28 November 2007

cerita Azri...cerita fahmi..........

Malam tadi, abah keje malam macam biasa anak2 sibuk suruh aku tidur kat bawah ngan diorang, tapi aku tak nak sempit tak selesa, lagipun budak2 bila dah tidor masyaallah...semua nya naik kat badan aku...lasak. Tapi tulah aku tak tidor kat bawah diorang yang naik kat atas...sabo jerlah...alasan nak baring2 jer dulu, nanti nak tidur turun bawah..iyolah tu, sampai ke pagi kat atas...abis sakit badan aku...



Masa dalam proses nak lelapkan mata, aku suruh diorang baca al-fatihah & 3 Qul, lepas jer abis baca azri menguap...mak aiii..luas tul mulutnya, so aku pun cakap, ngangalah luas2 biar taik cicak masuk....sengih2 jer dia pastu dia cerita, masa ikut mak aku pegi mengurut orang bersalin....dia menguap pastu ader lalat masuk kat mulut dia, tapi dia sempat ludahkan balik lalat tu..hahahhahahha aku gelak, pastu dia cakap "nasib baik abang tak telan lalat tu kalau tak matilah abang". pastu aku cakap bukan abang yang matilah, lalat tu yang mati..", hahahahhaha...macam2 lah.



Lepas tu aku pun pejam mata nak tidorlah....tapi budak kecik(Fahmi) kat sebelah aku nie tak leh baring diam2 pusing sana pusing sini...aku perhatikan jer dia dlm diam sebab masa dia pandang aku, aku pura2 pejam mata....pastu dia bangun & tenung langsir tingkap bergerak2 kene tiup angin, aku tengok dia perhatikan langsir tu dengan penuh perasaan...pastu aku sergah dia "hah, buat ape?. sambil tangan aku tepuk belakang dia...terlompat dia... hahahhahhaha, aku tak tahan tengok reaksi muka dia terkejutzz...pastu dia pandang muka aku tak berkelip, Agaknyer dia terkejut sapa pulak yang tepuk dia, sebab dia tengok aku tadi dah tidor, aku gelakkan dia pastu aku cakap kat dia "hah, tenunglah langsir tu, nanti keluar tangan baru tau...?" Automatik dia lompat kat sebelah kiri aku. Ape punye ibulah aku nie..hihihihihi, sesekali sakat budak kecik nie pun syok gak...muhahahaha..

Tiada ulasan: