28 November 2007

buah hati pengarang jantung.....ibu

dua beradik
hubungan yang ader pasang surutnyer
kadang2 baik, kadang2 gaduh

Fahmi & Azri, masa nie nak pegi hari kecemerlangan kat sekolah diorang
kualiti gambar kurang memuaskan
Sampin yang Azri pakai tu, baru beli sehari sebelum hari kecemerlangan sekolah dia, Raya memang aku tak beli sampin sebab dia tak nak pakai, dia cakap macam skirt orang pompuan, sabo jer lah...tu yang Fahmi pakai tu, dia punyalah tu.....Sekarang dah tak muat, so bagi kat Fahmi.Oleh kerana Mualimah dia dah pesan suruh pakai baju raya ngan sampin, terus jer nak pakai sampin.

Fahmi pulak masa dia kene buat persembahan untuk murid 4 tahun, boleh plak kat stage buat mcm2 aksi, duduk mcm itik, masa duduk kaki diluruskan & yang paling haru, dia siap garu bont*t dah tu siap cakap kat abah yang bont*t dia gatal (abah tengah ambik gambar dia kat depan stage tu), aku & makcik aku dah geleng kepala dah tengok Fahmi nie... tak leh nak download gambolah...slow betul, satu gambo 15 minit tu....

5 ulasan:

azwanihassan berkata...

wei.. anak ko dah besar, cepatla buat anak perempuan plak. Mane pg gigi depan anak ko??

ijah berkata...

Aku target sebelum aku 30 kot...insyaallah.Tang gigi tu aku pun tak tau mana gigi tu pegi..hehehehe...

faisal berkata...

alalala, comeinya anak bujang 2 orang ni..:) mesti aktif diaorg berdua nih..dok batu laut ke wak? hehee..

kasutVincci berkata...

ijah,
anak kv pun asal cikgu ckp apa, mesti je dia nak ikut. Kalo kita ckp, kdg2 takmo dengar.;)

ijah berkata...

Faisal,
Aku duduk kat telok panglima garang, mak aku asal org kundang dan aku memang jawa tulin...hehehehe..

KV,
memang pun siap sound lagi cikgu dia pandai, ibu tak pandai...sabo jerlah..