya Ariffin
To: Fariza ; Siti Nazariah Mohd Kassim

Sent: Tuesday, April 29, 2008 10:16 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)


aku tak teraser takot ngan sakitnye.. tapi aku ngeri dengan darah2 tu sumerrr.. uhuhuhuh.. aku ni mabuk darah. doktor tak tunjuk kan baby yg masih berdarah kat ibu kan? anak aku nanti boleh joen team bola anak ko hehehe..


----- Original Message -----
From: Fariza
To: Maya Ariffin ; Siti Nazariah Mohd Kassim
Sent: Tuesday, April 29, 2008 10:08 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)

sorrylah aku bukan nak takut2 kan kau, tak pehlah tak yah tengok gambar tu ambik jer ayat2 tu boleh di amalkan...

alah maya mana ade sakit .... rasanya mcm sakit perut cam kau nak berak sembelit + kene senggugut jer ......lepas baby dah keluar hilang semua sakitnya.....masa tulah nikmatnya....

syoknya ade baby.....


----- Original Message -----
From: Maya Ariffin
To: Fariza ; Siti Nazariah Mohd Kassim

Sent: Tuesday, April 29, 2008 8:41 AM
Subject: Re: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)


Weiiii... lagi kan sblom kawen pong aku tak berani tgk gambar owang bersalin.. ini kan pulak aku dok membilang bulan ni ko suwoh aku tgk ja yeeee... huhuhuhu.. ngeri ahh...

----- Original Message -----
From: Fariza
To: Maya ; Siti Nazariah Mohd Kassim
Sent: Monday, April 28, 2008 4:37 PM
Subject: Kaedah Beserta Doa Ketika Bersalin(18PL)

moga info nie boleh dijadikan panduan untuk bakal2 ibu... walaupun sakit tapi nikmatnya sukar nak digambarkan.....


Mengurangkan kesakitan !
Berbagai cara dan ubatan boleh digunakan untuk menangi masalah kesakitan. Sokongan moral suami, ibu atau saudara adalah penting. Amalan doa dan zikir, kawalan pernafasan, berjalan2, membaca, menonton TV diperingkat awal boleh membantu.


Terdapat beberapa jenis ubat- Ubat2 penawar sakit yang diberi secara suntikan, Ubat2 gas yang disedut, bius saraf 'Epidural'. Ubat2 penawar secara suntikan boleh menahan sakit sampai 4 jam. Tetapi kadang kala ia kurang berkesan. Ubat gas sedut sesuai untuk digunakan apabila sudah dekat nak beranak.
Bius saraf epidural biasanya menghilangkan kesakitan and kuncupan rahim tidak dapat dirasai langsong. Munkini kaedah ini terus menghapuskan satu nikmat Allah iaitu 'sakit bersalin'. Walau demikian ia amat berguna bagi kehamilan sulong dan bagi mereka tidak tahan sakit. Kebanyakkan dari mereka memerlukan kelahiaran secara forsep atau sedutan vakum.

KELAHIRAN !
Apabila pintu rahim terbuka sepenuhnya (fully dialted), siibu akan merasa seolah2 nak buang air besar dan secara otomatis ia akan meneran saperti kena sembelit. Ini disebakan kepala bayi telah menekan pada usus besar dan dubur.
Ketika ini siibu memerlukan tenaga yang kuat untuk menolak keluar kepala bayi. Apabila sakit kuncupan rahim mula dirsai, sedut nafas berpanjangan , tahan dan teran sekuat2nya untuk menolak bayi keluar. Baca 'Subhanallah' banyak2.
Doktor atau bidan akan menyambut kelahiran.
'Episiotomy' atau gunting pintu faraj adalah untuk mencegah koyak yang munkin sukar dijahit.
Setengah bidan amat mahir melahirkan tanpa koyak faraj.
Belakang faraj dipertahan untuk mencegah koyak ketika kepala bayi nak keluar.
Dengan tangan kanan menjaga belakan faraj, tangan kiri bidan mengawal kepala bayi keluar.
Segala lendir dan cecair perlu dari mulut bayi baru lahir untuk mencegah masuk keparu2.
Uri ditarik keluar, manakala tangan kiri bidan mengawal rahim pada bawah perut.
Uri dipereksa , lengkap atau tidak. Dibersihkan, dibungkus kain putih dan seterusnya ditanam.
Azankan telinga kanan dan aqamah pada telnga kiri. Bacakan mana2 surah Al Qur'an yang bapanya hafal.
Beri nama, qiqah dan berkhatan.
Kesemua ini sebaiknya dilakukan pada dua minggu pertama selepas lahir. Bagi anak Lelaki elok dikhatan secepat munkin dengan menggunakan teknik 'plastibel'. Bayi perempuan elok dikhatan pada umor antara
1-3 bulan.

5 ulasan:

NONIE AZIZ berkata...

bagus info ni...Ijah..ijah kenal tak Yati Md Shariff? ex guper? akak dah lama tak dengo berita pasal dia...dah ada baby ke ha dia?

Ijah @ Fariza berkata...

kak Nonie : Dia tengah mengandung klu tak silap saya dekat 5 bulan dah, opis kitaorang sebelah-sebelah jer kak....kerap jugak saya jumpa dia time lunch..

PuteriSatu berkata...

salam kenal...hush bagus info ni...

KV berkata...

hehe..best gak info ni.;)

Ijah @ Fariza berkata...

akak puterisatu: Terima kasih sudi singgah blog saya nie...mana tau nanti Aqilah bleh dpt adik Boy plak hihihihi..

akak KV: Saya memang suka cari info pasal nie...lagi pun bleh tambah ilmu + tambah anak(pompuan) hehehehe...