10 November 2007

Open House Ker?

Hari Sabtu 3/11/2007, aku pegi rumah tijah(kawan sekolah), dia kata ade makan2 ngan kawan sekolah yang lain. Aku mmang excited nak pegi sebab dah lama tak jumpa diorang semua...maklumlah semuanya sibuk ngan rumah tangga & kerjaya. Rentetan dari peristiwa itulah maka tercetusnya.....Open house kat umah aku..poyo jerlah ...muhahahaha..

Aku tetapkan pada 8/11/2007 untuk buat majlis makan2 nie. Ape lagi aku pun buat list sapa yang aku nak jemput, alang2 buat aku pun jemput kakak, pakcik2, makcik2 & jiran aku. Aku kira lebih kurang dlm 30 orang. List makanan untuk dihidangkan juga aku sediakan, maklumlah nie adalah kali pertama aku buat makan2 & minta2 bukan kali terakhir..muhahahaha. Aku tak jemput opismate sebab hari tu kitaorang dah buat potluck, so selamat aku. Aku minta mak buatkan kuah kacang, rebus nasi impit & goreng ayam. Aku plak masak spaghetti, mee hon sup, daging masam manis, dadih & goreng nugget.

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, cuma makanan banyak tak abis, budget terlebih tapi hubby cakap biar lebih jgn kurang pastu ape lagi tapau mana2 yang patut sedekah kat saudara-mara....so aku pun senang nak cucikan...lagi pun klu aku simpan nak letak kat mana, peti ais kecik, tak muat nak sumbat semuanya. Sakan aku bergelak ketawa ngan kawan-kawan. Terima kasihlah pada semua yang sudi datang ke teratak buruk aku. Terima kasih gak kat mak aku, sebab memastikan majlis itu berjalan lancar, cukup bulan kene kasi up ckit duit gaji muhahahhaha.....

Tiada ulasan: