28 Disember 2007

Sapa nak bayar nie?

Hari nie aku bawa kereta yang road tax yer dah tamat tempoh semalam, selamba jer lah. Semalam hubby call, bagitau road tax last date, pastu dia balik umah ambik geran terus pegi renew, tapi tak leh siap semalam jugak, hari nie baru pegi ambik. Masa lepas renew road tax tu, hubby call...

Hubby: bu, road tax kene RM250.00 (kereta lama murah sajork, oh! lupa nie + insurance sekali)
Aku: Pastu, ape kene mengena ngan ibu? hihihihihi...
Hubby: Bayarlah separuh, tak kan buat bodoh jer!
Aku: Ha, ibu kene bayar ker?.Ah, tak nak lah.
Hubby: ibu yang pakai kete kan, ibu lah bayar..
Aku: Abang yang suruh ibu keje kan?.kene bawak kete..
Hubby: mana ade, abang cakap suruh duduk umah kan..
Aku: mmmm ...tak peh lah, bagilah ibu bawa motor, abang naik kete..
Hubby: hahahahahaha (ketawa jahat)
Aku: Eleh, abang kan banyak duit, abang jer lah bayar....
Hubby: tak deh, tak deh, abang nak simpan duit nie...
Aku: Eleh, kedekut..
Hubby: tak pehlah klu tak nak bayar, nanti yuran sekolah tong tong nyer...
Aku: lah, mana ibu ade duit..
Hubby: tahun lepas ibu bayar separuh kan?
Aku: tahun lepas dapat bonus, tahun nie tak deh lah ! (bos bila nak bayar bonus nie!!!)
Hubby: Mana abang tau ibu tak dapat bonus, nanti tau2 bertambah jer gelang sebijik...hehehehe...
Aku: wei, tak dehlah, mmg bonus tak dpt lagi...

Aku ngan hubby memang cam nie bila citer pasal duit, muhahahahahaha.....dari citer bayar road tax sambung plak pasal yuran sekolah anak...ntah ape-ape ntah...

nota jari kaki: nie untuk tiara yang tanyer pasal kuih kat entry lepas, kuih nie mcm apam kene cicah ngan kari, hubby cakap sedap.

24 Disember 2007

sekitar cerita hari raya haji



Petang 19/12/2007......Ribut melanda
kuat gila angin masa petang sebelum raya haji, rumah jiran aku yang dekat ngan padang atap gentingnya tercabut diterbangkan angin, pertama kali aku tengok angin kuat sangat, masa tu aku kat umah bertiga jer, hubby belum balik keje lagi. Anak-anak dah ketakutan, masa tu aku anak beranak berpeluk-pelukkan...aku pikir klu jadi ape-ape aku lari keluar jer bawak anak-anak. Angin kuat masa tu lebih kurang seminit. Bila malam aku keluar nak pegi rumah mak banyak pokok tumbang kat kawasan taman perumahan aku, hish kira dasyat jugaklah penangan angin nie. Bunyi angin tu pun dah menyeramkan.





20/12/2007 ...Raya Haji.


ape nama kuih nie ntah aku tak tau, yang syok nyer raya haji nie yang monjong (bagi makanan) bukan jiran melayu aku, tapi jiran india aku yang kat belakang umah aku hihihihi...pagi2 lagi dia dah ketuk pintu belakang umah aku, pastu aku balas balik bagi nasi impit kat jiran india aku nie....

Dalam pukul 2 petang aku pegi umah kakak aku, sebab sebelum tu abang ipar aku call suruh datang umah dia makan-makan..so, ape lagi berdesup kitaorang pegi kesana. Kakak aku buat lontong & sup tulang...mmmm sedap ....perut dah kenyang ape lagi baliklah..singgap umah mak kejap, pastu balik umah bersantai-santai.

sebelum pegi umah wak(panggilan untuk kakak) , harus bergambar dulu....

nie kat umah wak, dah nak balik masa nie...





21/12/2007......Jumaat



aku sambung cuti sebab hubby off hari nie ngan sabtu. Plan kitaorang nak pegi bercuti, tapi sekarang nie kan musim hujan, so tak nak amik risiko kitorang jalan2 kat sini jerlah. Pagi2 hubby dah basuh kereta pastu repair motor terus pegi sembahyang jumaat. Lepas sembahyang jumaat pegi umah operator hubby kat jenjarom ade makan2....makan nasi jagung,mee bandung, mee sup, bubur(aku tak tau namanye) tapi memang sedap...

on the way balik, hubby ajak pegi jaya jusco, bukit tinggi..layannnn..bawak mak ngan adik aku sekali...

mak, atih, aku, Azri & Fahmi..jom ronda2...


dah penat jalan...rehat dulu..

mak cakap kat sini sejuk sangat...asyik nak pegi toilet jer....

Balik pukul 10 malam, balik umah terus bommm..tidor lah ape lagi..plan esok plak nak pegi pantai kelanang...kita berkelah....klu rajin aku letaklah gambo masa pegi berkelah k.......

13 Disember 2007

fghjjukkghfds (nie fahmi yangcf bntaip%)huik..hantam,

Hari nie Azri kurang sihat ckit, muntah2. Lepas makan ubat terus tertidur depan TV. Azri nie klu tak chat macam baby merengek tak ingat tu...suruh urutlah, kepala peninglah, suruh bubuh minyaklah, suruh aku jampilah....hai sabo jerlah.....
ini budak bila abang tak chat & tidur awal dia dah boring sebab tak deh kawan nak kene buli dengan dia, abang asyik menangis jer klu kene buli ngan Fahmi. Nie pun dia dok buli aku, main2 ngan remote TV, kejap kuat kejap pelan sabo jer lah....last2 dia tutup TV.


Karektor Fahmi & Azri, walaupun sedarah sedaging tapi sungguh kontras. Fahmi nie aktif tak leh duduk diam ader jer benda dia nak buat, mcm singgat gori(bahasa jawa, maknanyer ulat nangka), muhahahaha. Hubby sampai tanyer aku, ape aku buat masa mengandung sampai Fahmi cam nie perangainya. Ntah, aku tak taulah ape aku buat, tapi yang pasti aku tak deh makan singgat gori tau, gori(nangka) aku makanlah...hihihihi...Tapi perangai dia yang happy go lucky tu yang menceriakan suasana.

merajuk konon(dia nak main henpon aku), pirrrrah budak kecik....eleh ibu nak tengok adik merajuk dengan ibu berapa lama, nanti tau2 datang kat ibu peluk2 ibu, cium2 nen*n ibu, muhahahahaha. Masa aku taip entry nie pun dia cbok nak guna komputer gak.."alahai nak ooii...tau ke nak guna komputer nie!!!!". "Dah, dah, tepi ibu nak tutup dah komputer nie jom tidor, esok sekolah...!!."






11 Disember 2007

Sunat, berkhatan dan ..........

uish, lekanyer anak ibu bila mengadap PS nyer..

Hari tu, ada berita kat TV pasal sunat beramai-ramai, so aku panggil Azri, nak suruh dia tengok sendiri betapa meriahnya bila kene sunat.
Aku: Abang! tengok nie, orang sunat.
Dia pun fokus kat TV tu, pastu dia tanyer kat aku,
Azri: ibu, klu sunat tu, potong kulit jer nyer?
hahahahaha, sapa lah yang cakap ngan dia nie.
Aku: ha'a, potong kulit jer.
Azri: Abang tak nak potong terus, nanti jadi cam kakak ain 'punyer'.
Aku: hahahahahahaha....
bilalah dia nampak kakak ain 'punyer' nie.
Pastu Fahmi pulak menyampuk.
Fahmi: Kenapa dia semua kene pakai kain?
Ibu: Iyalah klu pakai seluar nanti sakit
Fahmi: Oo.
Ibu: Adik nak sunat tak?
Fahmi: Taknak, nanti cam maner adik nak kencing?
Ibu: heheheh, bolehlah, bukan potong semua, potong kulit jer.hihihihi...
tersengih-sengih jer Fahmi....

p/s kakak ain tu anak buah aku, baru darjah 4.

08 Disember 2007

Ikan oh ikan....

ikan yang hubby bela, ikan2 nie manja sungguh, asal nampak kelibat orang jer mesti semuanya menebeng kat tepi akuarium tu...time aku nak ambik gambar nie semua nyer berkumpul...

Klu ikutkan aku, memang jenis orang yang tak suka membela binatang since hubby suka bela ikan, aku ikutkan jerlah tu pun aku tak nak dia letak ikan2 tu kat dalam umah sebab bau hanyir. Tapi bila tengok ikan2 berenang, walaupun pada kawasan yang tak luas memberi satu ketenangan dan bila aku balik keje ikan2 nie akan berebut-rebut menebeng kat tepi akuarium, aku tau ikan2 tu lapar, sian dia.......

Semalam hubby bersihkan akuarium nie then aderlah beberapa ekor yang mati sebab hubby tak letak ubat anti klorin...sayang sungguh sebab ikan nie dah besar.

03 Disember 2007

Henpon ku..

dah nazak dah HP aku nie..pecah tepinyer, siap soletape lagi huhu..
so sabtu lepas aku tergoda dengan pujuk rayu hubby supaya beli HP baru.
nielah HP baru aku tu, murah sajork, banyak jugak function nyer, aku rasa berbaloilah beli, warranty setahun.. Harga hanyer RM299.00 sahaja. Terima kasih kat hubby sebab korbankan duit dia untuk HP tu...upahnyer kiss sajork....muhahahaha...










30 November 2007

Automatik...

Masa dalam perjalanan balik ke rumah.....

Azri: ibu, tadi kat sekolah abang pandai belajar automatik.., abang buat sendiri jer, tak tanyer mualimah pun

Dalam hati aku, hish canggih budak2 sekarang dah belajar asas Fizik .....

Aku: Automatik tu belajar ape?

Azri: Alah yang selalu ibu ajarlah tu..

kerut kening aku nie, memikirkan ape yang aku ajar dia...

Aku: Ajar ape?

Azri: Alah, yang tambah ngan tolak tu.....pastu ader 1 2 3..

Aku: Wei, matematik lah bukan automatik..hahahahhaha...apelah abang nie..

Azri: Hah, matematik lah....salah pulak abang cakap...

Belasah jer, nak cakap.....

28 November 2007

buah hati pengarang jantung.....ibu

dua beradik
hubungan yang ader pasang surutnyer
kadang2 baik, kadang2 gaduh

Fahmi & Azri, masa nie nak pegi hari kecemerlangan kat sekolah diorang
kualiti gambar kurang memuaskan
Sampin yang Azri pakai tu, baru beli sehari sebelum hari kecemerlangan sekolah dia, Raya memang aku tak beli sampin sebab dia tak nak pakai, dia cakap macam skirt orang pompuan, sabo jer lah...tu yang Fahmi pakai tu, dia punyalah tu.....Sekarang dah tak muat, so bagi kat Fahmi.Oleh kerana Mualimah dia dah pesan suruh pakai baju raya ngan sampin, terus jer nak pakai sampin.

Fahmi pulak masa dia kene buat persembahan untuk murid 4 tahun, boleh plak kat stage buat mcm2 aksi, duduk mcm itik, masa duduk kaki diluruskan & yang paling haru, dia siap garu bont*t dah tu siap cakap kat abah yang bont*t dia gatal (abah tengah ambik gambar dia kat depan stage tu), aku & makcik aku dah geleng kepala dah tengok Fahmi nie... tak leh nak download gambolah...slow betul, satu gambo 15 minit tu....

cerita Azri...cerita fahmi..........

Malam tadi, abah keje malam macam biasa anak2 sibuk suruh aku tidur kat bawah ngan diorang, tapi aku tak nak sempit tak selesa, lagipun budak2 bila dah tidor masyaallah...semua nya naik kat badan aku...lasak. Tapi tulah aku tak tidor kat bawah diorang yang naik kat atas...sabo jerlah...alasan nak baring2 jer dulu, nanti nak tidur turun bawah..iyolah tu, sampai ke pagi kat atas...abis sakit badan aku...



Masa dalam proses nak lelapkan mata, aku suruh diorang baca al-fatihah & 3 Qul, lepas jer abis baca azri menguap...mak aiii..luas tul mulutnya, so aku pun cakap, ngangalah luas2 biar taik cicak masuk....sengih2 jer dia pastu dia cerita, masa ikut mak aku pegi mengurut orang bersalin....dia menguap pastu ader lalat masuk kat mulut dia, tapi dia sempat ludahkan balik lalat tu..hahahhahahha aku gelak, pastu dia cakap "nasib baik abang tak telan lalat tu kalau tak matilah abang". pastu aku cakap bukan abang yang matilah, lalat tu yang mati..", hahahahhaha...macam2 lah.



Lepas tu aku pun pejam mata nak tidorlah....tapi budak kecik(Fahmi) kat sebelah aku nie tak leh baring diam2 pusing sana pusing sini...aku perhatikan jer dia dlm diam sebab masa dia pandang aku, aku pura2 pejam mata....pastu dia bangun & tenung langsir tingkap bergerak2 kene tiup angin, aku tengok dia perhatikan langsir tu dengan penuh perasaan...pastu aku sergah dia "hah, buat ape?. sambil tangan aku tepuk belakang dia...terlompat dia... hahahhahhaha, aku tak tahan tengok reaksi muka dia terkejutzz...pastu dia pandang muka aku tak berkelip, Agaknyer dia terkejut sapa pulak yang tepuk dia, sebab dia tengok aku tadi dah tidor, aku gelakkan dia pastu aku cakap kat dia "hah, tenunglah langsir tu, nanti keluar tangan baru tau...?" Automatik dia lompat kat sebelah kiri aku. Ape punye ibulah aku nie..hihihihihi, sesekali sakat budak kecik nie pun syok gak...muhahahaha..

25 November 2007

Nak Baby....ker?

Seronoknya melihat keletah anak-anak kan...
salah satu cara nak hilangkan stress, tengok anak-anak hilang segala masalah.....

Habit Fahmi bila aku tengah syok tengok TV, dia suka datang kat aku, cium2 n*nen aku (melepaskan gian sebab aku menyusukan dia 3 tahun lebih) pastu peluk2 lah. Satu hari tu dia buat cam tu dan diakhiri dengan menekan perut aku kuat2..hish senak perut aku, pastu aku cakap kat dia,

Aku: dik, sakitlah perut ibu, dalam nie ader baby tau.
Azri pulak menyampuk: ye, bu ader baby yer dlm perut ibu?
Aku: tak lah ibu tipu jer
Azri: Ala, bu abang nak babylah.
Aku: Pegi cakap ngan abah
Azri pun berlari masuk kat bilik
Azri: Abah, abang nak baby..
Hubby keluar, pastu: Takpeh malam nie abang & Adik tidur awal, nanti abah ngan ibu buat baby...
Aku dah bantai gelak dah...
Azri: ok, mlm nie abang tidur awal, yeye yeye...abah & ibu nak buat baby.....
kah kah kah kah kah....sungguh jujur...

Hish, apelah abah nie, cakap ngan anak cam tu, gilos lah....., kang esok2 dia cakap ngan org kan malu..."mlm tadi abah & ibu buat baby"...haru-haru...

10 November 2007

Open House Ker?

Hari Sabtu 3/11/2007, aku pegi rumah tijah(kawan sekolah), dia kata ade makan2 ngan kawan sekolah yang lain. Aku mmang excited nak pegi sebab dah lama tak jumpa diorang semua...maklumlah semuanya sibuk ngan rumah tangga & kerjaya. Rentetan dari peristiwa itulah maka tercetusnya.....Open house kat umah aku..poyo jerlah ...muhahahaha..

Aku tetapkan pada 8/11/2007 untuk buat majlis makan2 nie. Ape lagi aku pun buat list sapa yang aku nak jemput, alang2 buat aku pun jemput kakak, pakcik2, makcik2 & jiran aku. Aku kira lebih kurang dlm 30 orang. List makanan untuk dihidangkan juga aku sediakan, maklumlah nie adalah kali pertama aku buat makan2 & minta2 bukan kali terakhir..muhahahaha. Aku tak jemput opismate sebab hari tu kitaorang dah buat potluck, so selamat aku. Aku minta mak buatkan kuah kacang, rebus nasi impit & goreng ayam. Aku plak masak spaghetti, mee hon sup, daging masam manis, dadih & goreng nugget.

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar, cuma makanan banyak tak abis, budget terlebih tapi hubby cakap biar lebih jgn kurang pastu ape lagi tapau mana2 yang patut sedekah kat saudara-mara....so aku pun senang nak cucikan...lagi pun klu aku simpan nak letak kat mana, peti ais kecik, tak muat nak sumbat semuanya. Sakan aku bergelak ketawa ngan kawan-kawan. Terima kasihlah pada semua yang sudi datang ke teratak buruk aku. Terima kasih gak kat mak aku, sebab memastikan majlis itu berjalan lancar, cukup bulan kene kasi up ckit duit gaji muhahahhaha.....

Sudah tukar kah?

Sedang menonton TV, saluran astro ceria....
tiba2 screen TV, menayangkan no 4 dengan jelas sekali.

Fahmi: Ibu itu Four kan?
Ibu: Ha'a Four, pandai adik...
Fahmi: Tapi kenapa dah tukar jadi Empat?
Ibu: Hahahaha....bukan dah tukarlah, four tu dalam bahasa English, Empat dalam bahasa Malaysia. Faham?
Fahmi: Oooo.....

Ye, anak aku sekarang nie tengah konpius...takpehlah, mungkin ambik masa lagipun Fahmi baru 4 tahunkan...

09 November 2007

pikir dulu, pikir dulu...otaknyer..

sakan Fahmi nak berborak ngan aku....

Fahmi: Ibu, tadikan adik main...bla...bla (ape yang dia cerita aku tak concentrate sangat sebab tengah memandu)
Aku: Iyer ker (tandanyer aku mcm ambik berat ape yang dia cerita...hehehe)
Fahmi: pastu kan bu, er..er..er...er...(mcm orang gagap pulak)
Azri: pikir dulu...pikir dulu....baru cakap..(sambil tangan mengurut2 dada fahmi...)
Aku dah tergelak dah masa Azri cakap...Fahmi pulak berenti er..er..er nyer sebab dia nak buat macam abang suruh .....pikir dulu..pikir dulu..baru cakap....hahahahahaha...

di lain waktu...
Masa nie tengah tengok TV..cerita Ultraman...anak aku klu tengok TV..mesti ader sessi soal jawab...padahal dah tengok citer tu berjuta kali pun nak tanyer lagi...sabo jerlah...
Azri:Ibu, Ultraman nie kenapa ade 2?
Aku:Sebab satu baik, satu jahat.
Azri: ooo....ibu..er..er..er(sudah dia pun gagap jugak)
Fahmi: Ha!.. pikir dulu...pikir dulu...otaknyer..baru cakap..
hahahaahaha...abang pulak kene...Azri tersenyum dia bila dengar adik cakap cam tu...

Bukan ape, kadang2 anak2 macam excited nak ceritakan sesuatu pastu cerita dlm keadaan yang laju...bila sampai satu part tu diorang mcm nak sebut satu perkataan...sampai..er..er...er...tu yang keluar.. ayat pikir dulu..pikir dulu baru cakap...nie ayat hubby bila dengar anak2 jadi gagap tiba2...., diorangkan suka copy ape yang kitorang cakap...tapi mcm kelakarlah bila budak2 cakap......

22 September 2007

Al-Fatihah Nurin Jazlin Jazimin

Al-Fatihah untuk adik Nurin Jazlin Jazimin.
Kenapalah manusia ini kejam sangat
Kemana Hilangnya sifat kemanusiaan
Layakkah pesalah ini dipanggil manusia
Bahkan gelaran binatang pun dia tak layak

Semoga dirimu aman disana
Tiada lagi kesakitan yang engkau akan rasa
Jika tertangkapnya pesalah ini apa hukumanya
Setakat hukuman penjara, gantung sampai mati @ sebatan
Aku rasa tidak setimpal
Apa kata kita buat mcm dia buat pada Nurin

Kalau dia guna terung & timun kat Nurin
Kita guna Labu air untuk dia....
Baru dia akan rasa ape yang Nurin rasa..

19 September 2007

Makan Dadu

Melayan anak-anak bercakap...kadang-kadang mengelikan hati.
Selepas berbuka aku duduk kat meja makan, datang pulak Ayie.

Ayie: ibu, mualimah(cikgu) cakapkan kalau tak deh keje sekolah, kat rumah pun kene belajar.(ayat dia kadang-kadang tonggang terbalik)
Aku: memang lah.(sambil angguk-angguk)
Ayie:Pastukan bu, mualimah cakap klu nak pandai makan dadu.
Aku: Ape?!, makan dadu?!kenapa pulak nak makan dadu?
Ayie: eh, ape yer, ape tu bu yang untuk tebuan?
Aku: Madulah. (sambil gelak tertunduk-tunduk). dia tak tau nak cakap lebah...adakeh tebuan...muahahaaha..
Ayie: Ha, madu. kalau makan madu nanti jadi pandai, ibu belikah bu...ye..
Aku: pegi cakap ngan abah.
Ayie:Abah, nanti belikan abang.......ape bu?
Aku: Madu
Ayie: Ha, madu....nanti boleh jadi pandai
hubby: Iyalah nanti abah, belikan...

aku taip entry nie pun aku senyum2 teringat cara dia cakap kat aku...

10 September 2007

Sukaneka Tadika

Hari Sabtu lepas hari sukan untuk sekolah Ayie & Fahmi, so aku pun ambik cuti nak tengok anak2 ku bersukan. Kiranyer nie first time aku tengok anak-anak aku bersukan. Walaupun dia hanyer masuk sukaneka, tapi memang seronok. Ayie ngan Fahmi satu kumpulan masuk rumah kuning, diorang masuk 2 acara first game isi air dlm botol. 2nd game kutip pundi kacang. Game yang first dpt no 2, yang 2nd dpt no 1. Seronoklah diorang dapat hadiah, tapi ibu dia lagi seronok sebab boleh guna hadiah tu, diorang dapat tappeware (yang beli kat econsave).

Masa petang sabtu tu aku pegilah umah kakak aku, dengar ayie citer ngan abang ipar aku pasal sukan kat sekolah dia..

Abang ipar:Ayie seronak tak sukan?
Ayie: Seronok wak..
Abang ipar: Dapat hadiah tak?
Ayie: Kita dapat hadiah besar, haziq(anak makcik aku) dpt hadiah kecik.Kita dapat no 1 & 2.
Abang ipar: Iya ker..
Ayie: Kita gemuk pun lari kuat..
Abang ipar: kah..kah..kah, ooo ayie gemuk yer...sambung ketawa.
Pastu tersenyum-senyum jer budak tu......heheheheh...
sebenarnyer Ayie nie badan dia montel, aku selalu marah dia klu makan lebih2, bukan ape aku risau dia jadi obesiti sebab potensi tu memang ade......sebab abah & ibu dia pun montel gak...hahahahaha...

06 September 2007

Pengalaman Bersalin

Sebenarnya citer nie aku nak hantar pada satu majalah, ntah kenapa tak terhantar pulak rasayer....citer nie aku tulis pada 30 Mei 2005...dah 2 tahun citer nie terperap...

Mengandung dan melahirkan adalah fitrah bagi kaum wanita seperti aku. Aku juga tidak terkecuali merasa mengandung dan melahirkan zuriatku bersama suami tercinta. 3 Bulan setelah diijabkabulkan dengan suami, aku disahkan hamil 4 minggu. Alhamdulillah aku tidak mengalami sebarang alahan. Semasa hamil aku kuat makan sehingga berat badan aku naik mendadak ketika usia kandungan mencecah angka 6 bulan. Dalam tempoh sebulan berat badanku naik 5 kg. Aku dikhuatiri menghidap darah tinggi dan kencing manis. Doktor memeriksa tekanan darah dan urin nyata aku bebas daripada kedua-dua penyakit tersebut.

Sebenarnya aku dijangka akan bersalin pada 20 Julai 2002(Jumaat). Namun tiba saatnya aku tidak juga bersalin, hatiku mula berdebar. Aku dan suami sudah berbincang kalau boleh biarlah sakit bersalin semulajadi maksudnya tanpa di ‘induce’. Doktor memberi tempoh seminggu lagi kepada aku, jika aku tidak juga bersalin dalam tempoh diberi aku akan di‘induce’. Tiba tempoh seminggu aku tidak juga bersalin. Gelisah hati usah dikira berdebar-debar, takut dan macam-macam rasa ada. Pada 27 Julai 2002 aku membuat pemeriksaan susulan, semasa dalam perjalanan ke hospital aku sempat berkata pada suami “nanti kalau tak kena tahan kat wad bolehlah kita pergi subang makan satay.” Sampai di hospital, Doktor memeriksa pintu rahim aku walaupun aku tidak rasa sakit disusuli pula pemeriksaan denyutan nadi dan jantung (CTG) bayi aku. Doktor mengatakan pintu rahimku baru terbuka 2 cm Denyutan nadi serta jantung bayiku pula tidak stabil, dan aku ditahan diwad. Nampaknya tak sampailah hajat aku nak makan satay di subang. Lantas aku hubungi mak untuk memaklumkan padanya bahawa aku terpaksa ditahan diwad, mak aku menangis risau kerana sepatutnya mak aku ikut ke hospital, tapi mak terpaksa mengemas rumah sebab nak menyambut cucu baru.

Pada malam tersebut ubat telah dimasukkan kedalam rahimku untuk membuka pintu rahim. Pada pagi 28 Julai 2002 jam 8.00 pagi aku telah diarahkan supaya pergi ke bilik bersalin. Suami menghubungi Mak dan bapa mertuaku, mereka bergegas mencari kereta sehingga nasi yang ditanak hangit sebab risau akan keadaanku. Jauh juga perjalanan mereka dari Tapah, Perak ke Klang sampaikan mereka sesat di Bandar Klang sebab tidak biasa keadaan disana.


Sekali lagi ubat dimasukkan kedalam rahim aku dan air ketuban dipecahkan. Setengah jam kemudian ubat tersebut mula memberikan kesan. Sakit setiap 15 minit sekali mula terasa. Suami yang kutunggu supaya menemani aku ketika proses kelahiran tidak kelihatan. Tiba-tiba suami ku muncul disisi. Aku bertanya mengapa lambat, sambil tersenyum suami ku berkata “abang takutlah”. Aku tersenyum melihatnya.

Aku sudah tidak tertahan menanggung sakit, setiap kali sakit perut aku mengeras. Suami menyuruh aku beristigfar. Jururawat terpaksa menyuntik aku dengan ubat tahan sakit, selepas disuntik aku mula mengantuk. Tapi kesakitan tak juga berkurangan. Malah aku sentiasa memanggil jururawat yang bertugas dan bertanya “ nurse bila lagi saya nak bersalin nie, saya dah tak tahan”. Jururawat itu hanya tersenyum sambil menyuruh aku bersabar dan mengajar aku teknik yang betul untuk bernafas supaya dapat mengurangkan kesakitan. Yang peliknya walaupun sakit yang teramat sangat aku tak boleh pulak menangis malah setitik air mata pun tak mampu aku keluarkan, beza sungguh bila mengalami sakit yang lain air mata ku mudah benar mengalir. Masa aku berada dalam bilik bersalin aku tidak keseorangan sebab ada 2 pesakit yang menunggu masa untuk bersalin juga, sudahlah aku menahan sakit, bila mendengar jeritan pesakit disebelah berpeluh-peluh aku dibuatnya. Dalam hatiku berkata-kata ‘macam ini ke orang yang nak bersalin, seramnya’.

Setelah hampir 4 jam setengah aku menahan sakit, Doktor menyuruh aku meneran, aku kumpulkan seluruh tenaga aku untuk meneran sehinggakan pada satu tahap aku boleh terlelap kerana kesan ubat tahan sakit yang aku terima. Walhal kepala bayi ku sudah sampai dipintu rahim dan kesannya kepala anakku seperti bayi yang kena vacuum .Suami mengongcang tubuh aku, doktor pula memberi amaran supaya aku tidak tertidur semasa meneran kerana khuatir bayi aku akan lemas.

Pada jam 12.57 tengah hari 28 Julai 2002 aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1kg. Alhamdulillah Aku dan bayi ku selamat. Maha kuasa Tuhan sakit yang aku alami sebelum bersalin hilang serta-merta setelah anakku dilahirkan sedikit sakit pun tidak aku rasakan kecuali badan yang terlalu letih. Suami hampir menitiskan air mata bila melihat zuriatnya lahir sekaligus diberi peluang menyaksikan kebesaran tuhan betapa sukar dan azabnya seorang ibu hendak melahirkan anak. Sampai sekarang suami masih teringat dan adakalanya peristiwa tersebut menjadi gurauan kami berdua.

Tujuh bulan kemudian aku disahkan mengandung lagi. Berlainan pula cerita anak kedua aku, lahir cepat 2 minggu dari tarikh jangkaan iaitu pada hari ke 5 puasa tahun 2003(31/10/2003), sakit yang berterusan pada 30/10/2003 tapi tiada tanda yang keluar hanya sakit perut seperti senggugut, memikirkan banyaknya puasa yang akan diganti, aku tahan sakit sepanjang hari, selepas berbuka baru ku ‘packing’ keperluan masuk hospital dan suami terus memandu ke Hospital, sampai di Hospital bukaan dah hampir 3 cm dan aku terus ditahan diwad. Satu malam aku diwad tiada tanda2 sakitku makin kuat, jururawat datang memeriksa dan mendapati kepala anak masih lagi diatas maknanya anak ku belum betul-betul nak keluar. Tapi kali ini aku sudah bersedia sebab sudah ada pengalaman, lagi pun jarak kelahiran kedua-dua anak aku tidak jauh sangat, jadi aku lebih tenang. Pada Jam 7.00pagi esoknya aku diarahkan masuk ke labour room dan air ketuban dipecahkan, kali nie baru ku rasa banyaknya air yang mengalir(anak pertama rasanya tak banyak air ketuban yang keluar) kejap-kejap jururawat datang tukar lapik. Anak kedua kurang sikit sakit siap boleh tidur lagi berbanding dengan anak pertama , tapi bila hampir waktu nak teran aku tak sanggup nak teran, sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Akhirnya dengan sokongan daripada suami dan semangat yang tinggal sisa-sisa kugagahkan juga untuk terus meneran, alhamdullilah aku selamat melahirkan anak lelaki lagi seberat 2.95kg pada jam 1.15 petang. Pada kali nie dapatlah suami ku merasa sendiri memotong tali pusat anak kami(dengan keizinan doktor). Bersalin kali kedua nie, suamiku lebih ‘cool’ mungkin sebab dah ada pengalaman, jadi keresahan tu kurang sikit. Aku pula selepas bersalin anak kedua nie sakit perut macam nak bersalin lagi sekali, kata doktor ini berlaku kerana proses mengecutan rahim. Tapi rasanya aku tak serik nak bersalin lagi jika ada rezeki.

Lain anak lain ragam, lain pengalaman dan lain rasa sakitnya, walau apa pun aku kini bahagia dengan kehadiran kedua-dua anakku, walaupun penat sedikit, maklumlah dua-dua hero. Mohamad Azri dan Mohamad Fahmi Abah dan Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian. Kalian adalah penyeri hidup Abah dan Ibu.
Aku mengucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga diatas sokongan dan bantuan semasa aku berada didalam pantang juga tidak lupa pada doktor dan jururawat di Klinik Pakar Wanita Razif Norana, budi kalian akan dikenang.

30 Ogos 2007

Kering

Sekarang nie hubby aku tengah kemaruk ber chatting...huhu, menyesal aku ajar dia dulu (4 tahun lepas), yang buat aku geram bila dia keje pagi, balik sibuk lapar nak makan, pastu bila aku dah hidangkan dia pun makan, abis makan, tengok TV kejap pastu terus ber chatting. Aku nie terpaksa layan anak2 buat keje sekolah, kemas dapur, basuh pinggan, siram pokok bunga, & lain2 keje lah, bila anak2 abis buat keje sekolah, layan dia orang tengok tv plak, biasalah budak2 lelaki nie klu tak gaduh memang tak sah terjerit-jerit lah aku nie, klu tarzan tengok aku pun nangis tau. Masa dia ngan anak2 terlalu kurang aku rasa. Bila budak nie bergaduh pandai plak dia nak marah2. Hari isnin lepas dia cerita ngan aku pasal kawan chatting dia.

Hubby: ader kawan abang nie kan dia keje jadi seksitari CEO, dia nie kesian mak bapak tak hiraukan dia, klu dia nak balik malam2 ker tak balik langsung ker? abang selalu bagi nasihat kat dia (dah tentu pompuan kan)
Aku: Chatting jujur ker, chatting tipu?
Hubby: hehehe...masa mula2 jer tipu...
Aku: mesti ngaku bujangkan?
Hubby: Eleh, dia pun belum tau lagi, ntah2 dia pun tipu gak, dia cakap kan pekerja bapak dia selalu datang kat umah dia, dia nie bertudung, susahlah bila org lain dtg nak kene pakai tudung, pastu abang pun nasihatkan lah dia..
Aku: Eleh, mcm tak deh, org lain nak bagi nasihat, pegilah nasihatkan mat2 rempit kat luar tu.
Hubby: iyalah, diakan pompuan, nanti klu jadi ape2 kat dia cam maner. lagi pun mana mat rempit tau tengok Komputer.
Aku: Eh, jgan cakap mat2 rempit tu sebenarnyer ader yang pelajar2 U tau, abang tu keje kilang pandai plak tengok komputer...
Hubby: hehehe, alah abang kawan2 cam tu jer,lagi pun abang bukan penah nampak dia pun..
Aku: Tak boleh ker cari kawan chatting lelaki, kenapa mesti pompuan?
Hubby: kita hidupkan kene berpasang-pasangan, lelaki ngan pompuan (hampeh tul ayat dia nie tau)
Aku: Lepas nie, ibu pun nak chatting lah, cari kawan lelaki...
Hubby: Chattinglah, abang tak kisah, takat kawan2 jer..
Aku: tapi ibu taklah ngaku bujang, ape barang, ibu nak letak isteri kegersangan...hahahahaha..baru gempak
Hubby: amboi2 lebih nampak?
Aku: betul ape, sebab laki keje shift, so selalu gersang...kah kah kah (suka aku dpt kenekan dia)
Hubby: abang pun nak letak suami gersang gak..
Aku: mana boleh tiru..
Hubby: biarlah..hehehehe..

Aku bukanlah cemburu, tapi aku berwaspada, sebelum parah...heheheheh....ngaku jerlah yang sebenarnyer memang cemburu...hehehehehe...dan semasa sessi dialog nie berjalan kitaorang gelak2 jer. ntah ape2 ntah.

Kuatkan Semangat

Semalam mak talifon bagitau selipar ayie putus, so balik keje aku kene beli yang baru untuk dia sebab selipar dia ada satu jer. Sampai rumah mak, aku suruh dia cuba selipar tu, memang muat kat kaki dia, tapi dia kata sakit pulak kat celah jari kaki tu. Aku cakap kat dia pakai jer dulu, esok kalau sakit beli lain sebab harga aku dah tanggal kan, klu tak buleh tukar. Masa dalam perjalanan balik rumah, aku cuba berbual dengan dia cam maner selipar dia boleh putus.

ibu : Macam mana abang bersenam?
ayie: mula-mula tak putus lagi, bila abang lompat tinggi2, pastu dia putuslah...
ibu : Habis tu cam mana abang bersenam?
ayie: Mualimah(cikgu dia) cakap boleh lagi pakai, pastu abang senam
jerlah...

pastu masing2 pun diam, tiba-tiba ayie cakap balik

ayie: ibu, klu selipar yang baru nie tak boleh pakai, kene kuatkan semangat nyer bu? sampai boleh pakai....
ibu: Kah..kah 10x. (aku rasa lawak lak dia cakap kene kuatkan semangat,manalah dia dengar yer)
ayie: iyer ker bu?
ibu: iya, betullah tu....hahahaha..

aku perasan anak2 aku suka meniru cara cakap aku & hubby...

16 Ogos 2007

aku terlupa.......

sekarang nie jam 4.00 petang 15/8/2007
Aku check kalender aku, eh betul ker hari nie 15hb, confirm ngan Kak H, betul hari nie 15hb...alamak!! tolong!!!...aku lupa nak bayar EPF, hari nie dah 15hb hari terakhir bayaran. UWAAA.....masak aku nanti kene penalti + dividen, aku tak nak kene potong gaji, banyak tu...
Kak H telefon KWSP Shah Alam, tanyer tutup pukul berapa, 4.45 petang dia dah tutup dah, mintak ckp ngan person in charge untuk bayaran KWSP nie, dpt bercakap ngan Pn. A bahagian kewangan, dia cakap dia boleh tunggu sampai 5.15 ptg. Alhamdullilah.

Jam 4.30 ptg
Mintak tolong kawan aku pegi sebab aku tak tahu jln kat shah alam tu, lagipun dia naik motor senang ckit, tapi aku risau sempat ker dia sampai sebelum 5.15ptg.

20 minit kemudian...
aku call kawan aku dia dah sampai pun, terima kasihlah kat kawan aku, sebab ari nie dia terpaksa jadi mat rempit...ahaks..
macam manalah aku boleh lupa yer?
padahal aku dah tanda kat kalender aku...
dah tua aku nie agak nyer, benda penting pun aku lupa
sabar jo lah...

02 Ogos 2007

ibu cam harimau...abah cam singa......

semasa dlm perjalanan pegi ke pasaraya...

hubby : ibu, tadi lauk tu tinggal cam tu jer ker? nanti lipas merayap pulak kat atas lauk tu..
Aku: eh, ibu dah tutuplah..masa nak pegi tadi!!!! . masa nie aku ckp dengan suara yang sedikit tinggi..

tiba-tiba

ayie: abah, ibu nie garang kan?, cam harimau ckit2 nak marah.

aku tersenyum simpul gitu sebab tak sangka anak aku ckp cam tu....

Hubby: a ' ah kan, sian abah asyik kene marah jer? tanyer elok2 pun kene marah....
ayie: tapi kan, abah pun garang cam singa jugak? asyik nak marah jer...

abah muka blurr jer, aku apalagi bantai gelak lah....
sabar jer lah anak aku nie...
abah cuba betulkan tanggapan abang pada dia...

Hubby: abang, selalu bila abah marah kat abang, tandanyer abah sayang kat abang, sebab abah nak abang jadi budak baik, budak pandai...sebenarnyer abah sayang kat abang, cuma kadang kadang perbuatan abang buat abah marah, faham tak?

ayie: Faham. sambil angguk2.

lepas tu ayie diam jer...mungkin tengah pikir ape yang abah cakap...
adik relaks jer sambil hisap botol...








30 Jun 2007

mandi sama???

Pada suatu malam yang boring, tengah tengok TV,

abah: yang, jom mandi sama, nak?..
ibu: (senyum jer)

2 orang hero tengah leka main, pastu tiba2....

abang: nak pegi mana bah?
abah: nak ajak ibu mandi...
abang: eeeiiii, mane boleh mandi sama, laki ngan pompuan, malu. eeee apelah abah nie..
ibu: kah,kah,kah...(gelak yg tak bleh kontrol nyer)

adik muka blur jer....
sabo jerlah...

27 Jun 2007

Pasal diri aku

Kebanyakkan nyer, bila aku baca blog org, diorang suka citer pasal diri & family diorang, so aku pun cam teruja jer nk citer pasal diri aku.



Aku adalah seorang isteri dan ibu kepada 2 orang hero. kenapa aku letak ijahibumuda sebagai nama blog aku sebab aku berkahwin masa umur aku 19 tahun 11 bulan dan masa umur aku 21 tahun aku dah dpt anak satu, pastu umur 22 anak yg ke2 pulak lahir...so aku terasalah yang aku nie muda lagi dah jadi mak .....ahaks perasan jer dan ijah adalah nama panggilan aku...sekarang anak yang pertama dah 5 tahun yang kedua 4 tahun...

26 Jun 2007

percubaan

fuyooooooo.....berjaya gak aku create satu blog untuk diri aku, setelah sekian lama menjadi pembaca blog tegar....ahaks.